Produk Pemanas Tembakau IQOS Vs. Vape/Rokok Elektronik – Apa Perbezaannya?

Jul 29, 2024

Produk Pemanas Tembakau IQOS Vs. Vape/Rokok Elektronik – Apa Perbezaannya?

Apakah vape/rokok elektronik?

 

Vape/rokok elektronik adalah peranti mudah alih yang merupakan alternatif bebas asap berbanding rokok. Lazimnya peranti ini dikuasakan oleh bateri dan memanaskan e-cecair bagi menghasilkan aerosol atau wap. E-cecair boleh didapati dalam pelbagai perisa yang mungkin atau tidak mengandungi nikotin.

 

Bagaimanakah vape/rokok elektronik berfungsi?

 

Terdapat pelbagai jenis vape/rokok elektronik yang mempunyai saiz, kuasa, dan pilihan keperibadian yang berbeza, termasuklah sama ada ia boleh digunakan semula atau pakai-buang. Lazimnya setiap peranti ini berfungsi menggunakan mekanisme dan komponen yang sama.

 

Mekanisme:

 

Vape/Rokok elektronik memanaskan e-cecair dan menghasilkan wap dengan julat suhu antara 100 ⁰C - 250 ⁰C. Cecair disalurkan daripada tangki pemegang yang ditemukan dengan elemen pemanas yang dikuasakan bateri. Wap yang dihasilkan daripada ini akan disedut pengguna melalui penyedut peranti.

 

Komponen:

 

  • Bateri - Sumber tenaga untuk keseluruhan peranti. Kebanyakannya boleh dicas semula dan membekalkan kuasa kepada elemen pemanas dan komponen elektronik.
  • Tangki pemegang - Bekas yang digunakan untuk menyimpan cecair sebelum ditarik ke elemen pemanas. Sesetengah vape/rokok elektronik menggunakan kapsul atau pod pakai-buang.
  • E-cecair - Campuran yang dipanaskan menjadi wap. Walaupun cecair ini boleh didapati dalam pelbagai jenis, ia lazimnya mengandungi propilena glikol, gliserin, nikotin, perasa dan pelbagai bahan tambahan tetapi tidak mengandungi tembakau sebenar.
  • Pemanas - Komponen yang menyalurkan cecair ke elemen pemanas dan haba untuk menguap. Kebanyakan vape/rokok elektronik menggunakan sistem "wick and coil". Wick atau sumbu akan meresap cecair dan sentuhkannya pada gegelung logam yang akan memanaskannya.
  • Penderia dan komponen elektronik - Mengawal pemanasan dan operasi peranti. Ia terdiri daripada butang pengaktifan, LED, penunjuk tahap bateri dan juga penderia aliran.
  • Penyedut - Ruang atau saluran di mana cecair terwap akan disedut daripada peranti.

 

Apakah itu IQOS?

 

IQOS adalah peranti pemanas tembakau yang dibangunkan oleh Philip Morris International yang menggunakan sistem pemanasan tembakau inovatif yang digelar HeatControl™. Teknologi pemanasan tembakau jenis ini juga dirujuk sebagai "Heat-not-Burn" kerana ia memanaskan tembakau asli tanpa membakarnya, berbeza dengan vape/rokok elektronik yang memanaskan e-cecair untuk menghasilkan aerosol dan tidak mengandungi tembakau. "Heat-not-Burn" juga membezakan IQOS daripada rokok kerana ia tidak menggunakan pembakaran.

 

IQOS memanaskan tembakau kepada suhu maksimum 350 ⁰C – suhu yang jauh lebih rendah daripada rokok yang dibakar pada suhu sekitar 600 ⁰C. Walaupun vape/rokok elektronik dan IQOS adalah alternatif bebas asap, pengguna berumur sah IQOS dapat menikmati tembakau tanpa api, abu, dan asap. Meskipun tembakau yang dipanaskan IQOS tidak bebas risiko, pengguna dewasa IQOS dapat menikmati rasa tembakau tanpa mengganggu orang di sekeliling mereka.

 

Maklumat penting: IQOS bukan bebas risiko. Ia mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan.

 

Pada masa ini, terdapat beberapa pilihan peranti IQOS yang disediakan – seperti IQOS ILUMA, IQOS ILUMA PRIME, dan IQOS ILUMA ONE. Sesetengah peranti pemanas tembakau IQOS mempunyai pemegang dan pengecas yang berasingan, dan ada juga yang menyatukan komponen berkenaan sebagai peranti semua-dalam-satu. Pilihan ini membolehkan pengguna dewasa IQOS memilih peranti pemanas tembakau yang paling sesuai dengan gaya hidup mereka.

 

Lihat perbandingan antara peranti.

 

Pilihan yang terbaik untuk mengurangkan risiko kesihatan yang berkait dengan penggunaan produk tembakau dan nikotin adalah dengan berhenti terus mengambil tembakau dan nikotin. Namun, bagi dewasa yang masih ingin terus merokok, peralihan kepada alternatif bebas asap mungkin satu pilihan baik yang boleh dipertimbangkan.

 

Ketahui lebih lanjut tentang faedah bertukar kepada alternatif bebas asap IQOS.

 

(Penafian: Artikel ini adalah untuk maklumat am dan sebagai tujuan pendidikan sahaja. Sesetengah maklumat di dalam artikel ini adalah berdasarkan sumber luaran, pihak ketiga dan kami tidak mewakili atau memberi jaminan terhadap ketepatan maklumat, kesahihan serta kelengkapan maklumat tersebut.)

 

 

Bahan Bacaan Yang Dicadangkan: