Peraturan Mengenai Penggunaan Awam Peranti Pemanas Tembakau

Aug 2, 2023

Bolehkah Anda Menggunakan Produk Pemanas Tembakau Di Tempat Awam? 

Peningkatan populariti produk pemanas tembakau telah membuka perbincangan tentang kebolehgunaannya di tempat awam. Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan ketegasannya terhadapperaturan tembakau. Jadi ia adalah penting untuk memahami peraturan dan undang-undang berkenaan penggunaan tembakau yang dipanaskan di tempat awam di Malaysia.

 

 

Adakah Produk Pemanas Tembakau Mengeluarkan Asap Rokok Basi?

 

Sebelum kita membaca lebih lanjut tentang peraturan, kami akan mengupas jawapan kepada soalan penting ini: Adakah produk pemanas tembakau mengeluarkan sisa asap basi?

 

Produk pemanas tembakau tidak mengeluarkan asap seperti rokok tradisional. Produk ini tidak membakar tembakau tetapi memanaskan tembakau untuk menjana aerosol yang mengandungi nikotin dan bahan-bahan kimia lain. Ketiadaan proses pembakaran bermakna tiada asap dikeluarkan. Bagaimanapun, adalah penting untuk mengetahui bahawa walaupun produk pemanas tembakau dikira alternatif bebas risiko kepada tembakau tradisional, ianya tidaklah bebas risiko sepenuhnya.

 

 

Undang-undang Di Malaysia

 

Anda sudah faham tentang ciri produk pemanas tembakau, sekarang kami kongsikan pula peraturan dan undang-undang berkenaan tembakau di Malaysia.

 

Undang-undang Kawalan Produk Tembakau 2004 yang terletak di bawah Akta Makanan 1983, adalah undang-undang utama untuk produk tembakau di Malaysia. Undang-undang ini juga merangkumi penggunaan produk pemanas tembakau, yang telah dikategorikan sebagai produk tembakau, tertakluk kepada undang-undang dan halangan khas. Salah satu daripada objektif utama undang-undang ini adalah untuk melindungi orang awam dan mengurangkan pendedahan kepada asap rokok basi.

 

 

Kawasan Awam Yang Termaktub Di Dalam Undang-Undang

 

Di Malaysia, merokok, termasuk juga dengan produk pemanas tembakau, adalah dilarang di sesetengah tempat awam dan tempat kerja seperti yang disenaraikan di dalam peraturan. Kawasan larangan ini termasuklah restoran, tempat kerja dengan sistem penghawa dingin berpusat, kemudahan pendidikan, bangunan awam, tempat kebudayaan dan stadium tertutup.

 

Undang-undang khas juga diguna pakai untuk pengangkutan awam, seperti bas, keretapi dan kapal terbang. Secara amnya, penggunaan produk pemanas tembakau tidak dibenarkan di dalam mana-mana jenis pengangkutan. Malahan, percubaan untuk menggunakan peranti pemanas tembakau di dalam kapal terbang, termasuk di dalam bilik air, boleh mengaktifkan sistem penggera, lalu mengaktifkan protokol kecemasan yang menyebabkan pendaratan kecemasan. Ia adalah dilarang tegas untuk menggunakan produk pemanas tembakau bila menggunakan pengangkutan awam.

 

 

Penguatkuasaan dan Denda

 

Bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan, pihak berkuasa berkenaan bertanggungjawab untuk memantau dan menguat kuasa halangan terhadap penggunaan pemanasan tembakau. Pemeriksaan berkala akan dilakukan, dan individu yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda. Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau 2004 mengenakan denda sehingga RM10, 000 dan sehingga dua tahun penjara kepada mereka yang ditangkap merokok di kawasan larangan.

 

 

Kesimpulan

 

Sebagai kesimpulan, walaupun produk pemanas tembakau menawarkan alternatif merokok, ianya turut dilarang digunakan di tempat awam tertutup. Memandangkan pemahaman kita tentang produk pemanas tembakau sentiasa berkembang, penyelidikan yang berterusan dan bukti saintifik akan mempengaruhi keputusan perundangan di masa hadapan. Ini termasuklah penilaian lanjut tentang risiko berkaitan dengan penggunaan pemanasan tembakau dan keberkesanan perundangan terkini. Pilihan terbaik untuk mana-mana perokok adalah untuk terus berhenti nikotin dan tembakau. Bagaimanapun, alternatif bebas asap rokok boleh dipertimbangkan bagi mereka yang ingin terus menggunakan produk tembakau atau nikotin lain.

 

 

(Penafian: Artikel ini adalah untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Sesetengah maklumat di dalam artikel ini adalah berdasarkan kepada sumber pihak ketiga dan kami tidak mewakili atau menjamin ketepatan, kesahihan atau kelengkapan maklumat tersebut.)

 

Bahan Bacaan Yang Dicadangkan: