Rokok Pasif: Bahaya Tersembunyi

Aug 4, 2023

Rokok Pasif: Bahaya Tersembunyi

Anda mungkin pernah mendengar tentang terma “rokok pasif” atau “asap rokok basi’, tetapi adakah anda betul-betul memahaminya?

 

Rokok pasif merujuk kepada kombinasi asap yang terhasil daripada pembakaran produk tembakau dan asap yang dihembus oleh perokok. Ianya adalah isu yang memberi kesan kepada berjuta orang bukan perokok di seluruh dunia dan memerlukan perhatian kita.

 

Kesan Rokok Pasif

 

Kesan rokok pasif kepada orang bukan perokok adalah sangat merisaukan. Menyedut asap rokok basi boleh membawa pelbagai penyakit. Yang paling cepat terkesan adalah paru-paru. Asap rokok basi menyakitkan paru-paru, menyebabkan batuk, nafas berdehit dan kesukaran bernafas. Dalam jangka masa panjang, ianya boleh menyumbang kepada keadaan kronik seperti bronkitis dan asma.

 

Bagaimanapun, bahaya asap rokok basi bukanlah sekadar menjejaskan sistem respirasi. Kajian menunjukkan bahawa orang bukan perokok yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko mendapat penyakit jantung dan masalah kardiovaskular yang lebih tinggi. Racun bahan kimia di dalam asap rokok boleh merosakkan saluran darah, di samping meningkatkan tekanan darah,risiko serangan jantung dan juga strok.

 

Tambahan pula, masalah yang lebih besar adalah kaitan antara rokok pasif dan pelbagai jenis kanser. Asap rokok basi mengandungi karsinogen, iaitu bahan-bahan yang menyebabkan kanser. Bernafas dalam bahan kimia berbahaya ini meningkatkan risiko kanser paru-paru, tekak dan payu dara.

 

Kumpulan Yang Terdedah Kepada Rokok Pasif

 

1. Kanak-kanak Dan Bayi

 

Di kalangan kumpulan yang terdedah kepada asap rokok basi adalah kanak-kanak dan bayi. Tubuh yang sedang membesar adalah sangat sensitif kepada kesan berbahaya asap rokok basi. Bila terdedah kepada rokok pasif, kanak-kanak menghadapi risiko jangkitan pernafasan yang lebih tinggi seperti pneumonia dan bronkitis. Selain itu, mereka adalah lebih terdedah untuk mendapat asma, iaitu sejenis keadaan kronik yang menghalang keupayaan mereka untuk bernafas dengan mudah.

 

2. Wanita Hamil

 

Wanita hamil dan bayi dalam kandungan juga berisiko tinggi akibat rokok pasif. Apabila wanita hamil terdedah kepada asap rokok basi, ia boleh membawa komplikasi ketika mengandung dan bersalin. Pendedahan ini meningkatkan kebarangkalian kelahiran pramatang dan bayi tidak cukup berat. Tambahan pula, bahan kimia yang terkandung di dalam asap rokok basi boleh mengancam fetus yang sedang membesar, dan boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi.

 

3. Individu dengan Masalah Kesihatan Sedia Ada

 

Individu dengan masalah kesihatan sedia ada mengalami risiko yang tinggi akibat rokok pasif. Mereka yang sedang mengalami penyakit pernafasan atau penyakit kronik seperti asma atau COPD akan mendapat simptom penyakit yang lebih teruk dan kualiti kehidupan akan terjejas bila terdedah kepada asap rokok basi.

 

Kesimpulan

 

Secara ringkasnya, kesan buruk rokok pasif pada orang bukan perokok boleh meluas. Perkara paling baik untuk mencegahnya adalah dengan berhenti merokok atau menggunakan mana-mana produk yang mengandungi nikotin. Jika anda bukan perokok, galakkan orang tersayang untuk berhenti merokok. Jika tiada pilihan, carilah alternatif yang boleh mengurangkan pengeluaran asap rokok basi dan bahan-bahan yang berbahaya. Bagaimanapun, ini tidak akan mengurangkan risiko asap rokok basi kerana produk ini bukanlah bebas risiko. Keputusan terbaik adalah untuk terus berhenti merokok.

 

((Pengecualian: Artikel ini adalah untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Sesetengah maklumat di dalam artikel ini adalah berdasarkan kepada sumber pihak ketiga dan kami tidak mewakili atau menjamin ketepatan, kesahihan atau kelengkapan maklumat tersebut.)

 

Bahan Bacaan Yang Dicadangkan: