Terma penggunaan Laman Web Sokongan Pelanggan IQOS
Kemas kini terakhir: Disember 4, 2019
PENGENALAN
Anda telah dihalakan ke sini berhubung penggunaan Laman Web Sokongan Pelanggan IQOS (“Laman web”) oleh anda, yang dikendalikan oleh ahli kumpulan syarikat Philip Morris International.
*Siapakah kami?*Kami adalah ahli kumpulan syarikat Philip Morris International.
Bagaimanakah anda menerima terma ini?*Jika anda menggunakan laman Web ini, anda menerima terma penggunaan ini (“*Terma”). Jika anda tidak bersetuju untuk diikat oleh Terma ini, maka anda tidak boleh menggunakan Laman Web ini. Terma ini akan dipaparkan sebelum anda log masuk ke Laman Web ini buat pertamakali. Terdapat beberapa peruntukan penting berhubung penggunaan Laman Web ini oleh anda: anda perlu membaca peruntukan ini sebelum menggunakan Laman Web ini kerana anda akan terikat dengan peruntukan berkenaan.
JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN TITIK SENTUHAN YANG DISEDIAKAN.
Terma selanjutnya: Jika anda ingin menggunakan bahagian tertentu Laman Web ini, bahagian ini mungkin tertakluk pada terma dan notis lain. Jika hal ini berlaku, perkara ini akan dibawa kepada perhatian anda dan dalam sesetengah keadaan anda perlu membaca dan mengesahkan penerimaan mana-mana terma sebelum meneruskan.
Perubahan kepada Terma ini: Kami boleh meminda Terma ini dari semasa ke semasa. Apabila kami berbuat demikian, kami akan memaklumkan anda tentang perubahan seperti ini pertama kali anda log masuk ke Laman Web ini setelah perubahan tersebut dibuat. Jika selepas itu anda meneruskan penggunaan Laman Web ini, penggunaan anda akan bermaksud anda menerima Terma yang dikemas kini ini. Tarikh di bahagian atas halaman ini menunjukkan kali terakhir Terma ini dikemas kini.
PENGGUNAAN LAMAN WEB INI
Laman web ini bertujuan untuk digunakan oleh orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas yang telah membeli dan menggunakan Peranti IQOS dan/atau mana-mana aksesorinya, dan yang bermastautin di Malaysia (“Pengguna yang Dihasratkan”). Jika anda tidak memenuhi keperluan ini, anda tidak boleh menggunakan Laman Web ini.
Untuk menyediakan akaun untuk Laman Web ini, anda mesti memberi kami beberapa maklumat peribadi bagi membolehkan kami mengesahkan kelayakan anda untuk menggunakannya. Lazimnya, ini termasuk nama, usia, negara tempat mastautin dan alamat e-mel/nombor telefon. Kami akan menyimpan maklumat ini berlandaskan Dasar Privasi kami (lihat bahagian “Privasi dan Kuki” di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.)
PENDAFTARAN DAN MAKLUMAT ANDA
Jika anda ingin menggunakan Laman Web ini, anda perlu mendaftar akaun. Anda perlu melakukan ini sewaktu anda membeli peranti IQOS. Memberi kepada kami maklumat yang tepat, lengkap dan terkini untuk akaun anda adalah penting. Anda bersetuju untuk memastikan maklumat ini tepat, lengkap dan terkini. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mendedahkan kata laluan akaun anda kepada mana-mana pihak. Anda bertanggungjawab untuk semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda, sama ada anda tahu mengetahui tentang aktiviti itu atau tidak tahu.
Anda tidak boleh menggunakan kata laluan atau akaun orang lain. Anda tidak boleh cuba mendapatkan akses tanpa izin kepada Laman Web ini. Sekiranya anda cuba berbuat demikian, membantu orang lain untuk berbuat demikian atau mengedarkan arahan, perisian atau alat untuk tujuan ini, kami akan menutup akaun anda. Jika sesiapa selain daripada anda menggunakan akaun anda, kami boleh menggantung atau menamatkan akaun anda (lihat bahagian bertajuk “Pengubahsuaian dan penggantungan Laman Web ini” di bawah). Anda mesti memaklumkan kami dengan segera tentang apa-apa penggunaan nama pengguna, kata laluan atau maklumat akaun anda yang lain, atau apa-apa pelanggaran keselamatan lain yang anda dapat tahu yang melibatkan akaun anda atau Laman Web ini.
PENGUBAHSUAIAN DAN PENGGANTUNGAN LAMAN WEB INI
Kami berhak untuk mengubah suai, menggantung, atau menamatkan operasi atau akses kepada Laman Web ini, atau mana-mana bahagiannya, menurut budi bicara kami. Sebagai contoh, kami boleh menamatkan operasi Laman Web ini untuk pengguna jika kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Laman Web ini digunakan oleh seseorang selain daripada Pengguna yang Dihasratkan.
