Bahasa Melayu

Menyelesaikan masalah Peranti IQOS 2.4 PLUS Anda

Kami di sini sedia membantu. Dapatkan sokongan yang anda perlukan untuk peranti IQOS 2.4 PLUS anda

Pertama, maklumkan kepada kami peranti IQOS anda mana satu yang memerlukan sokongan?

Jika anda sedang menghadapi sesuatu isu dengan peranti IQOS 2.4 PLUS anda, langkah pertama ialah memeriksa sama ada peranti anda telah dicas.

Cara memeriksa sama ada peranti IQOS 2.4 PLUS anda telah dicas:

Periksa bahawa Pengecas Poket IQOS 2.4 PLUS telah dihidupkan, dengan menekan butang pengecas poket selama 1 saat. Lampu pengecas harus menyala. Jika tidak, tekan dan tahan butang tersebut selama 4 saat.

Jika anda tidak nampak sebarang lampu, cas pengecas poket dengan menggunakan Penyesuai Kuasa AC dan kabel IQOS yang rasmi*.

Untuk mengetahui jika Pemegang IQOS 2.4 PLUS anda telah pun dicas, cuma tekan butang pada pengecas poket (sementara pemegang anda adalah kelihatan) dan jika lampu bulat di bahagian atas pengecas poket anda tidak berkelip, maka, pemegang anda sedia untuk digunakan. Jika ia berkelip-kelip, ini bermaksud ia sedang mengecas. Sebagai alternatif, hanya mengeluarkan pemegang dan periksa sama ada lampu tersebut menyala. Jika lampu menyala, ini bermaksud pemegang anda telah selesai dicas dan sedia untuk digunakan.

 

* Ambil perhatian bahawa port USB mungkin tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk mengecas pengecas poket anda. Kami syorkan agar alur keluar elektrik digunakan untuk mengecas. 

Mengeset semula Peranti IQOS 2.4 PLUS Anda

Jika IQOS 2.4 PLUS anda telah dicas, tetapi masih tidak berfungsi, langkah seterusnya adalah mengeset semula peranti IQOS 2.4 PLUS tersebut.

Tekan dua butang di bahagian bawah lampu status bateri secara serentak dan selepas lebih kurang 2 saat, anda akan nampak semua lampu berwarna putih berkelip untuk beberapa kali.

Membersihkan Peranti IQOS 2.4 PLUS Anda Boleh Menyelesaikan Masalah yang Mungkin Anda Alami

Berasa sukar untuk menyedut tembakau anda semasa menggunakan IQOS 2.4 PLUS anda? Tidak mendapat wap tembakausewaktu menggunakan IQOS 2.4 PLUS anda? Isu ini boleh diselesaikan dengan menggunakan alat pembersih IQOS dan batang pembersih untuk membersihkan pemanasan ruang dan penutup IQOS.

 

Membersihkan IQOS 2.4 PLUS anda secara kerap dengan menggunakan peralatan yang betul, bukan sahaja memastikan bahawa anda akan memperoleh pengalaman rasa tembakau yang sebenar; malah, ia juga boleh menyelesaikan beberapa isu yang mungkin dihadapi dengan IQOS 2.4 PLUS anda. 

Adakah Pemegang IQOS 2.4 PLUS anda tidak mengecas?

Jika Pemegang IQOS 2.4 PLUS tidak mengecas dengan baik, penyambung mungkin perlu dibersihkan. Hanya bersihkan penyambung Pemegang IQOS dan Pengecas Poket IQOS anda dengan batang pembersih IQOS.

Isu Suhu IQOS 2.4 PLUS

Adakah anda nampak lampu merah yang berkelip pada Pengecas Poket IQOS anda atau lampu merah yang menyala pada Pemegang IQOS 2.4 PLUS anda? Ini mungkin kerana IQOS anda adalah terlalu sejuk atau terlalu panas.

IQOS 2.4 beroperasi dalam julat suhu antara 10° dengan 40° C. Jika suhu persekitaran adalah rendah, cuba panaskan Pemegang IQOS 2.4 PLUS dengan tangan anda sekurang-kurangnya selama 1 minit. Jika terlalu panas, bawa peranti ke tempat yang lebih sejuk dan sepatutnya akan berfungsi semula setelah ia menjadi sejuk.

Adakah IQOS 2.4 PLUS anda mempunyai bilah yang patah atau kerosakan fizikal yang lain?

Periksa sama ada Adakah IQOS 2.4 PLUS anda mempunyai bilah yang patah atau kerosakan fizikal yang lain. Jika ya, kami amat kesal kerana perkara ini berlaku kepada anda. Sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan dan kami akan menyokong anda berkenaan isu ini.

Kadangkala pembersihan Pemegang IQOS 2.4 PLUS boleh merosakkan bilah di dalam Pemegang IQOS 2.4 PLUS anda. Sila berhati-hati untuk tidak mengenakan kekerasan ke atas bilah tersebut semasa membersihkan Pemegang IQOS 2.4 PLUS anda. Sila pastikan juga anda tidak sama sekali memusingkan batang tembakau anda semasa ia berada di dalam pemegang. Pergerakan ini boleh merosakkan bilah pemanas dan mengganggu pengalaman IQOS 2.4 PLUS anda.

Hubungi kami

Masih mempunyai soalan tentang IQOS?

Kami sedia membantu anda menerusi pelbagai saluran