Bolehkah Anda Vape di Dalam Pesawat?

Apr 5, 2024

Vape di Dalam Pesawat: Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Berlepas

Untuk seorang perokok dewasa atau pengguna vape yang melancong - sama ada secara kerap atau hanya sekali setahun - adalah penting untuk mengetahui di mana dan bila anda boleh menggunakan peranti vape anda.

 

Syarikat penerbangan di seluruh dunia tidak membenarkan merokok atau vape di dalam pesawat, walaupun anda menggunakan produk heat-not-burn atau rokok elektronik.

 

 

Kenapa Anda Tidak Boleh Vape di dalam Pesawat

 

Negara pertama yang melaksanakan larangan merokok dalam penerbangan domestik adalah Australia pada tahun 1987. Pada tahun 2000, sudah mustahil untuk anda jumpa mana-mana orang merokok semasa penerbangan.

 

Semua syarikat penerbangan mempunyai peraturan yang jelas iaitu tidak membenarkan penggunaan rokok atau vape di dalam pesawat. Walaupun terdapat beberapa peraturan yang mungkin berbeza, intipatinya kekal konsisten.

 

Sebagai contoh, di Easyjet, semua rokok elektronik dan maksimum dua bateri simpanan mesti diletakkan dalam bagasi tangan dan di badan penumpang. Namun ia tidak boleh diguna pakai dalam pesawat.

 

Bagi Qantas, sebarang penggunaan dan pengecasan rokok elektronik dan vaporiser peribadi lain tidak dibenarkan di dalam pesawat. Ia mesti dibawa dalam bagasi tangan.

 

Untuk semua penerbangan Emirates merokok adalah dilarang sama sekali – ini termasuk rokok elektronik. Hanya dibenarkan untuk menyimpan peranti di dalam bagasi tangan.

 

Terdapat beberapa sebab untuk polisi sebegini, yang juga telah diperluaskan kepada vape dan peranti merokok elektronik yang lain. Salah satunya adalah atas aspek keselamatan dalam mengatasi risiko kebakaran berkaitan menyalakan rokok di dalam pesawat.

 

Anda mungkin tanya-tanya bagaimana polisi ini mengurangkan risiko kebakaran kerana vape dan peranti rokok elektronik alternatif tidak menghasilkan asap.

 

Walaupun rokok elektronik biasanya menghasilkan wap dan bukan asap, banyak pengesan asap pesawat tidak dapat membezakan antara asap dan wap rokok elektronik. Itulah sebabnya merokok elektronik di dalam tandas boleh mengaktifkan penggera kebakaran.

 

 

Rokok Elektronik dan Keselamatan Lapangan Terbang

 

Bagi perokok dewasa dan pengguna vape yang ingin tahu sama ada boleh membawa peranti anda ke dalam pesawat, jawapannya mudah sahaja. Bagi kebanyakan syarikat penerbangan, mereka memerlukan rokok elektronik untuk disimpan dalam bagasi tangan dan dibawa melalui kawalan keselamatan lapangan terbang.

 

Sama seperti komputer riba dan telefon bimbit, sesetengah peranti vape menggunakan bateri lithium, yang bermakna mereka boleh menerima tekanan udara di dalam kargo dan menimbulkan risiko kebakaran.

 

Apabila anda sedang bersiap-siap untuk pergi bercuti, kami mencadangkan anda simpan vape anda dalam bagasi tangan dan di dalam pembungkusan asal. Sila ikuti sebarang panduan lain dari pihak keselamatan lapangan terbang.

 

Jika anda ingin membawa e-cecair ekstra bersama, anda boleh membawanya secara berasingan dalam bagasi berdaftar bagi yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan, dan keselamatan lapangan terbang yang berkenaan. Namun, anda harus ingat untuk menyimpan lebihan bateri di dalam bagasi tangan anda.

 

Walaupun menggunakan vape di atas pesawat tidak dibenarkan, anda mungkin boleh menggunakan ia di kawasan yang ditetapkan di lapangan terbang sebelum menaiki pesawat.

 

 

Penggunaan Vape di Ruang Rehat Lapangan Terbang

 

Selain dari melarang penggunaan vape di dalam pesawat, penggunaan vape juga mungkin terhad di lapangan terbang.