Kami juga boleh mengemas kini Laman Web ini dan menukar kandungannya pada bila-bila masa. Meskipun kami melakukan usaha yang munasabah untuk mengemas kini maklumat pada Laman Web ini, harap maklum bahawa apa-apa kandungan padanya mungkin sudah lama pada bila-bila masa tertentu, dan kami tiada obligasi untuk mengemas kini maklumat tersebut.
Kami juga boleh mengganggu operasi biasa Laman Web ini, atau mana-mana bahagiannya, mengikut keperluan untuk melaksanakan penyelenggaraan rutin atau bukan rutin, membetulkan kesilapan, atau untuk membuat perubahan lain.
PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN BAHAN INI
Laman Web ini dan semua kandungannya (termasuk perisian, fail, grafik, data, imej dan bahan lain) (“Bahan”) adalah hak milik eksklusif kami, sekutu kami, atau pemberi lesen kami (atau mana-mana gabungan perkara yang dinyatakan di atas), dan adalah dilindungi oleh undang-undang di Malaysia dan di negara-negara lain.
Kesemua hak harta intelektual dalam Bahan ini adalah hak kami atau pemberi lesen kami. Anda tidak boleh menggunakan, mengubah suai, menyalin, menghasilkan semula, menerbitkan semula, memuat naik, menyiarkan, menghantar, mengedar, menjual, melesen, menyewa, memaparkan atau mempersembahkan kepada awam, menghebahkan, menyunting, mengadaptasi, atau mencipta kerja terbitan, atau melakukan kejuruteraan terbalik, dalam apa jua cara pun pada mana-mana bahagian Laman Web ini atau mana-mana Bahan ini.
Laman Web dan Bahan ini disediakan semata-mata untuk penggunaan anda sendiri sahaja. Anda tidak boleh menggunakannya untuk apa-apa tujuan lain (sebagai contoh, anda tidak boleh menggunakannya untuk tujuan perniagaan atau komersil). Beri perhatian pada perenggan “Had Liabiliti” di bawah.
MEMAUTKAN
Laman Web ini mungkin menyertakan pautan ke laman web pihak ketiga. Pautan ini disediakan untuk kemudahan anda sahaja. Oleh sebab kami tiada kawalan ke atas laman web pihak ketiga, dan kami tidak menyemak laman-laman web ini, harap maklum bahawa:
- kami tidak mengendors laman web ini, kami tidak bertanggungjawab untuk laman web ini, dan kami tidak membuat apa apa perjanjian berhubung laman web ini: khususnya, kami tidak bertanggungjawab untuk terma yang menjadi asas kepada ketersediaan laman web ini atau amalan privasi laman web ini, ketersediaan laman web ini, kandungan laman web ini, pengiklanan, produk, atau bahan, perkhidmatan atau maklumat lain pada atau yang tersedia pada laman web ini; dan
- Jika anda mengakses mana-mana laman web seperti ini, anda melakukannya atas risiko anda sendiri.
Anda tidak boleh membingkai, melakukan pautan atau melakukan pautan mendalam ke Laman Web ini, ke mana-mana laman web.
PRIVASI DAN KUKI
Setakat yang kami mengumpul apa-apa data peribadi mengenai anda dalam Laman Web ini, kami akan mengumpul dan memproses data ini berlandaskan Dasar Privasi kami. Sila baca untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat peribadi apa yang kami kumpul tentang anda, bagaimana kami menggunakannya, dengan siapa kami berkongsi, bagaimana kami melindunginya, hak anda dan bagaimana anda boleh melaksanakan hak ini.
Laman Web ini juga menggunakan kuki dan teknologi yang serupa untuk mengumpul maklumat pelawat tertentu secara automatik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknologi seperti ini (termasuk kuki analitik Google), bagaimana kami menggunakannya, dan bagaimana anda boleh menerima atau menolaknya, sila lihat Notis Kuki kami.
Anda hendaklah menyemak our Dasar Privasi dan Notis Kuki kami sebelum menggunakan Laman Web ini, seperti Terma ini, kami boleh menukarnya pada bila-bila masa.
PENAFIAN
Walaupun kami melakukan yang terbaik untuk menyediakan Laman Web bermaklumat yang memberi anda maklumat tentang penggunaan, penyelenggaraan, dan penjagaan peranti IQOS anda yang betul, melainkan kami menyatakan secara jelas perkara yang bertentangan dengan Terma ini, Laman Web ini disediakan kepada anda atas dasar "sebagaimana yang tersedia”. Selain itu:
- Anda bertanggungjawab – bukan kami – untuk memastikan Laman Web ini sesuai untuk tujuan yang anda hasratkan apabila anda menggunakannya;
- kami tidak menanggung apa-apa liabiliti kepada anda berhubung Laman Web ini (tertakluk pada perenggan mengenai “Had Liabiliti” di bawah); dan
- kami tidak menanggung apa-apa liabiliti tentang kesesuaian Laman Web ini dalam memenuhi keperluan anda dan, setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang, kami mengecualikan semua janji dan waranti yang tersurat dan tersirat, termasuk:
- bahawa Laman Web ini, atau apa-apa kandungan yang terdapat di dalamnya atau yang dihantar melalui Laman Web ini, atau sebaliknya disediakan berhubung Laman Web ini, adalah tepat, lengkap, menepati masa, terkini, sesuai, atau akan beroperasi tanpa apa-apa ralat;
- bahawa akses kepada Laman Web ini tidak akan terganggu, atau tanpa ralat; dan
- bahawa Laman Web ini, atau sistem komputer yang menyediakan Laman Web ini, adalah bebas daripada virus atau komponen memudaratkan yang lain.
HAD LIABILITI
Kami tidak mengecualikan atau mengehadkan liabiliti yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan oleh undang-undang, liabiliti untuk kematian, kecederaan diri yang diakibatkan oleh kecuaian, atau liabiliti yang berpunca daripada salah representasi kami yang bersifat menipu atau kecuaian yang melampau.
Kami tidak bertanggungjawab kepada anda untuk apa-apa kehilangan atau ganti rugi yang berpunca daripada penggunaan Laman Web ini oleh anda yang melanggar Terma ini, atau yang diakibatkan oleh bahan atau tindakan yang memudaratkan dari segi teknologi (seperti virus atau serangan penafian perkhidmatan yang tersebar) yang mungkin menjejaskan peralatan komputer anda, program komputer, data atau bahan lain berhubung penggunaan Laman Web ini oleh anda atau mana-mana laman web yang dipautkan kepadanya.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa pengendalian Laman Web ini bergantung pada fungsi internet yang betul dan berkesan dan peralatan serta perkhidmatan pihak ketiga lain (termasuk peranti anda sendiri atau pelayar web), yang kami tidak jamin, dan tidak akan bertanggungjawab untuk perkara ini dalam apa jua cara sekalipun.
Kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau ganti rugi khusus, tidak langsung, punitif atau yang terhasil, atau apa-apa kehilangan data, keuntungan, hasil, perniagaan, atau muhibah.
Jika anda mengakibatkan gangguan teknikal kepada Laman Web ini atau sistem yang memancarkan Laman Web ini kepada anda atau pihak lain, anda bersetuju untuk bertanggungjawab untuk semua kerugian, liabiliti, perbelanjaan, ganti rugi, dan kos, termasuk yuran guaman dan kos mahkamah yang munasabah, yang berpunca daripada atau terhasil daripada gangguan ini.
BIDANG KUASA DAN UNDANG-UNDANG YANG MENTADBIR
Undang-undang Malaysia (“Bidang Kuasa”) yang mentadbir Terma dan penggunaan Laman Web ini oleh anda. Anda bersetuju tanpa boleh dibatalkan dengan bidang kuasa eksklusif mahkamah yang terletak di Malaysia untuk melaksanakan apa-apa tindakan bagi menguatkuasakan Terma ini.
HAK PENTING LAIN YANG KAMI ADA DI BAWAH TERMA INI
Kami boleh memindahkan hak dan obligasi di bawah Terma ini kepada organisasi lain, tetapi ini tidak akan menjejaskan hak anda di bawah Terma ini.
Jika kami gagal menegaskan supaya anda melaksanakan mana-mana obligasi anda di bawah Terma ini, atau jika kami tidak menguatkuasakan hak kami terhadap anda, atau jika kami menangguhkan usaha berbuat demikian, itu tidak bermaksud bahawa kami telah mengetepikan hak kami untuk menguatkuasakan apa-apa kegagalan seperti ini terhadap anda, atau anda tidak perlu mematuhi obligasi ini. Jika kami memutuskan untuk mengetepikan hak kami untuk menguatkuasakan sesuatu keingkaran atau pelanggaran Terma ini oleh anda, kami akan berbuat demikian secara bertulis.
Setiap perenggan Terma ini beroperasi secara berasingan. Ini bermaksud, jika mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa yang berkaitan memutuskan bahawa mana-mana terma ini melanggar undang-undang, tidak sah di sisi undang-undang, atau tidak boleh dikuatkuasakan, perenggan yang selebihnya akan kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
Terma ini tidak dihasratkan untuk memberi hak kepada sesiapa melainkan kepada anda dan kami.
CARA MENGHUBUNGI KAMI
Sila hubungi Sokongan Pelanggan IQOS kami di talian 1800-88-3858 jika:
- anda percaya bahawa Laman Web ini melanggar hak harta intelektual anda, mengandungi kandungan yang melanggar undang-undang, menyinggung perasaan, atau melanggar hak anda atau mana-mana pihak ketiga; atau
- untuk mengajukan apa-apa pertanyaan yang anda mungkin ada tentang Terma atau Laman Web ini.
E-DAGANG
Kami berhak untuk tidak menerima pesanan yang dibuat. Pesanan yang tidak diterima mungkin disebabkan oleh:
- Ketiadaan stok bagi produk yang dipesan
- Kami tidak dapat untuk mendapatkan kebenaran pembayaran anda dan/atau disyaki berlakunya penipuan
- Kami mendapati ralat pada harga atau deskripsi produk
- Kami tidak dapat menghantar pesanan ke alamat penghantaran yang diberikan
- Anda tidak mencapai kriteria kelayakan terma ini, termasuk kami mensyaki bahawa anda bukan berumur 18 dan ke atas.
Anda boleh membuat pembayaran untuk pesanan anda melalui pelbagai kaedah di halaman web kami. Terma berikut akan terpakai kepada kaedah pembayaran berikut:
Kad Kredit
- Pembayaran melalui kad kredit boleh diperolehi melalui Pembekal Khidmat Pembayaran (“PSP”) kami. PSP kami menerima semua kad kredit utama di Malaysia.
Perbankan atas talian
Melalui pembayaran melalui kaedah ini, pembayaran atas produk dibeli akan dihantar ke akaun PSP bagi jumlah amaun yang dicajkan untuk pesanan anda (termasuk semua cukai yang dikenakan, fi dan kos pengendalian). Transaksi ini hanya boleh dibayar dalam Ringgit Malaysia.
Buat masa sekarang, PSP kami menerima pembayaran melalui perbankan atas talian dari semua bank utama di Malaysia.
PSP kami mengendalikan kad kredit anda dan maklumat perbankan atas talian mengikut Payment Card Industry Data Security Standards (PCI DSS).
Penghantaran produk akan dibuat ke alamat yang dinyatakan di pesanan anda. Jika penghantaran tertangguh lebih daripada 7 hari bekerja, anda boleh menghubungi kami untuk membatalkan pesanan anda dan kami akan membayar balik wang yang dibayar.
Kami memerlukan seseorang yang berumur 18 dan ke atas untuk menandatangani penerimaaan penghantaran. Tanpanya, kami tidak dapat menyempurnakan penghantaran tersebut dan Khidmat Pelanggan IQOS akan menghubungi anda untuk melakukan aturan alternatif jika penghantaran tidak mungkin dilakukan.
Anda perlu menyimpan resit untuk produk dihantar untuk rujukan buat kami pada masa depan.
Sedia maklum bahawa kami mungkin tidak dapat membuat penghantaran di sesetengah lokasi. Jika ini berlaku, kami akan menghubungi anda dengan menggunakan cara perhubungan yang diberikan oleh anda dan membuat aturan bagi pembatalan pesanan, atau penghantaran ke alamat penghantaran alternatif.
Kami akan melakukan segala yang mampu untuk memastikan semua butiran, deskripsi dan harga produk yang terpapar di halaman web adalah betul. Walaupun kami menyasarkan bahawa halaman web sentiasa dikemaskini, maklumat termasuk deskripsi produk terpapar di halaman web ini mungkin tidak dikemaskini selalu buat suatu masa tertentu.
Terma dan Syarat untuk menyertai Program IQOS Care Plus
Kemas kini terakhir: Februari 26, 2019
-
Penggunaan Terma/Kelayakan
1.1 Terma dan syarat ini (Terma) terpakai untuk dan mentadbir penyertaan anda dalam program IQOS Care Plus (IQOS Care Plus). Anda hendaklah membaca Terma ini dengan teliti kerana ia mempengaruhi hak anda di sisi undang-undang dan mentadbir perhubungan anda dengan Philip Morris Malaysia Sdn Bhd (Philip Morris).
1.2 Anda hanya layak untuk keahlian IQOS Care Plus jika: (i) anda perokok dewasa atau pengguna IQOS yang berusia 18 tahun ke atas dan anda telah mendaftar dalam pangkalan data IQOS kami; dan (ii) tempat mastautin utama anda adalah di negara yang terdapat program IQOS Care Plus.
1.3 Untuk menyertai IQOS Care Plus anda mesti mendaftar peranti yang layak sebagaimana yang diterangkan dalam perenggan 2.1 di bawah (Peranti) dalam pangkalan data kami sama ada di iqos.com, atau menghubungi pusat khidmat pelanggan, di IQOS Authorized Care Centers (IACC) yang terpilih atau kedai IQOS.
1.4 Dengan mendaftar untuk IQOS Care Plus, klik ‘Saya Setuju’ atau butang yang serupa, atau mendaftar untuk IQOS Care Plus melalui pusat khidmat pelanggan, di IQOS Authorized Care Center (IACC) yang terpilih atau kedai IQOS atau sebaliknya dengan menggunakan IQOS Care Plus; anda bersetuju dengan Terma kami. Demikian juga, jika anda mendaftar Peranti lain, atau jika kami menukar Terma ini, dan anda kemudiannya menggunakan IQOS Care Plus, anda bersetuju dengan Terma kami. Penerimaan Terma kami dianggap sah di negara tempat kediaman berdaftar anda, menurut pangkalan data IQOS.
1.5 Jika anda tidak bersetuju (atau tidak boleh mematuhi) Terma ini, anda tidak dibenarkan menggunakan IQOS Care Plus.
1.6 Tiada pengubahsuaian Terma ini oleh anda dibenarkan melainkan Philip Morris memberi persetujuan yang jelas kepada mana-mana pengubahsuaian sedemikian secara bertulis.
