Panduan Ke Ruang Istirahat Boleh Merokok Di Lapangan Terbang Seluruh Dunia

Jul 18, 2023

Panduan Ke Ruang Istirahat Boleh Merokok Di Lapangan Terbang Seluruh Dunia

Penggunaan tembakau di lapangan terbang boleh mengelirukan kepada ramai pelancong. Jika anda merupakan pengguna tembakau, mencari ruang khas atau ruang istirahat yang boleh merokok adalah agak sukar.

 

dalah penting untuk memahami pelbagai peraturan sebelum mengembara bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini atau sebarang denda. Peraturan merokok juga berbeza bergantung pada lokasi dan undang-undang tempatan.

 

 

Peraturan Am Untuk Merokok Di Lapangan Terbang

 

Ruang istirahat boleh merokok menjadi semakin berkurangan setelah semakin banyak lapangan terbang mengamalkan polisi tidak boleh merokok. Di kebanyakan negara, merokok adalah dilarang di tempat awam, termasuklah lapangan terbang. Walau bagaimanapun, sesetengah lapangan terbang masih menyediakan ruang merokok khas atau ruang istirahat yang terpisah daripada bahagian lapangan terbang lain, di mana perokok boleh merokok.

 

Jika anda mencari ruang istirahat boleh merokok atau kawasan luar untuk merokok, anda boleh bertanyakan pihak pengurusan lapangan terbang untuk mendapatkan bantuan. Lokasi merokok atau ruang istirahat adalah berbeza daripada satu lapangan terbang ke lapangan terbang yang lain. Biasanya, kawasan boleh merokok khas boleh didapati di luar bahagian kemudahan bagi lapangan terbang yang mengamalkan larangan merokok di dalam bangunan. Secara amnya, merokok tidak dibenarkan selepas bahagian kawalan keselamatan.

 

Jika lapangan terbang tidak menawarkan ruang istirahat boleh merokok, anda boleh mencari alternatif lain di bahagian luar seperti ruang patio, atau bertanyakan pada kakitangan lapangan terbang yang untuk membantu anda.

 

 

Peraturan Dan Panduan Untuk Menggunakan Ruang Istirahat Boleh Merokok

 

Di sini terdapat beberapa peraturan untuk menggunakan ruang istirahat boleh merokok:

 

1. Sekatan Umur

 

Kebanyakan ruang istirahat boleh merokok menetapkan had umur sekurang-kurangnya 18 atau 21 tahun, bergantung kepada undang-undang tempatan. Ini adalah untuk mengelakkan individu di bawah umur daripada memasuki bahagian merokok atau menggalakkan mereka merokok. Jadi, jika anda tidak mencapai had umur yang ditetapkan, anda tidak dibenarkan masuk ke ruang istirahat boleh merokok.

 

2. Had masa

 

Bagi memastikan ruang istirahat tersedia bagi semua perokok, mungkin terdapat had masa maksimum untuk anda menggunakan ruang istirahat tersebut. Had masa adalah pelbagai bergantung kepada lapangan terbang dan berapa ramai orang yang menanti untuk menggunakan ruang istirahat tersebut. Jika ruang istirahat tersebut sibuk, anda mungkin perlu mengehad masa merokok anda bagi membolehkan orang lain untuk turut menggunakan ruang tersebut.

 

3. Peraturan kebersihan

 

Adalah penting untuk menjaga ruang istirahat tersebut agar sentiasa bersih dan kemas. Ini bermakna perokok hendaklah membuang puntung rokok dan sampah lain dengan betul. Jika anda gagal berbuat demikian, anda mungkin dikenakan denda atau diharamkan daripada menggunakan ruang istirahat boleh merokok. Jadi, pastikan anda menjaga kawasan tersebut agar bersih sentiasa, untuk anda dan juga perokok lain yang akan menggunakan ruang istirahat selepas anda.

 

4. Larangan merokok di bahagian luar kawasan khas

 

Biasanya, merokok tidak dibenarkan di bahagian luar kawasan khas merokok atau ruang istirahat boleh merokok. Merokok di luar kawasan yang dibenarkan boleh menyebabkan anda didenda. Bagi mengelakkan bukan perokok daripada terdedah kepada asap rokok, perokok hendaklah sentiasa menggunakan bahagian khas rokok atau ruang istirahat boleh merokok. Pastikan juga anda mencari kawasan boleh merokok atau ruang istirahat khas di lapangan terbang dan menggunakannya untuk mengelakkan sebarang masalah.

