Kami di sini sedia membantu. Dapatkan sokongan yang anda perlukan untuk peranti IQOS 3 MULTI anda.
Pertama, maklumkan kepada kami jenis peranti IQOS anda yang memerlukan sokongan.
Cara memeriksa jika peranti IQOS 3 MULTI anda telah dicas:
Tekan butang pada peranti IQOS 3 Multi anda; lampu status bateri (di bahagian bawah peranti) harus menyala. Jika tidak, tekan dan tahan butang tersebut selama 4 saat hingga lampu kecil tersebut menyala. Lampu bateri hendaklah menyala selepas anda menekan semula butang tersebut.
Jika tiada sebarang lampu menyala, cas IQOS 3 MULTI anda dengan menutup penutup dan menggunakan Penyesuai Kuasa AC IQOS dan kabel IQOS rasmi sekurang-kurangnya selama 20 minit*. Kami mengesyorkan agar anda mengecas semula IQOS 3 MULTI anda sepenuhnya. Ini boleh mengambil masa hingga 75 minit. Setelah IQOS MULTI telah dicas sepenuhnya, lampu status bateri akan TERPADAM.
* Ambil perhatian bahawa port USB mungkin tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk mengecas pengecas poket anda. Kami syorkan agar alur keluar elektrik digunakan untuk mengecas.
Jika IQOS 3 MULTI anda telah dicas, tetapi masih tidak berfungsi, langkah seterusnya adalah mengeset semula peranti IQOS 3 MULTI tersebut.
Tekan dan tahan butang pada peranti IQOS anda selama lebih kurang 10 saat. Setelah lampu memudar, teruskan menahan butang pengecas selama 2 saat lagi. Apabila anda melepaskan butang pengecas, anda akan nampak semua lampu berwarna putih berkelip sebentar.
Berasa sukar untuk menyedut tembakau anda semasa menggunakan IQOS 3 MULTI anda? Tidak mendapat wap tembakausewaktu menggunakan IQOS 3 MULTI anda? Isu ini boleh diselesaikan dengan menggunakan alat pembersih IQOS dan batang pembersih.
Membersihkan IQOS 3 MULTI anda secara kerap dengan menggunakan peralatan yang betul, bukan sahaja memastikan bahawa anda akan memperoleh pengalaman rasa tembakau yang sebenar; malah, ia juga boleh menyelesaikan beberapa isu yang mungkin dihadapi dengan IQOS 3 MULTI anda.
Jika peranti IQOS 3 MULTI anda tidak hidup, kadangkala sisa tembakau boleh menghalang peranti itu untuk hidup. Hanya mengeluarkan penutup dan bersihkan permukaan rata di sebelah ruang pemanasan dan juga di bahagian dalam penutup dengan menggunakan batang pembersih IQOS.
Adakah peranti IQOS 3 MULTI anda menunjukkan lampu merah yang berkelip atau lampu putih yang berkelip sebanyak dua kali?
Ini mungkin kerana IQOS 3 MULTI anda adalah terlalu sejuk atau terlalu panas. IQOS 3 MULTI beroperasi dalam julat suhu antara 0° dengan 50° C. Jika suhu persekitaran adalah rendah, cuba panaskan peranti tersebut dengan tangan anda sekurang-kurangnya selama 1 minit. Jika terlalu panas, bawa peranti ke tempat yang lebih sejuk dan sepatutnya akan berfungsi semula setelah ia menjadi sejuk.
Periksa sama ada Adakah IQOS 3 MULTI anda mempunyai bilah yang patah atau kerosakan fizikal yang lain. Jika ya, kami amat kesal kerana perkara ini berlaku kepada anda. Sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan dan kami akan menyokong anda berkenaan isu ini.
Kadangkala pembersihan IQOS 3 MULTI anda boleh merosakkan bilah di dalam IQOS anda. Sila berhati-hati untuk tidak mengenakan kekerasan ke atas bilah tersebut semasa membersihkan IQOS 3 MULTI anda. Sila pastikan juga anda tidak sama sekali memusingkan batang tembakau anda semasa ia berada di dalam pemegang. Pergerakan ini boleh merosakkan bilah pemanas dan mengganggu pengalaman IQOS anda.
Masih mempunyai soalan tentang IQOS?
Kami sedia membantu anda menerusi pelbagai saluran
Sembang Langsung IQOS
Berbual dengan salah seorang pakar IQOS kami secara langsung
Kami akan memberi respons dalam beberapa saat
Waktu operasi setiap hari dari 7:00 Pagi hingga 10:00 Malam
IQOS di Facebook
Layari halaman Facebook IQOS kami
Kami akan memberi respons dalam masa 15 minit
Waktu operasi setiap hari dari 7:00 Pagi hingga 10:00 Malam
Sokongan E-mel IQOS
Hantarkan pertanyaan anda kepada kami
Kami akan memberi respons dalam tempoh masa 24 Jam
Perkhidmatan E-mel IQOS beroperasi 24 Jam
FAQ IQOS
Dapatkan jawapan anda dalam talian
FAQ lengkap tersedia di sini
Sokongan Telefon IQOS
Ingin bercakap dengan salah seorang pakar sokongan IQOS kami? Tiada masalah, hubungi kami di 1800-88-3858
Waktu operasi setiap hari dari 7:00 Pagi hingga 10:00 Malam