1.7 Penggunaan IQOS Care Plus oleh anda adalah atas budi bicara kami dan kami boleh menolak permohonan anda untuk menggunakannya, atau kami boleh menamatkan hak anda untuk menggunakan IQOS Care Plus atas apa jua sebab, termasuk jika anda melanggar mana-mana Terma ini.
1.8 Kami juga berhak untuk meminda Terma ini dan IQOS Care Plus setelah memberi notis pada bila-bila masa. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana pindaan ini anda boleh menamatkan keahlian IQOS Care Plus anda.
-
Peranti yang Layak/Pendaftaran
2.1 Model Peranti berikut layak untuk mendaftar dalam IQOS Care Plus:
(a) a) IQOS 2.4, IQOS 2.4+, IQOS 3, IQOS 3 Duo atau Pemegang dan Pengecasnya
(b) IQOS 3 MULTI
2.2 Peranti ini mesti mempunyai nombor siri yang sah dan boleh di baca. Peranti terpakai tidak layak untuk mendaftar.
2.3 Jika anda sudah mendaftar dalam pangkalan data kami dan telah membeli mana-mana peranti dari 8 November 2018 hingga 3 Disember 2018, anda telah menjadi ahli IQOS Care Plus setelah anda menerima Terma ini.
2.4 Untuk semua pengguna IQOS yang baharu mendaftar dalam pangkalan data kami selepas 3 Disember 2018, anda akan menjadi ahli QOS Care Plus dengan menerima Terma ini dan mendaftar Peranti anda dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pembelian.
2.5 Dalam melengkapkan proses pendaftaran ini, anda mesti memberi semua maklumat wajib yang diperlukan secara tepat dan lengkap dan memastikan maklumat ini terkini. Jika anda tidak melengkapkan maklumat yang wajib dalam borang permohonan ini (seperti contohnya, usia, status perokok, alamat e-mel dan/atau nombor telefon) permohonan anda tidak akan diteruskan. Jika anda memberi maklumat yang tidak tepat atau lengkap, pihak Philip Morris berhak untuk menamatkan keahlian IQOS Care Plus anda tanpa notis.
2.6 Dengan mengikuti proses pendaftaran IQOS Care Plus anda akan dimaklumkan sama ada pendaftaran anda berjaya atau tidak. Keahlian IQOS Care Plus dan perkhidmatan yang disediakan adalah peribadi untuk anda dan tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga.
2.7 Penggunaan IQOS Care Plus oleh anda akan dikaitkan dengan negara asal kediaman anda. Oleh sebab IQOS Care Plus hanya didapati di negara tertentu sahaja, jika anda menukar negara kediaman anda, anda mestilah memaklumkan kami dan memohon semula untuk menggunakan IQOS Care Plus di negara kediaman baharu anda.
-
Terma dan Penamatan
3.1 Terma keahlian IQOS Care Plus anda adalah dari tarikh bila anda menerima Terma ini dan sah dalam lingkungan waktu iaitu baki dari tempoh waranti tambahan (voluntary warranty) IQOS (IQOS voluntary warranty) selama 12 bulan di negara pembeliaan asal.
3.2 Anda boleh menamatkan keahlian IQOS Care Plus anda pada bila-bila masa secara serta-merta dengan memaklumkan Philip Morris 1800-88-3858. Setelah keahlian anda tamat, anda tidak lagi berhak untuk menerima Perkhidmatan untuk mana-mana Peranti anda.
3.3 Philip Morris boleh menamatkan keahlian IQOS Care Plus anda pada bila-bila masa dengan serta-merta jika anda melanggar Terma ini. Philip Morris juga boleh menamatkan keahlian anda tanpa apa-apa alasan setelah memberi notis 30 hari.
3.4 Keahlian IQOS Care Plus memberi anda hak kepada perkhidmatan yang diterangkan dalam perenggan 4 dan 5 (Perkhidmatan).
-
Kerosakan Yang Tidak Disengajakan
4.1 Jika Peranti anda mengalami kerosakan yang tidak disengajakan atau tanpa niat yang menjejaskan fungsi Peranti anda yang tidak disebabkan oleh salah guna atau kelakuan yang tidak bertanggungjawab (Kerosakan Yang Tidak Disengajakan) anda mungkin layak untuk mendapat Peranti ganti sebagaimana yang dihuraikan dalam perenggan 4.
4.2 Anda perlu memberi Peranti yang rosak ini (termasuk semua komponen) kepada Philip Morris dan anda akan diberi peranti IQOS yang sama jenisnya sebagai ganti yang setara dengan Peranti yang baharu dari segi prestasi dan kebolehpercayaan. Jika peranti IQOS ganti daripada jenis yang sama tidak boleh didapati, peranti IQOS yang mempunyai fungsi yang sekurang-kurangnya setara akan diberi sebagai ganti. Philip Morris akan menyimpan semua Peranti yang diserahkan untuk mendapat ganti. Jika hanya alat ganti Peranti sahaja yang rosak, contohnya, pemegang atau pengecas, maka hanya alat ganti yang rosak sahaja akan digantikan dan Philip Morris akan hanya menyimpan bahagian Peranti yang digantikan tersebut.