 

5. Langkah keselamatan

 

Bagi mengelakkan kemalangan seperti kebakaran, ruang istirahat merokok hendaklah mengikuti panduan keselamatan yang ketat. Panduan ini memerlukan ruang istirahat dibina menggunakan bahan kalis api, dan semua barangan seperti mancis dan pemetik api hendaklah disimpan di kawasan khas untuk mengelakkan kebakaran. Dengan mengikuti panduan keselamatan ini, ruang istirahat boleh merokok akan menjadi persekitaran yang selamat untuk perokok dan pada masa yang sama, turut mengurangkan risiko kemalangan yang boleh mengundang bahaya kepada semua orang di lapangan terbang.

 

6. Pengudaraan yang sempurna

 

Satu aspek penting di ruang istirahat boleh merokok adalah pengudaraan yang sempurna. Ini adalah untuk mengelakkan asap daripada keluar ke ruang tidak boleh merokok, mengurangkan bahaya pada kesihatan yang dikaitkan dengan asap rokok basi. Dengan memastikan ruang istirahat yang memiliki pengudaraan sempurna, perokok boleh merokok tanpa mendedahkan orang lain pada asap yang merbahaya. Tambahan pula, pengudaraan yang sempurna membantu untuk mengekalkan persekitaran yang selesa untuk semua orang di lapangan terbang.

 

 

Bagaimana Dengan Vape Atau Peranti Pemanasan Tembakau? Adakah Peranti Ini Dibenarkan Di Ruang Istirahat Boleh Merokok?

 

Jawapannya adalah tidak tetap memandangkan ianya bergantung kepada polisi lapangan terbang. Ada sesetengah lapangan terbang membenarkan vape atau peranti pemanasan tembakau digunakan di kawasan merokok khas, manakala yang lain mungkin akan mengharamkan segala bentuk menghisap rokok, termasuk vape dan peranti pemanas tembakau.

 

Anda perlu menyelidik untuk mengetahui sama ada vape atau peranti pemanas tembakau boleh digunakan di ruang istirahat boleh merokok lapangan terbang. Anda juga boleh mengetahuinya dengan memeriksa bersama pihak pengurusan lapangan terbang atau melayari laman web lapangan terbang bagi mengetahui polisi khas berkaitan vape dan peranti pemanas tembakau di ruang khas merokok atau ruang istirahat merokok.

 

Anda juga diingatkan untuk menyimpan peranti pemanas tembakau atau vape anda di dalam beg yang anda bawa di tangan dari mula anda menaiki kapal terbang hinggalah ke akhir perjalanan anda. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan daripada menyimpannya di dalam bagasi atau beg pakaian anda kerana ini adalah dilarang sama sekali.

 

 

Kesimpulan

 

Sebagai kesimpulan, memahami peraturan dan undang-undang di sekeliling ruang istirahat boleh merokok adalah penting untuk mengelakkan daripada sebarang masalah atau denda yang bakal timbul. Sebagai perokok, adalah penting untuk mempertimbangkan situasi para penumpang lain serta mematuhi peraturan dan undang-undang lapangan terbang. Dengan cara ini, anda boleh memastikan pengalaman perjalanan yang selamat dan menyeronokkan untuk semua pengembara. Pilihan terbaik untuk mana-mana perokok adalah terus berhenti mengambil nikotin dan tembakau. Bagaimanapun, pilihan bebas asap boleh dipertimbangkan sebagai satu alternatif untuk seseorang yang mahu terus menggunakan tembakau atau produk-produk nikotin lain.

 

(Penafian: Artikel ini adalah untuk maklumat am dan sebagai tujuan pendidikan sahaja. Sesetengah maklumat di dalam artikel ini adalah berdasarkan sumber luaran, pihak ketiga dan kami tidak mewakili atau memberi jaminan terhadap ketepatan maklumat, kesahihan serta lengkap atau tidak maklumat tersebut.)

 

 

Bacaan Yang Dicadangkan: