Bagaimana Cara Untuk Cas Produk Bebas Asap Anda

Mar 22, 2023

Bagaimana Cara Untuk Cas Produk Bebas Asap Anda

Apabila bertukar kepada produk heat-not-burn seperti peranti pemanas tembakau atau e-cigarette, terdapat beberapa perbezaan yang anda perlu ketahui sperti cara untuk menjaga dan mengecas peranti. Mengecas peranti pemanas tembakau atau vape mungkin berbeza pada mulanya dan ia mungkin sekali akan menimbulkan persoalan berkenaan keselamatan, terutamanya pada bahagian keselamatan bateri.

 

Langkah keselamatan adalah berbeza bagi peranti heat-not-burn sebagai peranti pemanas tembakau dan vape berfungsi secara berbeza. Sebagai contoh, peranti pemanas tembakau memanaskan tembakau sebenar dengan suhu spesifik tertentu yang tidak akan membakar tembakau. Manakala, e-cigarette seperti peranti vape menukarkan e-liquid kepada wap untuk disedut dan disebabkan oleh fungsi ini, kedua-dua ini dicipta dengan spesifikasi bateri yang unik. Selain daripada itu, e-cigarette atau cecair bukan nikotin mempunyai sijil dan penanda SIRIM yang berbeza di bawah SIRIM MS2716:2019 berdasarkan DESKRIPSI PERDAGANGAN (SIJIL DAN PENANDA PERANTI ROKOK ELETRONIK) PERATURAN 2022. Manakala, peranti heat-not-burn tidak diuji dan ditanda seperti deskripsi yang dinyatakan tadi serta tidak dikategorikan sebagai e-cigarette. Dalam artikel ini, kami akan mengetengahkan keselamatan peranti bateri heat-not-burn/vape/e-cigarette.

 

Sila ambil perhatian, apabila berkaitan heat-not-burn/vape/e-cigarette , peranti seumpama ini adalah tidak bebas daripada risiko. Peranti pemanas tembakau seperti heat-not-burn memanaskan tembakau manakala kebanyakan vape/e-cigarette yang memanaskan cecair yang mengandungi nikotin yang sama seperti pembakaran tembakau adalah lebih menyebabkan ketagihan. Tanpa sebarang keraguan, keputusan terbaik untuk perokok adalah dengan berhenti menggunakan tembakau dan nikotin sekaligus. Untuk mereka yang masih ingin merokok atau menggunakan produk nikotin, bertukar kepada alternatif bebas asap seperti heat-not-burn atau e-cigarette seperti vape adalah pilihan yang lebih baik daripada terus merokok.

Kepentingan menjaga peranti bateri sama ada heat-not-burn atau e-cigarette tidak boleh dipandang rendah apabila melibatkan keselamatan peranti. Majoriti peranti pemanas tembaku dan vape menggunakan bateri yang boleh dicas semula di luar ataupun di dalam yang berbeza-beza daripada jenis lithium-ion, lithium-polymer hinggalah nicket-cadmium. Peranti vape/e-cigarette selalunya mempunyai bateri di luar yang perlu diganti mengikut masa yang ditetapkan. Peranti vape/e-cigarette yang lebih kecil pula selalunya disertakan dengan bateri - cara yang lebih mudah kerana ia hanya memerlukan pengecas USB untuk membekalkan kuasa. Peranti heat-not-burn seperti pemanas tembakau menggunakan bateri lithium-ion yang disertakan di dalam. Tidak kisah apa pun jenis bateri, namun ianya adalah faktor penting dan amalan bijak untuk setiap peranti dengan bateri apabila melibatkan keselamatan.

 

 

Kenapa Isu Keselamatan Peranti Berlaku?

 

Isu keselamatan dengan peranti pemanas tembakau dan vape/e-cigarette selalu terjadi apabila penjagaan peranti diabaikan. Berikut adalah langkah-langkah yang dicadangkan untuk memastikan keselamatan peranti anda:

  • Selalu periksa sekiranya terdapat kerosakan - jangan takut untuk melaporkan sebagai masalah dengan peranti anda kepada pembekal. Jika tidak diperiksa, kerosakan kecil dalaman boleh menyebabkan masalah yang lebih signifikan. Peranti yang tidak berfungsi dengan sempurna boleh bermula dengan isu yang mudah dibaiki.
  • Hanya gunakan pengecas USB yang dibekalkan - mengecas dengan pengecas alternatif nampak lebih mudah, tetapi ia akan merosakkan peranti lama-kelamaan. Pengecas yang tidak sepadan adalah punca utama berlaku kerosakan pada peranti pemanas tembakau dan vape/e-cigarette.
  • Pastikan anda kerap pantau dan tukar bateri - bateri yang lama lebih mudah tidak berfungsi dengan betul dan menyebabkan kerosakan. Bateri yang lama juga mempunyai potensi bahaya dan ia adalah sangat mudah untuk menggantikan bateri vape anda apabila masanya tiba. Untuk peranti pemanas tembakau, anda dicadangkan untuk mendapatkan peranti baharu selepas 2 tahun penggunaan.
  • Elakkan pemasangan kepada komputer riba dan cas terus kepada soket utama - secara dasarnya, idea ini mungkin nampak memudahkan. Namun, komputer riba tidak direka sebagai port pengecas peranti pemanas tembakau atau vape/e-cigarette. Ianya tidak sepadan dan boleh menyebabkan kerosakan kepada bateri. Pastikan anda mengguna pengecas peranti yang diberikan.

 

Menjaga peranti anda tidaklah mengambil masa yang lama. Selain daripada kepekaan keselamatan, ia mengelakkan peranti pemanas tembakau atau vape/e-cigarette daripada rosak. Ini adalah salah satu sebab mengapa penjagaan peranti adalah idea yang bagus. Namun, bagaimanakah cara untuk menjaganya?

