Feb 29, 2024
Panduan untuk Melancong dengan Peranti Pemanas Tembakau dan IQOS
Pasport dah sedia, kucing sudah diberi makan, pintu juga telah dikunci. Anda sekarang dah sedia untuk pengembaraan seterusnya. Tetapi, tunggu dulu. Bolehkah anda membawa peranti pemanas tembakau kegemaran anda bersama pada sepanjang percutian ini?
Jangan risau, kami tahu betapa pentingnya bagi anda untuk menikmati IQOS ketika melancong jauh dari rumah. Ini adalah panduan segalanya yang anda perlu tahu untuk membawa bersama peranti pemanas tembakau kegemaran bersama sepanjang perjalanan anda. Ucapkan terima kasih kepada kami nanti!
Siap Sedia untuk Melancong Bersama Peranti Pemanas Tembakau Anda
Mari mulakan dengan peraturan pertama ketika melancong: anda perlu semak sama ada negara yang anda lawati membenarkan pengembara masuk membawa peranti pemanas tembakau. Jangan-jangan nanti kena tahan di kastam!
Seterusnya, sentiasa ingat untuk mengecas peranti anda sepenuhnya sebelum keluar rumah - kehabisan bateri ketika giat melancong bukan masalah yang kecil.
Bagaimana pula jika sesuatu yang tidak dijangka terjadi? Katakan anda terjatuhkan peranti semasa bergegas mengejar pesawat dan IQOS anda mula tidak berfungsi dengan betul. Jangan risau, kami sentiasa ada untuk anda. Anda boleh hubungi bantuan pelanggan yang sentiasa penuh dedikasi untuk membantu anda. Berdasarkan tujuan destinasi, anda mempunyai pilihan untuk ke setor IQOS tempatan bagi dapatkan bantuan selanjutnya.
Akhir sekali, sentiasa bersedia dengan apa juga situasi yang mungkin terjadi sepanjang perjalanan anda. Laburkan sedikit masa untuk merancang penggunaan peranti pemanas tembakau anda supaya anda kekal tenang. Sebagai contoh, sediakan power adapter USB IQOS dan kabel pengecas yang sesuai dengan setiap soket untuk memastikan peranti sentiasa dicas penuh kemana jua anda pergi. Sleeve IQOS atau wrap juga merupakan aksesori yang sangat berguna, memberikan perlindungan daripada sebarang calar, habuk atau kerosakan akibat air.
Senarai Mesti Ada untuk Melancong Dengan IQOS
Ia bukanlah percutian yang sebenar jika anda tidak terlupa sesuatu di rumah. Sama ada pengecas, sebuah buku yang menarik, atau mungkin selendang kegemaran anda?
Untuk percutian yang aman, ini adalah senarai semak untuk barang wajib ada bagi melancong bersama peranti pemanas tembakau IQOS. Untuk perhatian, barangan ini mungkin berbeza mengikut model peranti anda.
- Peranti pemanas tembakau (Contoh: IQOS ILUMA, IQOS ILUMA ONE, IQOS ILUMA PRIME, IQOS ORIGINALS DUO, IQOS 3 DUO, lil SOLID Ez, lil SOLID 2.0)
- Power adapter IQOS USB
- Kabel pengecas
- Berus dan alat pembersih IQOS*
- Kayu pembersih IQOS*
- Tray Seramik
- Penutup IQOS
- IQOS sleeve dan wrap
*Nota: Terdapat alat pembersih yang mungkin berbeza bergantung kepada model peranti IQOS anda.
Bagaimana untuk Menambah Aksesori Kepada Peranti Pemanas Tembakau untuk Percutian Anda
Salah satu ciri menarik pada peranti IQOS adalah anda boleh memasang aksesori peribadi dan mengespresikan gaya anda yang tersendiri. Sama ada anda dalam mood untuk menukar warna, atau mahu tambah sebarang sentuhan peribadi, atau ingin melindungi peranti anda, kami ada pelbagai rangkaian pilihan aksesori. Ini adalah beberapa cara untuk anda menambah aksesori pada peranti IQOS untuk percutian anda:
Tukarkan Cap
Tingkatkan gaya IQOS anda dengan menukarkan cap untuk sepadan dengan baju anda. Ketahui pelbagai pilihan cap dalam warna dan tekstur yang berbeza. Suai dan padan cap dengan peranti anda untuk cipta kombinasi tersendiri yang unik.