 

Anda harus memeriksa peraturan lapangan terbang untuk memastikan anda menggunakan vape di tempat yang dibenarkan. Kebanyakan lapangan terbang antarabangsa biasanya mempunyai kawasan yang diperuntukkan untuk tetamu mereka menggunakan vape.

 

IQOS mempunyai ruang rehat sendiri pada lapangan terbang di seluruh dunia, jadi anda boleh singgah dan menikmati pemandangan sekitar sebelum penerbangan.

 

 

Melancong Bersama Vape

 

Ingat untuk simpan peranti anda dalam pembungkusan asal dan pada suhu bilik. Jika peranti telah terdedah kepada haba berlebihan, sejuk, atau kelembapan, elakkan menggunakannya.

 

Banyak negara telah menguatkuasakan beberapa sekatan berkaitan pengunaan vape, termasuk di mana anda boleh menggunakan peranti. Terdapat juga negara yang tidak membenarkan penggunaan vape sama sekali.

 

Ketahui lebih lanjut tentang peraturan di negara yang anda lawati sebelum membawa bersama peranti vape dan e-cecair anda. Tetapi jika anda telah melakukan kajian anda dengan teliti dan yakin bahawa penggunaan vape dibenarkan, anda boleh membawa bekalan e-cecair tambahan bersama anda.

 

Sila ambil perhatian bahawa butiran yang diberikan di sini adalah berdasarkan maklumat terkini yang tersedia dan mungkin tidak menggambarkan perkembangan seterusnya.

 

Buat anda yang ingin melancong untuk jangka masa panjang, banyak negara mungkin tidak menjual e-cecair pilihan anda, atau pilihan di luar negara mungkin tidak sesuai dengan peranti anda.

 

Anda mungkin dibenarkan untuk membawa ekstra e-cecair ke dalam pesawat, tetapi anda perlu menyemak jika jumlah yang anda perlukan dibenarkan oleh syarikat penerbangan.

 

Secara tipikalnya, peraturan berkaitan dengan penggunaan vape sering kali akan diperluaskan kepada bentuk pengangkutan awam yang lain.

 

Jika anda tidak pasti di mana anda boleh menggunakan vape, adalah lebih baik untuk tidak menggunakannya terlebih dahulu. Lebih baik menunggu daripada ditangkap menggunakan vape di kawasan di mana ia tidak dibenarkan.

 

Dengan peraturan antarabangsa dan undang-undang tempatan mengenai peranti vape dan e-cecair yang sentiasa berubah, cara terbaik untuk memastikan anda mengikut peraturan terkini adalah dengan luangkan masa untuk memeriksa peraturan negara, atau negara-negara, yang anda lawati, sebelum anda memulakan perjalanan.

 

 

Tembakau yang Dipanaskan & Alternatif Tanpa Asap

 

Jika anda mencari alternatif tanpa asap yang tidak mengorbankan rasa atau kepuasan, kami mempunyai apa yang anda perlukan.

 

Alternatif tanpa asap biasanya menghasilkan bau yang kurang. Alternatif seperti peranti pemanas tembakau atau rokok elektronik berkemungkinan kurang menyebabkan iritasi kepada orang sekeliling anda berbanding merokok. IQOS, sebagai contoh, memanaskan tembakau tanpa membakarnya.

 

 

Keputusan terbaik bagi mana-mana perokok adalah untuk berhenti menggunakan tembakau dan nikotin sepenuhnya. Alternatif tanpa asap tidak bebas risiko dan mengandungi nikotin, yang bersifat ketagihan. Produk-produk ini bukanlah alternatif untuk berhenti dan tidak direka sebagai bantuan berhenti merokok.

 

 

Rangkaian peranti pemanas tembakau IQOS ILUMA baharu dikuasakan oleh SMARTCORE INDUCTION SYSTEMTM untuk memberikan pengguna pengalaman yang konsisten, bersih, dan lebih baik. Kerana tiada pembakaran, IQOS ILUMA tidak mengeluarkan asap atau abu dan tidak memerlukan pembersihan buat selamanya.

 

 

(Penafian: Artikel ini adalah untuk pengetahuan umum dan tujuan pendidikan. Terdapat maklumat dari dalam artikel yang berdasarkan sumber luaran, atau sumber pihak-ketiga dan kami tidak mewakili atau membuat sebarang jaminan berkaitan soal ketepatan, kesahihan atau kehadiran maklumat yang lengkap.)