Arahan & Amaran Keselamatan
Tembakau dan Nikotin
- Batang tembakau yang digunakan dengan peranti IQOSTM dan lilTM mengandungi nikotin, dan boleh mengundang ketagihan.
- IQOS dan lil adalah tidak bebas risiko. Cara terbaik untuk mengurangkan risiko kesihatan daripada tembakau dan bahan nikotin adalah dengan berhenti daripada mengambil tembakau dan nikotin.
- Terdapat kemungkinan pengguna produk nikotin mengalami sakit perut, sakit dada, rasa tercekik, batuk, susah bernafas, pening, mulut kering, tekak kering, gingivitis, sakit kepala, dedar, hidung tersumbat, mual, sakit mulut, berdebar-debar, sakit tekak dan muntah.
- Produk yang mengandungi nikotin tidak boleh digunakan oleh orang yang ada atau mempunyai risiko sakit jantung, diabetes, epilepsi atau mengalami sawan.
- Produk mengandungi nikotin tidak boleh digunakan ketika hamil atau menyusukan bayi. Jika anda hamil, menyusu bayi, atau ada kemungkinan hamil, anda haruslah berhenti daripada mengambil produk tembakau atau nikotin.
- Berhenti merokok atau bertukar kepada IQOS atau lil dan batang tembakau, atau lain-lain produk yang mengandungi nikotin memerlukan pengubahsuaian sesetengah dos ubat (cth. theophylline, clozapine, ropinirole).
- Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang penggunaan IQOs atau lil dengan tahap kesihatan anda, sila hubungi pakar kesihatan profesional.
Penggunaan batang tembakau
- Hanya guna:
- ✓ IQOS 3 DUO™ atau peranti generasi terdahulu dengan batang tembakau yang direka untuk IQOS,
- ✓ IQOS ILUMA™ dengan SMARTCORE STICKS™ yang direka untuk IQOS ILUMA.
✓ lil SOLID 2.0™ dengan batang tembakau yang direka untuk lil.
✓ lil SOLID Ez™ dengan batang tembakau yang direka untuk lil SOLID Ez™.
✓ lil HYBRID™ with batang tembakau designed for lil HYBRID™.
- Jangan gunakan peranti IQOS atau lil dengan rokok atau produk yang berkaitan dengannya. Ini boleh menyebabkan kecederaan.
- Jangan mengubah batang tembakau dalam mana-mana cara atau menambah bahan lain kepada batang tembakau. Ini boleh menyebabkan kecederaan.
Sebelum menggunakan produk, pengguna hendaklah membaca Arahan & Amaran Keselamatan yang mengandungi maklumat keselamatan penting tentang penggunaan produk.
Amaran & Arahan Keselamatan untuk IQOS 3 DUO
Amaran & Arahan Keselamatan untuk IQOS ILUMA Prime
Amaran & Arahan Keselamatan untuk IQOS ILUMA
Amaran & Arahan Keselamatan untuk IQOS ILUMA ONE
Amaran & Arahan Keselamatan untuk lil SOLID 2.0
Amaran & Arahan Keselamatan untuk lil SOLID Ez
Degradasi Bateri
Peranti IQOS dan lil, termasuk holder mengandungi bateri litium-ion. Bateri litium-ion di dalam peranti adalah bahan komponen yang berkurangan selari dengan penggunaan dan usianya. Ini merupakan proses semula jadi untuk semua bateri cas semula litium-ion. Semakin panjang usia bateri, bahan aktif di dalam bateri turut menurun dan akan menyebabkan berlakunya penurunan keupayaan untuk mengekalkan tenaga. Ini menyebabkan, terjadinya pengurangan secara kekal di dalam kapasiti bateri di dalam membekalkan tenaga penggunaan maksimum. Sebagai tambahan, bahan-bahan aktif turut menjadi kurang efektif di dalam membekalkan kuasa, lalu menyebabkan pengurangan keupayaan bateri untuk membekalkan tenaga yang mencukupi bagi operasi komponen peranti elektronik. Hasilnya, tempoh pengalaman, bilangan batang atau pengalaman dengan satu caj mungkin berkurangan, serta masa penggunaan berterusan menjadi lebih pendek atau hilang terus, atau ciri-ciri yang ditawarkan oleh peranti, seperti autostart atau double tap untuk holder IQOS ILUMA mungkin tidak dapat dilakukan.