4.3 Had daripada Kerosakan Yang Tidak Disengajakan
(a) Anda perlu mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk melindungi Peranti anda dan menggunakan dan menyelenggara Peranti ini menurut arahan dan panduan pengguna. Jika anda tidak berbuat demikian, anda tidak berhak untuk mendapatkan Peranti ganti.
(b) Anda dihadkan kepada satu Peranti ganti sahaja bagi setiap peranti yang berdaftar untuk Kerosakan Yang Tidak Disengajakan. Setelah tuntutan pertama diselesaikan, Kerosakan Yang Tidak Disengajakan di negara tempat mastautin anda dan Penggantian Segera yang berkaitan pada program ini akan dihentikan. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menerima Perkhidmatan untuk Peranti anda sehingga akhir tempoh keahlian anda.
(c) Anda tidak berhak untuk Peranti ganti di mana Kerosakan Yang Tidak Disengajakan terjadi sebelum tarikh pelancaran IQOS Care Plus atau apabila mana-mana keadaan berikut berlaku:
(i) mana-mana produk yang bukan Peranti yang layak menurut senarai yang terkandung dalam perenggan 2.1;
(ii) kerosakan akibat salah guna, atau pengubahsuaian atau pindaan sebenar, atau yang dicuba pada Peranti, pusuan kuasa;
(iii) Peranti dengan nombor siri yang telah dipinda, dicacatkan atau ditanggalkan;
(iv) Peranti yang telah dibuka, diservis, diubah suai, atau dipinda dalam cara yang tidak dibenarkan oleh Philip Morris;
(v) kehilangan atau kecurian Peranti anda;
(vi) kerosakan kosmetik kepada Peranti anda yang tidak menjejaskan fungsi Peranti, termasuk tetapi tidak terhad pada retakan halus, calar, kemik, plastik yang pecah pada port, dan perubahan warna;
(vii) kerosakan atau kegagalan yang disebabkan oleh haus dan lusuh dan/atau penggunaan Peranti;
(viii) pengendalian yang tidak betul, atau tersentuh dengan cecair, kerosakan akibat kebakaran, banjir, perang, keganasan atau bencana alam;
(ix) Kerosakan disebabkan oleh penggunaan dengan produk yang tidak serasi;
(x) kerosakan disebabkan oleh penggunaan sebagaimana yang diterangkan dalam Panduan Pengguna IQOS yang berkaitan.
(xi) kegagalan disebabkan oleh kecacatan bahan dan/atau mutu kerja dan/atau reka bentuk; walau bagaimanapun, kegagalan seperti ini mungkin dilindungi secara berasingan sama ada melalui hak pengguna anda atau oleh waranti sukarela IQOS yang sebagai tambahan dan tanpa prasangka kepada semua hak dan remedi yang disediakan oleh undang-undang perlindungan pengguna di negara tempat anda membelinya.
4.4 Membuat tuntutan di bawah Kerosakan Yang Tidak Disengajakan
(a) Anda mesti:
(i) melaporkan tuntutan anda kepada Philip Morris melalui Pusat Perkhidmatan IQOS (IACC) Yang Sah secepat mungkin dan tidak lebih lewat daripada empatbelas (14) hari dari tarikh Peranti anda mengalami Kerosakan Yang Tidak Disengajakan, termasuk maklumat berikut: (1) nombor siri bagi Peranti yang terjejas; (2) keterangan simptom, masalah dengan atau punca kerosakan Peranti ini; (3) mesej ralat; dan (4) tindakan yang diambil sebelum Peranti mengalami masalah dan apa-apa langkah yang anda telah ambil untuk menyelesaikan masalah ini;
(ii) jika diminta oleh Philip Morris, anda mesti memberi bukti pembelian Peranti anda; dan
(iii) sekiranya tidak, mematuhi proses kelulusan pengembalian Peranti Philip Morris.
(b) Anda juga boleh membuat tuntutan menerusi pusat perkhidmatan pelanggan dengan menelefon 1800-88-3858 untuk negara tempat kediaman anda dan memberi maklumat yang sama seperti yang diperincikan dalam perenggan 4.4(a).
(c) Anda tidak boleh menghantar produk dan aksesori Philip Morris yang tidak disokong oleh penggantian Kerosakan Yang Tidak Disengajakan. Jika anda menghantar item ini, ia tidak akan dikembalikan dan akan dimusnahkan.
