IQOS 3 DUO: Menyelesaikan masalah Peranti IQOS 3 DUO Anda
Kami di sini sedia membantu. Dapatkan sokongan yang anda perlukan untuk peranti IQOS 3 DUO anda.
Pastikan anda menggunakan kabel dan penyesuai kuasa IQOS yang rasmi. Mengecas IQOS anda menggunakan port USB komputer, dan bukan menggunakan penyesuai AC yang rasmi, hasil pengecasan mungkin adalah 4 kali kurang berkesan. Begitu juga jika menggunakan kabel pihak ketiga, hasil pengecasan mungkin adalah 5 kali kurang berkesan.
Jika Pengecas Poket IQOS 3 DUO anda telah dicas sepenuhnya apabila anda sambungkan ia ke bekalan kuasa, lampu status terakhir mungkin berkelip. Ini adalah normal dan bukan menandakan bahawa pengecas poket anda tidak boleh mengecas. Sebaliknya, jika Pengecas Poket IQOS 3 DUO anda telah ternyahcas sepenuhnya, maka, ia perlu dipasang dengan menggunakan penyesuai AC rasmi selama 20 minit sebelum sebarang corak lampu status muncul.
Jika lampu tersebut berwarna putih dan berkelip sebanyak dua kali: IQOS 3 DUO anda mungkin berada di luar julat suhu pengendalian (0°C-50°C). Sebagai alternatif, Pemegang IQOS 3 DUO mungkin perlu dimasukkan ke dalam Pengecas Poket IQOS 3 DUO dengan pintu yang tertutup, untuk pembersihan automatik.
Jika lampu tersebut berwarna merah dan berkelip: Set semula Peranti IQOS 3 DUO anda. Jika lampu merah masih menyala, hubungi perkhidmatan pelanggan.
Jika IQOS 3 DUO anda telah dicas tetapi masih tidak berfungsi, anda mungkin perlu mengeset semula. Untuk mengeset semula, tekan butang pengecas sehingga cahaya lampu memudar, kemudian lepaskan butang tersebut. Semua lampu status akan terpadam, berkelip dua kali, dan beransur-ansur muncul kembali menyala pudar, untuk mengesahkan pengesetan semula.
Cuba membersihkan Pemegang IQOS 3 DUO anda. Tunggu sehingga peranti menjadi sejuk, kemudian luncurkan penutup ke arah atas untuk mengeluarkanpenutup. Masukkan alat pembersihan IQOS dan putarkan dengan perlahan-lahan. Melakukan perkara ini dengan kerap akan mengurangkan peningkatan sisa.
Perlu ingat bahawa terdapat sebahagian ruang pemanasan dan peranti yang tidak boleh dicapai dengan alat pembersih. Untuk bahagian yang sukar di capai ini, gunakan batang pembersih IQOS. Jangan mengenakan kekerasan melampau untuk mengelakkan bilah menjadi patah atau rosak.
Periksa sama ada adakah IQOS 3 DUO anda mempunyai bilah yang patah atau kerosakan fizikal yang lain. Jika ya, kami amat kesal kerana perkara ini berlaku kepada anda. Sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan dan kami akan menyokong anda berkenaan isu ini.
Kadangkala pembersihan Pemegang IQOS 3 DUO boleh merosakkan bilah di dalam Pemegang IQOS 3 DUO anda. Sila berhati-hati untuk tidak mengenakan kekerasan ke atas bilah tersebut semasa membersihkan Pemegang IQOS 3 DUO anda. Sila pastikan juga anda tidak sama sekali memusingkan batang tembakau anda semasa ia berada di dalam pemegang. Pergerakan ini boleh merosakkan bilah pemanas dan mengganggu pengalaman IQOS anda.
Masih mempunyai soalan tentang IQOS?
Kami sedia membantu anda menerusi pelbagai saluran
![New_ContactUs_chat.png](/sites/g/files/hncfsx1126/files/2019-10/ContactUs_chat.png)
Sembang Langsung IQOS
Berbual dengan salah seorang pakar IQOS kami secara langsung
Kami akan memberi respons dalam beberapa saat
Waktu operasi setiap hari dari 7:00 Pagi hingga 10:00 Malam
![New_ContactUs_facebook.png](/sites/g/files/hncfsx1126/files/2019-10/ContactUs_facebook.png)
IQOS di Facebook
Layari halaman Facebook IQOS kami
Kami akan memberi respons dalam masa 15 minit
Waktu operasi setiap hari dari 7:00 Pagi hingga 10:00 Malam
![New_ContactUs_mail.png](/sites/g/files/hncfsx1126/files/2019-10/ContactUs_mail.png)
Sokongan E-mel IQOS
Hantarkan pertanyaan anda kepada kami
Kami akan memberi respons dalam tempoh masa 24 Jam
Perkhidmatan E-mel IQOS beroperasi 24 Jam
![New_ContactUs_faq.png](/sites/g/files/hncfsx1126/files/2019-10/ContactUs_faq.png)
FAQ IQOS
Dapatkan jawapan anda dalam talian
FAQ lengkap tersedia di sini
![New_ContactUs_phone.png](/sites/g/files/hncfsx1126/files/2019-10/ContactUs_phone.png)
Sokongan Telefon IQOS
Ingin bercakap dengan salah seorang pakar sokongan IQOS kami? Tiada masalah, hubungi kami di 1800-88-3858
Waktu operasi setiap hari dari 7:00 Pagi hingga 10:00 Malam