Bateri menggunakan sistem kimia untuk mengeluarkan cas elektrik dan mengumpulkan tenaga elektrik. Bila anda menyimpannya pada kadar suhu yang khusus, bateri boleh bekerja dengan optimum, dan anda dapat memperlahankan degradasi kapasiti bateri. Walaupun peranti anda mempunyai rangkaian operasi khas yang membolehkan peranti berfungsi, operasi pada kadar bateri yang lemah akan menyebabkan penurunan kuasa bateri yang lebih cepat. Peranti anda didatangkan dengan perisian padanan bagi mengawal parameter cas untuk memaksimumkan jangka hayat perisian anda. Algoritma ini boleh membantu menyokong usia bateri anda, tetapi akan tetap tidak dapat mengurangkan degradasi pada bateri litium. Faktor tinggi rendah suhu pada peranti anda juga akan mempercepatkan pengurangan kuasa pada bateri anda. Malah, jika anda tidak menggunakan peranti sekalipun, bateri mengandungi sistem kimia yang akan mengalami degradasi mengikut masa. Bagi memperlahankan proses degradasi bateri, kami mencadangkan agar anda mengecas peranti dalam zon suhu yang dicadangkan, tidak membiarkan ianya tanpa cas untuk jangka masa yang lama dan menggunakan wayar cas serta penyesuai tenaga yang disertakan sekali dengan peranti mengikut panduan pengguna.
Anda akan jumpa komunikasi pelanggan di sekitar laman web dan lain-lain saluran informasi yang diperolehi dari sumber berikut untuk produk IQOS:
IQOS secara purata menghasilkan pengurangan 95% bahan kimia berbahaya berbanding rokok*.
MAKLUMAT PENTING: Ia tidak semestinya bermaksud pengurangan risiko sebanyak 95%. IQOS bukan bebas risiko. Ia mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan.
*”Pengurangan 95%” mewakili penurunan tahap purata pelbagai bahan kimia berbahaya (tidak termasuk nikotin) berbanding asap rokok rujukan (3R4F).
IQOS menghasilkan tahap bahan kimia berbahaya yang jauh lebih rendah berbanding rokok*.
MAKLUMAT PENTING: IQOS bukan bebas risiko
*Sumber: Penurunan tahap purata pelbagai bahan kimia berbahaya (tidak termasuk nikotin) berbanding dengan asap rokok rujukan.
ROKOK MENGHASILKAN TAR - IQOS TIDAK
Tar adalah sisa dari asap setelah rokok dibakar. IQOS tidak menghasilkan tar kerana IQOS memanaskan tembakau tanpa membakarnya. Ia menghasilkan residu aerosol yang pada asasnya berbeza dari tar dan terdiri daripada tahap bahan kimia berbahaya yang jauh lebih rendah. * Beralih sepenuhnya ke IQOS kurang berbahaya daripada terus merokok. **
MAKLUMAT PENTING: Ketiadaan tar tidak bermaksud IQOS bebas risiko. IQOS mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan.
* Penurunan tahap purata pelbagai bahan kimia berbahaya (tidak termasuk nikotin) berbanding asap rokok..
** Sumber: Berdasarkan jumlah bukti yang ada untuk IQOS berbanding dengan terus merokok.
Anda akan jumpa komunikasi pelanggan di sekitar laman web dan lain-lain saluran informasi yang diperolehi dari sumber berikut untuk produk lil:
Peranti lil menghasilkan tahap bahan kimia berbahaya yang jauh lebih rendah berbanding rokok*.
MAKLUMAT PENTING: Peranti lil bukan bebas risiko.
* Penurunan tahap purata pelbagai bahan kimia berbahaya (tidak termasuk nikotin) berbanding dengan asap rokok rujukan.
Peranti lil menghasilkan secara purata 95% pengurangan bahan kimia berbahaya berbanding dengan rokok.*
MAKLUMAT PENTING: Ia tidak semestinya bermaksud pengurangan risiko sebanyak 95%. Peranti lil bukan bebas risiko.
*"95% pengurangan" mewakili penurunan rata tahap pelbagai bahan kimia berbahaya (tidak termasuk nikotin) berbanding dengan asap rokok rujukan.
Anda akan jumpa komunikasi pelanggan di sekitar laman web dan lain-lain saluran informasi yang diperolehi dari sumber berikut untuk produk IQOS and lil bersama:
Peranti IQOS dan lil menghasilkan secara purata 95% pengurangan bahan kimia berbahaya berbanding dengan rokok.*
MAKLUMAT PENTING: Ia tidak semestinya bermaksud pengurangan risiko sebanyak 95%. Peranti IQOS dan lil bukan bebas risiko.
*"95% pengurangan" mewakili penurunan rata tahap pelbagai bahan kimia berbahaya (tidak termasuk nikotin) berbanding dengan asap rokok rujukan.
Peranti IQOS dan lil menghasilkan tahap bahan kimia berbahaya yang jauh lebih rendah berbanding rokok*.
MAKLUMAT PENTING: Peranti IQOS dan lil bukan bebas risiko.
*Penurunan tahap purata pelbagai bahan kimia berbahaya (tidak termasuk nikotin) berbanding dengan asap rokok rujukan.
Sila baca lebih lanjut mengenai maklumat penting dalam Soalan Lazim di sini.