(d) Philip Morris akan menentukan sama ada anda berhak untuk mendapat ganti Peranti berlandaskan Terma ini. Jika anda berhak untuk mendapat ganti Peranti ini, ia akan diberi kepada anda melalui salah satu cara berikut:
(i) Penghantaran kurier. Peranti Gantian akan dikurier kepada anda dan anda mesti menghantar Peranti yang terjejas yang berkaitan kepada Philip Morris
(ii) Perkhidmatan bawa ke kedai. Anda boleh mengembalikan Peranti anda yang terjejas kepada IACC terpilih atau kedai IQOS yang menyertai dan tempat perkhidmatan IQOS yang mengambil bahagian yang akan menyediakan peranti gantian anda.
(iii) Perkhidmatan pos. Philip Morris akan menyediakan untuk anda bayaran pos prabayar dan bungkusan yang diperlukan supaya anda boleh menghantar Peranti yang terjejas kepada Philip Morris. Setelah pemeriksaan selesai, Philip Morris akan mengembalikan Peranti ini atau menghantar Peranti Gantian kepada anda. Philip Morris akan membayar kos penghantaran pos ke dan dari lokasi anda jika anda mengikuti semua arahan.
(e) Jika anda ingin menuntut Peranti Gantian di negara yang bukan negara tempat pembelian asal, anda perlu mematuhi semua undang-undang dan peraturan import dan eksport yang berkuat kuasa, dan anda akan bertanggungjawab untuk membayar duti kastam, cukai tambah nilai serta cukai dan caj berkaitan lain yang mungkin dikenakan.
-
Bantuan Antarabangsa
5.1 Anda mempunyai akses kepada nombor bebas tol antarabangsa (bayaran mungkin dikenakan di sesetengah negara) semasa berkunjung ke luar negara di mana IQOS dikomersilkan oleh Philip Morris atau gabungannya atau rakan niaganya yang sah. Perkhidmatan ini termasuklah bantuan menyelesaikan masalah oleh ejen IQOS yang berpengalaman, dan jika perlu penggantian Peranti anda yang menepati(i) Kerosakan Yang Tak Disengajakan menurut Terma ini atau (ii) masalah Peranti IQOS yang ditakrifkan dari segi bahan dan mutu kerja apabila digunakan mengikut Panduan Pengguna IQOS.
5.2 Pilihan perkhidmatan, ketersediaan Peranti, masa respon dan penghantaran mungkin berbeza-beza mengikut negara. Perkhidmatan ini tidak akan menjejaskan hak statutori anda dan hak anda di bawah waranti sukarela IQOS yang sah di negara di mana pembelian dibuat.
5.3 Had Bantuan Antarabangsa
(a) Had yang terkandung dalam perenggan 4.3 (Had) terpakai untuk penggantian akibat Kerosakan Yang Tidak Disengajakan di bawah Bantuan Antarabangsa.
(b) Perkara berikut dikecualikan daripada penggantian akibat masalah Peranti IQOS yang ditakrifkan dalam terma material atau mutu kerja apabila digunakan mengikut Panduan Pengguna IQOS perkhidmatan ini:
(i) kerosakan disebabkan oleh haus dan lusuh;
(ii) kerosakan kosmetik (seperi calar, kemik, plastik yang pecah, dsb.);
(iii) kerosakan disebabkan oleh salah guna, lonjakan kuasa, pengendalian yang tidak betul, bersentuh dengan cecair atau kebakaran;
(iv) kerosakan disebabkan oleh penggunaan dengan produk yang tidak serasi;
(v) kerosakan atau tidak berfungsi yang diakibatkan oleh percubaan untuk membuka, mengubah suai dan membaiki, sama ada oleh pengguna atau oleh pembekal perkhidmatan yang tidak diiktiraf oleh pengilang; atau
(vi) kerosakan atau tidak berfungsi disebabkan oleh penggunaan seperti yang diterangkan dalam Panduan Pengguna IQOS yang berkaitan.
5.4 Membuat tuntutan di bawah Bantuan Antarabangsa
(a) Anda mesti:
(i) melaporkan tuntutan anda kepada pusat perkhidmatan pelanggan dengan menelefon nombor 1800-88-3858 secepat mungkin dan tidak lewat daripada empatbelas (14) hari dari tarikh Peranti anda mengalami Kerosakan Yang Tak Disengajakan atau masalah Peranti IQOS yang ditakrifkan dalam terma bahan atau mutu kerja apabila digunakan menurut Panduan Pengguna, termasuk maklumat yang berikut: (1) nombor siri bagi Peranti yang terjejas; (2) keterangan simptom, masalah dengan atau punca kerosakan Peranti ini; (3) mesej ralat; dan (4) tindakan yang diambil sebelum Peranti mengalami masalah dan apa-apa langkah yang anda telah ambil untuk menyelesaikan masalah ini;
(ii) jika diminta oleh Philip Morris, anda mesti memberi bukti pembelian Peranti anda; dan
(iii) sekiranya tidak, mematuhi proses kelulusan pengembalian Peranti Philip Morris.