Wrap bahagian luar
Tunjukkan gaya peranti anda dengan wrap pada bahagian luar peranti anda. Terdapat pelbagai pilihan dengan corak yang pelbagai, tekstur dan kemasan untuk gaya sentuhan peribadi.
Case pelindung
Pastikan peranti anda sentiasa selamat dengan case pelindung. Cari case IQOS yang memenuhi keperluan anda daripada segi bentuk, saiz, dan ciri. Sesetengah case mempunyai penutup bermagnet, klip pinggang, tali pergelangan lengan untuk memudahkan anda. Tambahan pula, ada sesetengah case yang direka untuk memegang peranti, pengecas, atau alatan pembersih yang memberikan anda pengalaman yang bebas daripada sebarang kerisauan.
Peraturan & Undang-Undang utuk Penggunaan Peranti Pemanas Tembakau di Malaysia
Penggunaan tembakau di kawasan awam di Malaysia adalah tertakluk di bawah Kawalan Peraturan Hasil Tembakau 2004. Penggunaan tembakau dilarang di beberapa kawasan:
- Tempat kerja dalam bangunan dengan penghawa dingin pusat
- Premis kerajaan
- Fasiliti kesihatan, pendidikan, kerajaan, dan budaya
- Bank dan institusi kewangan
- Stadium atau gelanggang dalam
- Restoran
- Hotel (kawasan awam)
- Pengangkutan awam (mana-mana kenderaan yang membawa penumpang yang membayar caj digunakan di darat, air, atau udara)
- Kawasan tertentu yang diisytiharkan sebagai kawasan bebas asap oleh Menteri Kesihatan
Terbang Dengan Peranti Pemanas Tembakau Dari Malaysia
Bayangkan anda sedang bergegas ke lapangan terbang, sambil itu anda sedang membawa bagasi yang berat, tambahan lagi anda perlu mencari pintu pelepasan yang betul. Semestinya melancong menaiki pesawat adalah antara pengalaman yang stres. Untuk memudahkan perjalanan anda, kami telah mengumpulkan beberapa tips berguna untuk membawa peranti pemanas tembakau anda ke dalam pesawat.
Adakah IQOS Dibenarkan di Kawasan Merokok Lapangan Terbang?
Lapangan terbang utama seperti KLIA dan klia2 menyediakan kawasan khas untuk merokok, yang mana anda boleh menggunakan peranti pemanas tembakau. Untuk lebih selamat, periksa dengan panduan lapangan terbang atau layari laman web mereka sebelum anda memulakan perjalanan.
Selain daripada itu, IQOS juga mempunyai ruang rehat khas untuk lapangan terbang terpilih serata dunia. Di bawah adalah antara lapangan terbang dengan ruang rehat khas IQOS yang anda boleh gunakan:
- Dubai International Airport, United Arab Emirates (DXB)
- Istanbul Airport, Turkey (IST)
- Athens International Airport, Greece (ATH)
- Zurich Airport, Switzerland (ZRH)
- Milan Malpensa Airport, Italy (MXP)
- Rome Fiumicino Airport, Italy (FCO)
- Madrid Barajas Airport, Spain (MAD)
- Lisbon Portela Airport, Portugal (LIS)
- Kansai International Airport, Japan (KIX)
- Mactan-Cebu Airport, Philippines (CEB)
- Ninoy Aquino International Airport, Philippines (MNL)
Bolehkah Anda Menggunakan IQOS Di Dalam Pesawat?
Merokok termasuk penggunaan tembakau dipanaskan dan rokok eletronik adalah dilarang dalam kebanyakan penerbangan domestik dan antarabangsa.
Anda juga haruslah menyimpan peranti pemanas tembakau di dalam beg tangan atau bag carry-on dan kebanyakan syarikat penerbangan melarang penumpang untuk menyimpannya di dalam bagasi daftar masuk atas sebab keselamatan. Anda juga harus memeriksa dengan syarikat penerbangan berhubung dengan kuantiti peranti yang dibenarkan untuk dibawa.
