Perbandingan Bau Tembakau Yang Dipanaskan, Rokok Elektronik, dan Vape dengan Rokok

Sep 10, 2024

Perbandingan Bau Tembakau Yang Dipanaskan, Rokok Elektronik, dan Vape dengan Rokok

Sebagai seorang perokok dewasa, anda pasti sedar tentang bau kuat yang dikaitkan dengan asap rokok. Ia melekat di sekitar rumah, pada rambut, pakaian, dan perabot anda. Bagi mana-mana perokok yang beralih daripada rokok tradisional kepada peranti bebas asap, maklumat tentang bau produk lain dan sama ada ia sama dengan bau yang dihasilkan oleh rokok mungkin merupakan sesuatu yang anda ingin tahu.

 

Bebas Asap: Kurang Bau?

 

Bau rokok sangat kuat dan boleh mempengaruhi persekitaran anda. Ia adalah masalah yang biasa dihadapi oleh perokok. Ada sebab mengapa rokok menghasilkan bau apabila dinyalakan. Melalui pembakaran, rokok meninggalkan sisa dan ini boleh melekat pada apa-apa sahaja yang disentuh termasuklah pakaian, rambut, dan kulit. Bau ini tidak hanya ada semasa anda merokok. Ia mungkin akan melekat dan berlarutan selama beberapa jam selepas rokok dipadamkan, seterusnya mempengaruhi rumah anda.

 

Bau rokok akan kekal, dan perokok yang sebaliknya akan terus merokok dan tidak suka bau asap rokok harus mempertimbangkan salah satu daripada pelbagai pilihan bebas asap, seperti IQOS, yang disokong secara saintifik yang tersedia di pasaran. Rokok mendedahkan orang lain kepada asap, namun IQOS tidak. IQOS tidak menghasilkan asap atau asap sekunder. Ia menghasilkan wap, lantas mengurangkan kesan kepada udara di sekeliling anda dan orang lain.

 

Jadi, jawapan kepada soalan ini adalah ya, produk bebas asap yang disokong secara saintifik seperti IQOS memang menghasilkan kurang bau.

 

Maklumat penting: IQOS tidak bebas risiko untuk anda atau orang lain di sekeliling anda.

 

Manfaat Bebas Asap: Bau

 

Jika anda seorang perokok dewasa yang mencari produk tembakau yang dipanaskan menggunakan tembakau sebenar, tetapi risau tentang bau asap rokok, anda mungkin juga ingin tahu bahawa IQOS memanaskan tembakau tanpa membakarnya.

 

Jadi adakah tembakau yang dipanaskan berbau?

 

IQOS menghasilkan bau yang kurang dan meninggalkan sisa bau yang kurang. IQOS tidak menghasilkan asap dan meninggalkan lebih sedikit bau pada perabot dan fabrik. Oleh kerana IQOS menghasilkan bau yang kurang, ia juga kurang mengganggu orang di sekeliling anda.

 

IQOS ILUMA baharu menggunakan SMARTCORE INDUCTION SYSTEM™. Sistem ini memanaskan tembakau tanpa membakarnya. IQOS ILUMA tidak menghasilkan abu. Ramai pengguna bersetuju bahawa IQOS ILUMA kurang menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.* Penting untuk kita faham bahawa IQOS ILUMA bukan bebas risiko dan mengandungi nikotin, yang boleh menyebabkan ketagihan.

 

*Persetujuan 96% di kalangan 2,180 pengguna dewasa di Ukraine, Kanada, Itali dan Czech.

 

Keputusan terbaik yang boleh dibuat oleh mana-mana perokok dewasa ialah berhenti menggunakan tembakau dan nikotin sepenuhnya. IQOS bukanlah alternatif untuk berhenti merokok dan tidak direka sebagai alat untuk berhenti merokok.

 

Adakah rokok elektronik/vape berbau?

 

Rokok elektronik atau vape adalah sejenis alternatif bebas asap dengan pelbagai jenis produk, ciri, dan penyesuaian yang tersedia. Kepelbagaian jenis peranti rokok elektronik/vape adalah salah satu manfaat yang dinikmati oleh para pengguna dewasa.

 

Rokok elektronik/vape ialah peranti berkuasa bateri yang berfungsi dengan memanaskan cecair yang dipanggil e-cecair, yang mengandungi perasa dan nikotin. Walaupun tiada tembakau sebenar digunakan, e-cecair boleh didapati dalam pelbagai perisa, termasuklah perisa tembakau. Apabila e-cecair dipanaskan, ia mengewap dan menghasilkan aerosol.

 

Tidak kira jika anda tertanya-tanya tentang bau rokok elektronik/vape, atau ingin tahu jika rokok elektronik/vape atau produk tembakau dipanaskan mengeluarkan bau yang sama dengan rokok, anda harus tahu terdapatnya alternatif bebas asap yang boleh menghasilkan bau yang kurang daripada rokok.

 

Pilihan terbaik bagi seorang perokok atau pengguna nikotin adalah untuk berhenti menggunakan nikotin dan tembakau sepenuhnya. Alternatif-alternatif ini hanya perlu dipertimbangkan oleh perokok dewasa atau pengguna nikotin yang sebaliknya akan terus merokok atau menggunakan produk nikotin lain.

 

 

(Penafian: Artikel ini adalah untuk maklumat am dan sebagai tujuan pendidikan sahaja. Sesetengah maklumat di dalam artikel ini adalah berdasarkan sumber luaran, pihak ketiga dan kami tidak mewakili atau memberi jaminan terhadap ketepatan maklumat, kesahihan serta kelengkapan maklumat tersebut.)

 

 

Artikel berkaitan: