Aug 5, 2023
Perbezaan antara E-Cigarette Vs Vape
Anda mungkin sekali pernah mendengar perkataan “e-cigarettes” dan “vapes” sebelum ini, namun adakah anda tahu apa yang membezakannya?
Artikel ini akan memberikan penerangan secara terus mengenai perbezaan antara e-cigarette dan vape dalam terma yang mudah, meliputi ciri-ciri dan bagaimana mereka berfungsi. Dalami dan ketahui dunia e-cigarettes dan vapes!
Apa itu E-Cigarettes Dan Vapes?
Untuk lebih ringkas, “vape” atau “e-cigarette” merujuk kepada peranti yang beroperasi secara elektronik/ bateri yang memanaskan e-liquid untuk menghasilkan wap.
E-cigarette adalah peranti dipegang yang mensimulasikan pengalaman merokok dengan memberikan nikotin yang mengandungi aerosol. Ia mengandungi tiga bahagian utama: bateri, atomizer (atau elemen pemanas),dan katrij (atau tank). Bateri memberikan kuasa kepada peranti, atomizer memanaskan cecair dan katrij pula menyimpan kandungan e-liquid.
Bagi vape pula, ia merangkumi kategori Electronic Nicotine Delivery System (ENDS) yang lebih luas termasuk peranti seperti vape pen, sistem pod dan advanced personal vaporizers (APVs). Tidak seperti e-cigarettes, vape selalunya mempunyai ciri bateri yang lebih berkuasa, teknologi yang terkini dan pilihan peribadi yang lebih hebat. Vape menggunakan mekanisme yang sama, yang mana bateri memanaskan atomizer, tetapi ia berbeza daripada segi bentuk dan fungsi.
Perbezaan Antara E-Cigarette Dan Vape
1. Rekaan dan rupa
Biasanyae-cigarette menyerupai rokok tradisional dalam bentuk dan saiz. Ia kebiasaannya mempunyai reka bentuk yang bergaya dan kompak, seakan-akan rupa dan gaya rokok konvensional.
Manakala, vape datang dalam pelbagai rekaan dan saiz yang lebih luas. Daripada bentuk pen sehinggalah mod berbentuk kotak yang rumit, vape memberikan pelbagai pilihan dan fungsi peribadi daripada segi estetik.
2. Bateri dan kapasiti kuasa
Kebiasaannya, vape mempunyai bateri yang tahan lama dan kapasiti kuasa yang lebih besar berbanding e-cigarette. Saiz bateri yang semakin besar membenarkan vape untuk berfungsi lebih lama tanpa memerlukan pengecasan yang kerap.
Dengan kapasiti kuasa yang lebih besar, vape mampu memberikan lebih tenaga kepada elemen pemanasan yang menghasilkan lebih wap. Ini bermakna vape boleh menghasilkan wap yang lebih banyak dan memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna.
3. Cara sedutan dan penghasilan wap
E-cigarette menggunakan teknik sedutan mulut ke paru-paru secara umum. Ini bermakna pengguna menyedut wap ke dalam mulut yang kemudian masuk ke paru-paru, sama seperti fungsi rokok tradisional.
Untuk vape, ia memberikan pilihan antara mulut ke paru-paru dan sedutan terus ke paru-paru. Sedutan wap terus ke paru-paru bererti wap tidak akan berada di dalam mulut terlebih dahulu.
Disebabkan penghasilan kuasa yang lebih tinggi, vape mampu menghasilkan wap yang lebih pekat berbanding e-cigarette. Ini meningkatkan lagi pengalaman mereka yang inginkan penghasilan wap yang banyak.
4. Pilihan peribadi dan pegalaman penggunaan
Vape menawarkan pelbagai pilihan peribadi dan ciri-ciri yang membenarkan pengguna untuk menikmati pengalaman mengikut cara tersendiri. Kebanyakan vape datang dengan fungsi watt yang boleh diselaraskan atau tetapan kuasa yang membenarkan pengguna untuk mengawal tahap kepekatan wap yang dihasilkan.