(b) Philip Morris akan menentukan sama ada anda berhak untuk mendapat ganti Peranti berlandaskan Terma ini. Jika anda berhak untuk mendapat ganti Peranti ini, ia akan diberi kepada anda melalui salah satu cara berikut:
(i) Penghantaran Kurier. Peranti Gantian akan dikurier kepada anda dan anda mesti menghantar Peranti yang terjejas yang berkaitan kepada Philip Morris
(ii) Perkhidmatan bawa ke kedai. Anda boleh mengembalikan Peranti anda yang terjejas kepada kedai IQOS yang menyertai dan tempat perkhidmatan IQOS yang mengambil bahagian yang akan menyediakan peranti ganti anda
(iii) Perkhidmatan pos. Philip Morris akan menyediakan untuk anda bayaran pos prabayar dan bungkusan yang diperlukan supaya anda boleh menghantar Peralatan Peranti yang terjejas kepada Philip Morris. Setelah pemeriksaan selesai, Philip Morris akan mengembalikan Peranti ini atau menghantar Peranti Gantian kepada anda. Philip Morris akan membayar kos penghantaran pos ke dan dari lokasi anda jika anda mengikuti semua arahan.
(c) Anda perlu mematuhi semua undang-undang dan peraturan import dan eksport yang berkuat kuasa, dan anda akan bertanggungjawab untuk membayar duti kastam, cukai tambah nilai serta cukai dan caj berkaitan lain yang mungkin dikenakan.
-
Perkhidmatan lain
6.1 IQOS Coach. Anda akan mempunyai akses kepada sokongan dari jarak jauh untuk anda bagi menggunakan dan menyelenggara peranti IQOS anda dengan betul. Akses adalah sepanjang waktu urus niaga biasa di negara kediaman anda.
6.2 Perkhidmatan Penggantian Segera. Perkhidmatan ini menyediakan penggantian Peranti anda dalam kadar segara sepanjang tempoh jaminan, sekiranya berlaku Kerosakan Yang Tidak Disengajakan dan/atau anda mempunyai tuntutan yang sah untuk masalah Peranti IQOS yang ditakrifkan dalam terma material dan mutu kerja apabila digunakan mengikut Panduan Pengguna IQOS. Untuk penggantian disebabkan oleh Kerosakan Yang Tidak Disengajakan, anda terhad pada satu Perkhidmatan Penggantian Segera sahaja. Kelayakan untuk perkhidmatan ini ditentukan oleh Philip Morris. Perkhidmatan ini hanya di lokasi terpilih, di negara anda mendaftar sahaja.
-
Obligasi Anda.
Anda bersetuju:
- a) untuk tidak menyalahgunakan program IQOS Care Plus dan Perkhidmatan ini;
- b) untuk memastikan akaun keahlian anda selamat dan terkawal;
- c) di mana pertukaran berlaku, apa-apa Peranti gantian yang anda terima melalui pertukaran ini, menjadi hak milik anda dan Peranti yang diserahkan untuk mendapatkan Peranti ganti ini menjadi hak milik entiti; dan
- d) untuk mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.
-
Waranti/Had Liabiliti
8.1 Memandangkan keahlian IQOS Care Plus adalah percuma, ia disediakan ‘Sebagaimana yang Tersedia’ dan tanpa apa-apa waranti.
8.2 Philip Morris tidak bertanggungjawab setakat yang maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa sama ada dalam tort (termasuk kecuaian atau pelanggaran kewajipan statutori), kontrak, salah representasi, pengembalian atau sebaliknya untuk apa-apa kerugian langsung, kehilangan keuntungan, jualan, hasil atau simpanan, kehilangan perniagaan, penyusutan muhibah dan/atau kehilangan yang serupa atau kehilangan atau kerosakan data atau maklumat, atau kerugian ekonomi mutlak, atau apa-apa kerugian, kos, ganti rugi, caj atau perbelanjaan khusus, tidak langsung atau yang terhasil, tidak kira bagaimana puncanya atau sebaliknya yang terhasil daripada keahlian IQOS Care Plus anda atau penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda. Philip Morris tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian yang dihuraikan dalam perenggan 8.2 meskipun sekiranya anda telah memaklumkan Philip Morris tentang kemungkinan kerugian seperti ini boleh berlaku.
8.3 Tiada sesuatu pun dalam perenggan 8 mengecualikan apa-apa liabiliti yang tidak boleh dikecualikan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
-
Pelbagai
9.1 IQOS Care Plus bukan polisi insurans.
9.2 IQOS Care Plus disediakan secara percuma buat masa ini.
9.3 Butiran tentang pemprosesan data peribadi yang anda beri kepada kami diterangkan dalam Notis Privasi kami yang boleh didapati di www.pmiprivacy.com/en/consumer.
9.4 Terma ini tertakluk pada undang-undang pejabat berdaftar Philip Morris. Apa-apa pertikaian undang-undang akan tertakluk pada bidang kuasa eksklusif di bandar yang menempatkan pejabat berdaftar Philip Morris.
9.5 Untuk mengajukan soalan, pertanyaan dan mendapatkan maklumat hubungan, sila hubungi 1800-88-3858.