Untuk pengalaman yang tenang ketika melalui pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang, tindakan bijak yang anda boleh lakukan adalah dengan mengisytiharkan peranti pemanas tembakau dan produk tembakau anda. Bersedia untuk menunjukkannya kepada pegawai keselamatan atau letakkan dalam tray yang yang berasingan untuk diperiksa. Selain itu, anda mungkin akan diminta untuk menunjukkan fungsi peranti dengan menghidupkannya.
Secara am, ianya adalah sangat penting untuk ketahui peraturan dan undang-undang lapangan terbang sebelum anda memulakan perjalanan yang tenang bersama peranti pemanas tembakau anda.
Melancong Menaiki Kereta dengan Peranti Pemanas Tembakau Anda
Melancong dengan memandu di lebuh raya yang luas adalah pengalaman yang sangat seronok. Namun, untuk membawa peranti pemanas tembakau, kuncinya adalah persediaan yang lengkap. Ini antara perkara yang anda perlu beri perhatian:
- Pastikan peranti anda dicas sepenuhnya sebelum memulakan perjalanan dan bawa bersama soket pengecas kereta yang sesuai dengan peranti dan kenderaan anda sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Anda pasti tidak mahu peranti anda kehabisan kuasa di kawasan yang tidak diingini, percayalah kepada kami.
- Simpan peranti dan aksesori IQOS anda di lokasi yang selamat dan mudah dicapai di dalam kereta anda. Boleh jadi di ruang penyimpanan sarung tangan, konsol tengah, atau poket simpanan khas. Elakkan menyimpan di kawasan yang boleh terdedah dengan sinaran matahari secara terus atau haba yang berlebihan.
- Utamakan keselamatan dan keselesaan penumpang. Elak menggunakan peranti IQOS semasa memandu bagi mengurangkan gangguan dan risiko kemalangan. Sebaliknya, berehat sebentar ketika pemanduan untuk menggunakan peranti anda dalam keadaan yang selamat dan tidak bergerak. Selain itu, bertimbang rasa terhadap penumpang yang mengandung atau sensitif terhadap wap.
Melancong Menaiki Bot, Cruise, atau Feri dengan Peranti Pemanas Tembakau Anda
Merentas lautan luas menuju ke destinasi idaman anda? Bon voyage Kapten!
Tapi, sebelum anda memulakan pelayaran, pastikan ia satu pelayaran yang tenang bersama peranti pemanas tembakau anda di atas kapal. Pertama sekali, periksa dengan polisi syarikat bot atau cruise tentang penggunaan peranti seperti ini di atas laut. Ini adalah beberapa tips yang dapat membantu anda di sepanjang perlayaran anda:
- Simpan peranti pemanas tembakau anda di dalam beg tangan atau beg carry-on kerana peraturan keselamatan mungkin tidak membenarkan ia disimpan di dalam bagasi daftar masuk. Pastikan dengan syarikat bot atau cruise membenarkan kuantiti peranti dan batang tembakau untuk pelayaran anda.
- Sebelum menaiki kapal, periksa sama ada anda perlu mengisytiharkan peranti pemanas tembakau dan produk tembakau di pusat pemeriksaan keselamatan. Anda mungkin diminta untuk menunjukkan fungsi peranti dengan menghidupkannya.
- Ketika di atas kapal, ketahui bahawa menggunakan peranti pemanas tembakau anda mungkin tidak dibenarkan diguna di kawasan merokok atau kawasan luar. Periksa dahulu dengan pengendali dan ketahui panduan daripada staf setelah anda menaiki kapal.
- Terdapat beberapa pengendali cruise atau feri yang mempunyai kawasan rehat IQOS khas untuk anda menikmati peranti pemanas tembakau dengan selesa. Ini termasuklah:
- MSC Cruises
- Costa Cruises
- Grimaldi Lines
- Moby Lines
- Tirrenia
- Lindungi peranti anda daripada air, garam atau pasir untuk mengelakkan sebarang kerosakkan. Gunakan case IQOS untuk melindunginya daripada calar, habuk, atau air. Anda juga boleh menggunakan pouch atau beg untuk memastikan peranti kekal kering dan bersih. Jika peranti anda basah, elak menggunakannya sehingga ia betul-betul kering.
