Program Tukar-Beli lil – Syarat & Terma & Soalan Yang Biasa Ditanya

Nov 3, 2022

Program Tukar-Beli lil – Syarat & Terma & Soalan Yang Biasa Ditanya

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Tukar-Beli lil?

Program Tukar-Beli lil dianjurkan oleh VH Distribution Sdn. Bhd., 13-7 Jalan USJ 9/5Q, Subang Business Center, 47620 Subang Jaya (“Penjual”) yang menawarkan peluang kepada pengguna nikotin layak yang tinggal di Malaysia, berusia 18 tahun ke atas (Pengguna Nikotin Dewasa atau Pengguna Dewasa) untuk menukar peranti vape* dan hanya bayar RM49 untuk mendapat peranti baharu lil SOLID 2.0. Had kepada 3 Tukar-Beli setiap pelanggan.

[*Peranti vape yang boleh ditukar-beli untuk 1 unit lil SOLID 2.0 adalah (a) 1 unit peranti vape sistem tangki terbuka, atau (b) 1 unit peranti vape sistem tertutup, atau (c) 2 unit peranti vape pakai buang, 6,000 sedutan setiap unit atau lebih.]

 

Siapakah yang layak untuk Program Tukar-Beli lil?

Program Tukar-Beli lil ini terbuka kepada semua pengguna nikotin dewasa yang memiliki peranti vape*. Anda berhak untuk menukar beli maksimum (3) penebusan sahaja. Peranti lil SOLID 2.0 hendaklah didaftarkan atas nama anda.

[*Peranti vape yang boleh ditukar-beli untuk 1 unit lil SOLID 2.0 adalah (a) 1 unit peranti vape sistem tangki terbuka, atau (b) 1 unit peranti vape sistem tertutup, atau (c) 2 unit peranti vape pakai buang, 6,000 sedutan setiap unit atau lebih.]

 

2) Apakah yang anda maksudkan dengan produk 'vape pakai buang'?

Vape pakai buang adalah e-cig sekali guna yang tidak mempunyai persediaan atau penyelenggaraan. Ia adalah peranti vape yang pra-diisi dengan e-cecair dan dilengkapi dengan bateri yang dicas. Ia tidak boleh diisi semula. Anda hanya keluarkannya dari kotak dan guna sehingga e-cecair habis atau bateri habis.

 

Berapa lamakah tempoh Program Tukar-Beli lil?

Tempoh Program Tukar-Beli lil untuk Authorised Centre (kecuali Sabah dan Sarawak adalah dari 4 November 2022 hingga 31 Disember 2022 atau sementara stok yang diperuntukkan masih ada.

Tempoh ProgramTukar-Beli lil untuk Pods & Tobacco yang tertentu adalah dari 22 November 2022 hingga 31 Disember 2022 atau sementara stok yang diperuntukkan masih ada.

 

*Lokasi kedai Pods & Tobacco yang terpilih ialah (1) Puncak Alam, (2) Damansara Perdana, (3) Ampang Waterfront, (4) Bukit Tinggi, (5) Olive Hill, (6) Cyberjaya

 

 

Di mana saya dapat menukar-beli peranti saya untuk peranti lil Solid 2.0 sepanjang Program Tukar-Beli lil?

Program Tukar-Beli lil ini ditawarkan di IQOS Authorised Centre (kecuali Sabah dan Sarawak) dan kedai Pods & Tobacco yang terpilih* sahaja. Anda boleh mencari lokasi kedai dengan membuat carian di Google.

*Lokasi kedai Pods & Tobacco yang terpilih ialah (1) Puncak Alam, (2) Damansara Perdana, (3) Ampang Waterfront, (4) Bukit Tinggi, (5) Olive Hill, (6) Cyberjaya

 

Jika saya menukar beli peranti saya di IQOS Authorised Centre atau kedai Pods & Tobacco yang tertentu, adakah saya akan menerima rebat dari program atau promosi lain?

Tidak, tiada rebat tambahan akan dikenakan di bawah promosi Tukar-Beli lil ini. Apabila anda menukar peranti vape anda, anda layak mendapatkan lil SOLID 2.0 baharu pada harga RM49. Tukar-Beli tidak sah dengan mana-mana program and promosi lain.

 

Jika saya merujuk kawan untuk menyertai Program Tukar-Beli menerusi ‘Program Rujukan’, adakah saya akan menerima ganjaran?

Ya, sebagai perujuk, anda akan diberi ganjaran 10% untuk setiap tukar beli yang berjaya [10% daripada RM99] (Anda boleh merujuk kepada Program ‘Rujukan’ untuk maklumat lanjut).

 

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Tukar-Beli lil?

Anda boleh melawat IQOS Authorised Centre (kecuali Sabah and Sarawak) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan anda boleh mencari IQOS Authorised Centre berhampiran di https://malaysia.iqos.com/en/store-locator ataupun anda boleh melawat Pods & Tobacco*. Anda boleh juga menghubungi talian hotline IQOS Care Team di 1800-88-3858 untuk maklumat lanjut. Talian hotline beroperasi dari 07:00AM hingga 22:00PM setiap hari.

 

*Lokasi kedai Pods & Tobacco yang terpilih ialah (1) Puncak Alam, (2) Damansara Perdana, (3) Ampang Waterfront, (4) Bukit Tinggi, (5) Olive Hill, (6) Cyberjaya

 

Lain-lain

  • Keputusan penjual tentang semua perkara berkaitan Program adalah muktamad.
  • Penjual berhak untuk membatal, menghapus atau menggantung Program tanpa sebarang notis. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan daripada Penjual untuk Program, tiada jaminan tuntutan atau ganti rugi diberikan kepada Penjual atau terhadap mana-mana kerugian.
  • Penjual berhak untuk mempelbagaikan atau mengubah mana-mana Syarat dan Terma ini tanpa sebarang notis. Semua Syarat dan Terma boleh dipelbagaikan atau ditukar oleh Penjual menerusi risalah elektronik (eDM) atau dalam mana-mana cara yang dianggap sesuai oleh Penjual.
  • Penjual berhak untuk tidak memberikan tawaran sekiranya terdapat keraguan tentang sebarang aktiviti haram atau penipuan.
  • Dengan menyertai Program ini, pengguna bersetuju untuk tertakluk kepada Syarat dan Terma (seperti mana yang dipinda dan dipelbagaikan dari masa ke semasa.)
  • Semua Syarat dan Terma adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian secara sah adalah tertakluk kepada kuasa eksklusif mahkamah Kuala Lumpur.
  • Di dalam kejadian di mana terdapat percanggahan dalam Terma dan Syarat di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunakan.
  • Jika anda menpunyai sebarang soalan mengenai pengumpulan data peribadi anda dan ingin mengetahui bagaimana kami memproses data peribadi anda, anda boleh merujuk kepada notis privasi dalam www.pmiprivacy.com.