SMARTCORE STICK mungkin pecah di dalam peranti. Cuba gunakan pencungkil gigi untuk membuang bahagian batang tembakau yang tersisa di dalam peranti.
Ini merupakan pemberitahuan pengalaman. Bila anda merasakan satu lagi gegaran dengan hanya satu lampu berkelip di dalam cahaya putih, pengalaman IQOS anda adalah hampir tamat (30 saat atau berbaki 2 sesi lagi). Tolak untuk menutup penutup.
Ini bermakna IQOS ILUMA ONE mungkin berada di luar rangkaian suhu (0°C⁓40°C). Jika ianya terlalu sejuk, cuba panaskan peranti di dalam tangan anda dan cuba lagi.
Ketuk butang pada IQOS ILUMA ONE untuk memeriksa paras bateri. Jika jalur bawah lampu berkelip-kelip dalam warna kuning, ini bermakna paras bateri adalah rendah. Cas IQOS ILUMA ONE dengan penyesuai kuasa yang diiktiraf oleh pengeluar. Untuk pengecasan penuh, masukkan plag ke dalam peranti selama 75 minit. Bila sudah penuh, semua lampu akan kekal dalam cahaya putih sepenuhnya, kemudian terpadam.
Mungkin terdapat sedikit kesilapan, sila cuba dan set semula IQOS ILUMA ONE anda. Jika lampu merah terus menyala, sila hubungi Pusat Pelanggan IQOS untuk mendapatkan bantuan.
Tekan butang IQOS ILUMA ONE selama 7 saat, kemudian lepaskan butang. Semua status lampu akan terpadam, berkelip dua kali dan mula untuk mengesahkan set semula.
1. Holder IQOS ILUMA hanya perlu mengesan kehadiran SMARTCORE STICK untuk memulakan pengalaman. Batang tembakau yang telah digunakan tidak mampu menghasilkan aerosol yang ketara.
2. Pastikan SMARTCORE STICK dimasukkan dengan betul mengikut arahan panduan pengguna.
3. Pek SMARTCORE tidak sepatutnya di simpan di dalam persekitaran yang terlalu lembap atau terlalu kering kerana ini boleh menjejaskan kualiti aerosol.
IQOS ILUMA™ direka khas untuk digunakan bersama SMARTCORE STICKS™ sahaja. Sila pastikan bahawa IQOS ILUMA™ dan SMARTCORE STICKS™ tidak digunakan dengan IQOS™ generasi terdahulu atau mana-mana peranti lil kerana ianya boleh menyebabkan kerosakan pada peranti anda. Lihat Maklumat Penting.
Ada persoalan tak terjawab?
Kami sedia membantu anda menerusi pelbagai saluran.
Berbual dengan jurulatih peribadi kami secara langsung. Mereka sedia membantu setiap hari dari 9 pagi hingga 6 malam. Hantarkan mesej dan mereka akan memberi respons dalam beberapa saat.
Mari berbual.
Mungkin anda lebih selesa mendengar suara yang membantu. Talian sokongan IQOS sedia untuk hubungkan anda terus kepada pakar IQOS kami.
Hubungi kami.
Hantarkan pertanyaan anda. Peti masuk kami sentiasa terbuka.
Hantar emel.
Kami sangat sosial di media sosial kami, jadi jangan ragu untuk menghantar mesej kepada kami dengan sebarang soalan dan kami akan menghubungi anda semula dalam beberapa minit.
Lawati halaman Facebook kami.