Melancong Menaiki Tren dengan Peranti Pemanas Tembakau Anda
Sama ada anda bersedia untuk perjalanan tren yang singkat atau pengembaraan merentasi benua, adalah penting untuk ketahui asas membawa bersama peranti supaya perjalanan anda sentiasa tenang.
Simpan peranti pemanas tembakau anda di dalam beg tangan atau beg carry-on kerana peraturan keselamatan mungkin melarang ia disimpian di dalam bagasi daftar masuk. Periksa dengan syarikat tren dahulu untuk mengelakkan sebarang isu.
- Ketika di pemeriksaan keselamatan, anda mungkin perlu mengisytiharkan peranti pemanas tembakau dan produk tembakau, namun keperluan ini berbeza mengikut syarikat tren. Sentiasa periksa protokol khas ini dengan lebih awal.
- Menggunakan peranti pemanas tembakau di dalam tren adalah dilarang.
Namun, sesetengah pengendali tren jarak jauh menawarkan kawasan khas merokok atau kawasan luar yang mana anda boleh menggunakan IQOS. Sila rujuk pada arahan staf untuk mengetahui lokasi kawasan ini.
Menggunakan Peranti Pemanas Tembakau Di Destinasi Anda
Selepas perjalanan yang panjang, tiba masa untuk berehat dan bersantai. Disebabkan peranti pemanas tembakau tidak mengeluarkan asap atau abu, ia kurang berkemungkinan menyusahkan orang lain atau meninggalkan bau tembakau di dalam bilik hotel anda.
Namun, ianya adalah sangat penting untuk patuh kepada peraturan tempatan berkaitan penggunaan peranti penggunaan tembakau untuk luar negara dan sentiasa hormat kepada orang di sekeliling anda. Peraturan berkaitan produk pemanasan tembakau mungkin berbeza di lain-lain negara, jadi sila buat kajian dahulu sebelum anda tiba di destinasi. Sentiasa peka dengan undang-undang dan adat tempatan.
Selain daripada itu, cuaca di destinasi yang anda kunjungi adalah berbeza dari tempat asal anda. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ketahui untuk pastikan peranti IQOS anda berfungsi dengan baik.
Cuaca Sejuk
Dalam cuaca sejuk, terutamanya semasa percutian musim sejuk, adalah penting untuk memastikan peranti pemanas tembakau kekal panas dan kering. Jika peranti anda terdedah kepada keadaan sejuk yang teruk, panaskan secara beransur-ansur sebelum digunakan. Pantau lampu LED putih berkelip pada peranti IQOS anda, yang menunjukkan ia terlalu sejuk. Untuk lebih panas, simpan peranti dan HeatSticks atau SMARTCORE STICKSTM anda dalam poket dalaman yang dekat dengan badan anda.
Cuaca Panas
Untuk kegunaan ketika cuaca panas seperti pergi ke pantai, elakkan IQOS anda daripada terkena sinaran matahari dan haba yang tinggi. Jangan tinggalkan peranti di dalam kereta atau dalam ruang tertutup di bawah sinaran matahari. Jika ia terlalu panas, biarkan ia sejuk secara beransuran. Pantau lampu LED putih yang berkelip-kelip, yang menunjukkan tanda pemanasan berlebihan.
Selain itu, anda boleh mempertimbangkan untuk mendaftar peranti IQOS anda bagi mendapatkan perlindungan kerosakan akibat kemalangan yang memberikan perlindungan yang berterusan semasa pelancongan anda.
Mencari Bantuan Berkenaan Peranti Pemanas Tembakau Anda ketika di Luar Negara
Walaupun anda mungkin tidak menghadapi sebarang masalah dengan IQOS semasa di luar negara, terdapat beberapa potensi masalah yang anda mesti ambil kira:
- Bateri kehabisan kuasa atau pengecas hilang
- Kesukaran mendapatkan pengganti peranti di negara destinasi anda
- Kastam atau pihak berkuasa merampas atau mengambil peranti anda
- Peranti tidak berfungsi atau gagal berfungsi dengan baik
Untuk mengelakkan anda menghadapi masalah seumpama ini, ikut langkah-langkah di bawah:
- Periksa peranti anda sebelum pergi melancong dan bawa pengecas ekstra
- Pek peranti anda dengan selamat di dalam beg tangan atau beg carry-on.