 

 

Bagaimana Cara untuk Menjaga Peranti Pemanas Tembakau/E-cigarette/ dan baterinya?

 

Terdapat beberapa amalan harian yang mampu mengekalkan hayat peranti. Bukan sekadar memanjangkan hayat peranti anda tetapi juga menjadikan pengalaman penggunakan peranti dengan lebih puas. Berikut adalah perkara yang anda boleh lakukan untuk menjaga peranti pemanas tembakau atau e-cigarette/vape:

  • Elakkan terlebih cas: ia boleh merosakkan bateri dan peranti. Dalam perkara yang melibatkan peranti pemanas tembakau dan vape/e-cigarette, kerosakan peranti boleh dielakkan dengan amalan ini.
  • Matikan peranti anda selepas guna: bukan sahaja baik untuk keselamatan, malah ia juga menjimatkan kuasa peranti dan mengelakkan peranti kehabisan kuasa ketika diperlukan.
  • Jauhkan daripada sinaran matahari atau haba secara terus: Anda semestinya tidak mahu meninggalkan telefon bimbit anda atau apa sahaja peranti eletronik kepada keadaan seumpama ini. Begitu juga dengan peranti pemanas haba dan juga vape. Walaupun dalam suasana yang sedikit berbeza, ianya adalah amalan yang bagus dengan tidak mendedahkan peranti pemanas tembakau dan vape/e-cigarette kepada haba atau cahaya secara terus.
  • Kekalkan kawasan penyambung bersih: ini akan melindunginya daripada kerosakan dalam jangka masa ditetapkan. Produk bebas asap anda direka untuk tahan lama, jadi mengapa memilih untuk tidak menjaganya? Besihkan dan peranti anda pasti tahan lebih lama.

Dengan langkah-langkah mudah ini, anda boleh:

  • Mengelakkan kebocoran
  • Memanjangkan penggunaan
  • Memastikan peranti anda selamat

Peranti pemanas tembakau dan vape/e-cigarette sepatutnya memberikan pengalaman yang memuaskan. Penjagaan yang bagus akan menjadikan peranti tahan untuk masa yang lebih lama. Sama juga seperti mana-mana peranti eletronik yang lain, teknik amalan pengecasan yang selamat pengikut arahan pengeluar perlu diambil perhatian.

 

 

Berapa Lamakah Yang Diperlukan Untuk Mengecas Bateri Peranti Pemanas Tembakau dan Vape/E-cigarette?

 

Waktu mengecas adalah berbeza kerana setiap produk bebas asap adalah berlainan. Sila berikan perhatian kepada penduan indvidu untuk peranti anda dan ingat bahawa waktu cas penuh adalah bergantung kepada penggunaan individu. Jangan lupa kepada saiz bateri juga. Sesetengah peranti mungkin sekali mempunyai hayat bateri yang lebih lama berbanding yang lain. Cadangan yang bagus adalah untuk mengecas bateri anda secara konsisten dalam waktu yang singkat. Ini untuk mengelakkan tekanan kepada bateri dan meminimalkan waktu cas. Tekanan yang konsisten pada bateri peranti pemanas tembakau dan vape/e-cigarette boleh menyebabkan kerosakan lama-kelamaan dan menimbulkan persoalan terhadap hayat bateri.

 

 

Berapa lama anda perlu simpan bateri peranti?

 

Bateri yang disertakan/bateri yang dibina di dalam adalah tidak boleh diganti seperti yang terdapat pada peranti pemanas tembakau. Anda bukan sahaja tidak perlu risau untuk menggantikannya, anda hanya perlu pastikan keadaan keseluruhan peranti sahaja. Untuk peranti dengan bateri di bahagian luar seperti mana yang terdapat pada sesetengah e-cigarette, cara terbaik adalah dengan memastikan anda sentiasa memeriksa sebarang kerosakan fizikal. Bateri vape yang telah mengalami kerosakan perlu diganti atas faktor keselamatan.

 

 

Apa akan terjadi sekiranya peranti dibiarkan dicas?

 

Anda pasti tertanya-tanya sama ada anda boleh mengecas e-cigarette sepanjang malam. Nampak seperti sangat memudahkan. Namun, cara terbaik untuk mengecas bateri peranti pemanas tembakau dan vape/e-cigarette adalah dalam jangka yang pendek. Secara amnya, anda tidak dinasihatkan untuk mengecas peranti sepanjang malam atau dalam jangka masa yang anda tidak boleh mengawalnya. Ianya juga amat penting untuk mencabut soket pengecas USB selepas peranti dicas penuh untuk mengelakkan kerosakan, sama juga seperti telefon bimbit anda.

Jika anda mengecas dalam masa singkat, anda pasti tertanya-tanya adakah anda boleh menggunakan peranti ketika ia dicas.

 

 

Bolehkan saya menggunakan peranti pemanas tembakau dan vape/e-cigarette semasa ia dicas?

 

Kami tidak menasihatkan anda untuk menggunakan peranti pemanas tembakau dan vape/e-cigarette ketika dicas kerana ini akan memberikan tekanan kepada bateri. Dengan mengabaikan keselamatan bateri, ia pastinya tidak selesa untuk menggunakan peranti ketika ia dicas.

 

Apabila memilih produk bebas asap, sangat penting untuk pastikan peranti anda selamat dan mengikut keperluan anda. Buat kajian dan carilah peranti pemanas tembakau, vape, atau e-cigarette. Peranti dengan pembekal yang mempunya reputasi yang dikenali, anda akan lebih yakin dengan kualiti dan ketahanannya.