Tambahan pula, ciri pengawalan suhu juga membenarkan pengguna untuk menetapkan suhu terbaik untuk memanaskan e-liquid yang memberikan rasa dan sensasi yang berbeza.
Vape juga mempunyai coil yang boleh ditukar yang memberi kesan kepada proses pemanasan dan memberi impak kepada rasa dan penghasilan wap. Ciri peribadi seumpama ini memberikan kuasa kepada pengguna untuk menikmati kombinasi yang berbeza dan memaksimumkan pengalaman menghisap vape mengikut pilihan tersendiri.
5. Aksesibiliti dan penggunaan yang mudah
E-cigarette secara amnya direka untuk mesra pengguna dan mudah, terutamanya kepada pengguna yang baru bermula. Kebiasaannya, ia tersedia sebagai peranti all-in-one, dengan katrij pra-isi atau unit pakai buang yang menjadikannyalebih mudah digunakan selepas dikeluarkan dari kotak.
Selain daripada itu, cara menghisap vape mungkin lebih susah untuk memahiri, terutamanya untuk mereka yang baru bermula menghisap vape. Dengan ciri-ciri yang canggih dan boleh diubah suai,vape memerlukan pengguna untuk membiasakan diri dengan tetapan, penukaran coil dan pengisian semula e-liquid. Walau bagaimanapun, semakin pengguna menjadi lebih berpengalaman, vape memberikan tahap versatiliti dan kawalan yang lebih baik bagi pengalaman menghisap vape.
Alternatif Lain Untuk Jenis Bebas Asap?
Jika anda mencari alternatif lain untuk produk bebas asap selain daripada e-cigarette dan vape, ia adalah berbaloi untuk mempertimbangkan peranti pemanas tembakau.
Peranti pemanas tembakau juga termasuk dalam jenis peranti yang memanaskan tanpa membakar tembakau. Ia menawarkan pilihan inovatif yang digolongkan antara rokok tradisional dan vape. Peranti seperti ini beroperasi dengan memanaskan tembakau tanpa membakarnya. Ini menghasilkan wap yang mengandungi nikotin dan rasa tembakau tanpa pembakaran yang berbahaya, sepertimana produk yang dikaitkan dengan merokok.
Satu kelebihan yang menarik produk pemanas tembakau ini adalah keupayaannya untuk mereplika pengalaman merokok tradisional yang menarik minat mereka yang merasakan vape kurang memberikan kepuasan. Ini menjadikan produk ini alternatif hebat kepada produk bebas asap.
Selain daripada itu, pemanasan tembakau mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia berbanding pembakaran rokok tradisional memandangkan ia membuang proses pembakaran yang menghasilkan toksin yang berbahaya.
Ringkasan
Secara ringkasnya, e-cigarette dan vape menawarkan pengalaman dan ciri yang berbeza dan tersendiri. Sama ada anda lebih suka e-cigarette yang ringkas atau pilihan peribadi vape, ia terpulang kepada pilihan tersendiri. Pastikan anda membuat pilihan yang tepat berasaskan keperluan dan terus jelajahi nikmat yang terdapat dalam dunia e-cigatette dan vape. Pilihan terbaik untuk mana-mana perokok adalah untuk berhenti mengambil nikotin dan tembakau. Namun, alternatif produk bebas asap boleh dipertimbangkan bagi mereka yang ingin terus menggunakan tembakau atau produk nikotin yang lain.
(Penafian: Artikel ini adalah untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Sesetengah maklumat di dalam artikel ini adalah berdasarkan kepada sumber pihak ketiga dan kami tidak mempunyai wakil atau sebarang jaminan berkenaan ketepatan, kesahihan atau kelengkapan maklumat penuh tersebut.)
Bahan Bacaan Yang Dicadangka