- Ketahui peraturan kastam dan isytiharkan peranti anda jika perlu.
- Periksa dan cuci peranti anda dengan kerap.
Jika anda menghadapi masalah dengan IQOS ketika melancong, anda mungkin perlu mendapatkan bantuan IQOS secara online. Jika anda perlukan ia diperiksa secara peribadi, cari kedai IQOS berhampiran anda atau pusat servis untuk mendapatkan bantuan.
Soalan Lazim Berkenaan Troubleshooting
Walaupun anda telah mendapat bantuan daripada servis pelanggan, anda mungkin masih mempunyai masalah dengan peranti pemanas tembakau dan memerlukan troubleshooting tambahan.
Ini adalah antara soalan yang kerap ditanya:
Apa perlu saya buat jika peranti pemanas tembakau saya basah?
Matikannya secepat mungkin dan keringkan dengan kain lembut. Elakkan daripada menggunakan pengering rambut atau sinaran terus daripada matahari yang akan menyebabkan lebih kerosakan. Hanya gunakan peranti anda bila ia betul-betul kering. Jika masalah masih berlaku, hubungi pengeluar atau penjual untuk bantuan.
Bagaimana jika saya terhilangkan peranti pemanas tembakau?
Jika anda pengguna Android, gunakan aplikasi IQOS untuk mencarinya, dan sekiranya ia terdapat di dalam kawasan anda. Alternatif lain adalah jika anda mempunyai insurans pelancongan yang melindungi barangan hilang. Failkan tuntutan dengan penyedia insurans anda.
Anda juga boleh melawati setor IQOS berhampiran anda untuk mendapatkan gantian tanpa sebarang caj.
Bagaimana jika peranti pemanas tembakau saya tidak berfungsi?
Semak sama ada ia masih di bawah jaminan dan dilindungi oleh program International Assistance di negara destinasi anda. Jika layak, lawati kedai IQOS terdekat untuk pembaikan atau penggantian.
Melancong dengan peranti pemanas tembakau anda boleh memberikan pengalaman yang memuaskan, jika anda mengikuti beberapa panduan mudah. Sama ada anda terbang, memandu, menaiki kapal persiaran, atau menaiki tren, ingatlah untuk periksa sekali lagi sama ada anda boleh membawa peranti dan aksesori bersama dalam perjalanan. Anda juga boleh kembali ke panduan ini pada bila-bila masa untuk memanfaatkan sepenuhnya peranti IQOS anda semasa dalam perjalanan.
BONUS TIP: Nikmati Pelancongan yang Tenang dengan IQOS ILUMA
Untuk anda yang masih baru dengan IQOS, IQOS ILUMA memberikan pengalaman tembakau tercanggih yang dikuasakan dengan teknologi SMARTCORE INDUCTION SYSTEMTM . IQOS ILUMA tidak mempunyai bilah pemanas dan tidak perlu dibersihkan langsung, menjadikan ia teman percutian yang ideal buat anda.
Artikel berkaitan:
- Panduan Untuk Merokok Di Kawasan Rehat Lapangan Terbang di Seluruh Dunia
- Ketahui IQOS ILUMA - peranti tercanggih IQOS
- 101 Fakta Tentang Rokok Elekronik & Peranti Pemanas Tembakau: Kenapa Bateri Habis Begitu Cepat & Bagaimana Untuk Membuatkan Ia Tahan Lebih Lama?
(Penafian: Artikel ini adalah untuk pengetahuan umum dan tujuan pendidikan. Terdapat maklumat dari dalam artikel yang berdasarkan sumber luaran, atau sumber pihak-ketiga dan kami tidak mewakili atau membuat sebarang jaminan berkaitan soal ketepatan, kesahihan atau kehadiran maklumat yang lengkap)