Apakah Sistem ProtectPlus™ baharu?
IQOS ProtectPlus™ memperkenalkan beberapa ciri yang dipertingkatkan berkaitan reka bentuk dan teknologi, untuk mengubah konsep perlindungan dan kebolehpercayaan IQOS 3™:
• rangka luar yang kukuh, meningkatkan rintangan kejutan peranti
• bukaan pintu sisi baharu yang telah diuji untuk menjamin prestasi peranti yang boleh diharapkan
• teknologi baharu menyediakan jangka hayat bateri yang lebih lama
• ruang elektronik* Pemegang IQOS 3™ anda telah direka bentuk semula untuk mempertingkatkan kebolehpercayaan peranti
* Ruang elektronik merujuk pada kawasan terletaknya elemen elektronik itu pada Pemegang IQOS™.
Bagaimanakah cara menaik taraf perisian tegar (firmware) Pengecas Poket IQOS 3 saya supaya boleh digunakan dengan Pemegang IQOS 3 DUO?
Jika anda sudah pun mempunyai peranti IQOS 3 dan ingin menggunakan Pemegang IQOS 3 DUO anda dengan Pengecas Poket IQOS 3, anda mungkin perlu menaik taraf perisian tegar anda (firmware).
Untuk mengetahui sama ada IQOS 3 semasa anda perlu dinaik taraf, lakukan perkara berikut:
1. Cas penuh Pemegang IQOS 3 DUO dan masukkan ke dalam Pengecas Poket IQOS 3
2. Tekan butang Pengecas Poket untuk memeriksa lampu status Pemegang:
a. Jika lampu berkelip sekali – memerlukan naik taraf
b. Jika lampu berkelip dua kali – tidak memerlukan naik taraf
Anda boleh menaik taraf perisian tegar (firmware) peranti anda di Kedai IQOS. Naik taraf ini adalah percuma.
Selepas naik taraf perisian tegar (firmware), anda boleh mengecas dan menggunakan Pemegang IQOS 3 DUO anda dengan Pengecas Poket IQOS 3.
Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan peranti saya dengan menggunakan NFC atau kod QR?
Terdapat dua cara untuk mengakses laman web IQOS untuk pendaftaran: dengan ketik NFC atau kod QR:
1. Pendaftaran menggunakan Ketik NFC:
o ketik telefon pintar anda pada pintu peranti untuk membuka antara muka web pada skrin telefon anda
o isi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar. Perhatian, nombor bersiri peranti akan diisi secara automatik.
2. Pendaftaran menggunakan kod QR:
o imbas kod QR pada pembungkusan peranti (folio di dalam pembungkusan yang mengandungi dokumen pengguna) untuk membuka antara muka web
o ambil gambar label pada pembungkusan untuk menangkap gambar nombor bersiri peranti anda
o nombor bersiri peranti akan diisi secara automatik. Jika tidak, sila ambil gambar label pada bahagian luar kotak pembungkusan untuk menangkap gambar nombor bersiri peranti anda
o isi maklumat yang diperlukan untuk mendaftarkan peranti anda
Bagaimanakah cara mengaktifkan fungsi NFC?
Jika telefon anda mengandungi cip NFC, hanya aktifkan NFC anda menerusi menu tetapan telefon anda.
Kedua-dua peranti akan berhubung secara automatik apabila anda mendekatkan kedua-dua peranti itu (jarak kurang daripada 4 cm) dan laman web IQOS akan terbuka. Sangat mudah.
What is NFC?
NFC stands for Near-field communication (NFC). It enables two electronic devices, your IQOS device and your phone, communicate by bringing them within 4 cm of each other.
In IQOS, we use this technology to offer simplified access to the digital experience (IQOS website) to iOS users or users who do not wish to download IQOS Connect App.
It allows for simplified user/device registration, easy device onboarding to quickly learn how to use your IQOS.
Just in one tap you will get access to your key needs – quickly find nearest IQOS store, contact customer care, access IQOS online store and many more.
Apakah suhu berfungsi paling optimum peranti IQOS 3 DUO?
IQOS 3 DUO direka bentuk untuk berfungsi dalam julat suhu yang besar, tetapi rasa batang tembakau adalah terbaik apabila peranti digunakan pada suhu antara 0°C dengan 50°C.
Apakah yang dimaksudkan dengan getaran peranti?
Getaran Pemegang IQOS 3 DUO diaktifkan mengikut keadaan yang berikut:
- Pada permulaan pemanasan (setelah anda menekan pada Butang Pemegang untuk bermula) - satu getaran
- Apabila peranti sedia untuk digunakan – dua getaran
- Apabila pengalaman tersebut sudah hampir selesai (30 sebelum berakhir) - dua getaran
- Apabila pengalaman tersebut sudah hampir selesai (30 sebelum berakhirnya sesi tembakau) - dua getaran
Bagaimanakah IQOS 3 DUO dapat mengikut rentak penggunaan saya?
IQOS 3 DUO membolehkan anda menikmati dua penggunaan berulang kali tanpa perlu mengecas semula Pemegang. Ini akan ditunjukkan oleh dua lampu LED berwarna putih pada Pemegang dan Pengecas Poket anda.
Setelah anda selesai dengan kegunaan pertama, satu lampu sahaja yang akan ditunjukkan, iaitu, lampu 2 LED hidup – 2 kegunaan tersedia, 1 LED – 1 kegunaan.
Jika anda memerlukan penggunaan yang kedua dengan segera, Pemegang anda sudah pun tersedia dengan serta-merta.
Jika anda tidak memerlukan penggunaan yang kedua dengan segera, hanya letak kembali Pemegang ke dalam Pengecas Poket untuk pengecasan semula pantas bagi memperoleh 2 kegunaan semula.
Dalam kebanyakan kes, anda boleh mengecas Pemegang itu semula dengan lebih pantas berbanding Pemegang peranti IQOS yang lain.
Bagaimanakah cara memeriksa status penggunaan yang tersedia Pemegang itu?
Anda boleh memeriksa status Pemegang (bilangan penggunaan yang tersedia tanpa mengecas semula) dalam dua cara – sama ada pada Pemegang itu sendiri atau pada Pengecas Poket:
Untuk memeriksa status pada Pemegang:
- Tekan & lepas Butang Pemegang:
o 2 lampu menyala – sedia untuk dua kegunaan
o 1 lampu menyala – sedia untuk satu kegunaan
o Tiada lampu menyala – Pemegang tidak dicas
Untuk memeriksa status Pemegang pada Pengecas Poket:
- Tekan & lepas Butang Pengecas Poket
- 2 lampu menyala – sedia untuk dua kegunaan
- 1 lampu menyala – sedia untuk satu kegunaan
Pada Pengecas Poket IQOS 3 DUO Pada Pengecas Poket IQOS 3*
* Untuk pengguna yang menggunakan versi campuran Pemegang IQOS 3 DUO di dalam Pengecas Poket IQOS 3. Dalam kes tertentu, mungkin perlu menaik taraf perisian tegar (firmware) Pengecas Poket IQOS 3 untuk mengetahui jika Pemegang sudah bersedia bagi 1 kegunaan.
Bagaimanakah saya boleh mengeset semula peranti IQOS 3 DUO saya?
Anda boleh mengeset semula peranti IQOS 3 DUO anda hanya dengan menekan dan menahan Butang Pengecas Poket selama 10 saat (sehingga cahaya lampu menjadi pudar), kemudian lepaskan.
Semua Lampu Status akan TERPADAM, berkelip tiga kali, dan beransur-ansur kembali menyala pudar, untuk mengesahkan PENGESETAN SEMULA.
Bolehkah saya menggunakan penyesuai kuasa AC IQOS & kabel USB versi peranti terdahulu untuk mengecas peranti IQOS 3 DUO?
Anda boleh menggunakan Penyesuai Kuasa AC IQOS versi peranti yang terdahulu. Walau bagaimanapun, kabel USB IQOS 3 DUO mempunyai port C USB, yang berbeza dengan kabel IQOS™ 2.4+.
Bolehkah saya mengecas Pemegang IQOS 2.4/2.4+ menggunakan Pengecas Poket IQOS 3 DUO dan sebaliknya?
Tidak boleh, Pengecas Poket IQOS 3 DUO baharu hanya sesuai dengan IQOS 3.
Jika anda masukkan Pemegang IQOS™ 2.4+ ke dalam Pengecas Poket IQOS 3 DUO, Pemegang itu tidak akan muat kerana saiz yang berbeza.
Jika secara tidak sengaja anda memasukkan Pemegang IQOS 3 DUO ke dalam Pengecas Poket IQOS™ 2.4+, lampu Pengecas Poket akan mula berkelip, walau bagaimanapun Pemegang itu tidak akan mengecas.
Perlukah saya sentiasa mengecas penuh bateri Pengecas Poket saya?
Peranti IQOS 3 DUO tidak perlu dicas penuh untuk berfungsi, walau bagaimanapun, kami syorkan agar peranti dicas penuh sebelum penggunaan pertama.
Jika Pengecas Poket IQOS 3 DUO telah dicas penuh, anda boleh menggunakan Pemegang itu sehingga 20 kali.
Masa mengecas Pemegang hanya berkesan jika Pemegang IQOS 3 DUO telah dicas penuh pada kali pertama atau selepas habis sepenuhnya.
Berapa lamakah untuk mengecas penuh peranti?
Pengecas Poket IQOS 3 DUO mengambil masa selama lebih kurang 120 minit untuk dicas penuh dari alur keluar elektrik. Gunakan Penyesuai AV dan kabel USB IQOS sahaja untuk mengecas IQOS 3 DUO.
Bagaimanakah saya memeriksa tahap cas bateri?
Untuk memeriksa tahap cas Pengecas Poket IQOS 3 Duo, tekan & lepaskan Butang Pengecas Poket.
Lampu Status Pengecas Poket akan HIDUP selama 3 saat untuk menunjukkan status bateri:
4 LED = telah dicas lebih daripada 75%
1 LED = cas rendah. Perlu mengecas
Bagaimanakah IQOS 3 DUO berbeza daripada peranti sebelum ini?
IQOS 3 DUO baharu mempunyai Pemegang yang terpantas dan paling berkuasa dalam kalangan keluarga IQOS kami.
Diinspirasikan oleh pelanggan kami, IQOS direka bentuk khusus untuk memenuhi keperluan anda bagi menikmati momen IQOS dengan cara yang tersendiri:
- Membolehkan anda menikmati dua penggunaan berulang kali tanpa perlu mengecas semula Pemegang
- Pengecasan Pemegang yang lebih cepat, membenarkan anda untuk lebih fokus kepada rasa dan tidak perlu bimbang tentang mengecas semula:
• Mengecas sekurang-kurangnya 2 minit 20 saat lebih cepat berbanding mengecas Pemegang IQOS 2.4 Plus*
• Mengecas sekurang-kurangnya 1 minit 40 saat lebih cepat berbanding mengecas Pemegang IQOS 3*
- Mempunyai Sistem IQOS ProtectPlus™ untuk perlindungan dan kebolehpercayaan yang lebih baik, serta mempunyai cip NFC bagi memudahkan pendaftaran dan akses pada laman web IQOS
*dengan syarat Pemegang IQOS 3 DUO Holder telah dicas sepenuhnya sebelum penggunaan kali pertama atau apabila sudah habis sepenuhnya: dan terpakai untuk mengecas Pemegang IQOS 3 DUO bagi 0 hingga 1 penggunaan. Ini bergantung pada keadaan penggunaan peranti, iaitu kitar hayat bateri, keadaan cuaca dan penggunaan peranti.