Bahasa Melayu
Langkah pertama anda dengan IQOS ILUMA PRIME

Ikuti panduan ini untuk mengetahui semua tentang IQOS ILUMA PRIME baru anda: Cara menggunakan, menyelenggara dan mengecas peranti anda untuk memanfaatkan sepenuhnya pengalaman anda.

Mulakan IQOS ILUMA PRIME baru anda dengan beberapa langkah mudah
  1. Sebelum penggunaan pertama, cas peranti anda dengan Penyesuai Kuasa AC* (dijual berasingan) dan Kabel Pengecas untuk lebih kurang 135 minit. Tap butang pada IQOS ILUMA PRIME anda untuk memeriksa paras bateri. Jika parasnya rendah, cas pengecas poket dengan penyesuai kuasa AC* yang serasi (dijual berasingan) dan kabel.
  2. Dengan menekan butang pada bahagian atas Pocket Charger selama empat saat, anda boleh MEMBUKA/MENUTUP peranti. Kemudian periksa status lampu pada Holder IQOS ILUMA PRIME anda untuk memeriksa berapa baki pengalaman yang anda ada. Dua lampu bermakna ianya bercas penuh (sedia untuk dua pengalaman). Satu lampu bermakna ianya sedia untuk satu pengalaman. Tiada lampu bermakna Holder perlu dicas di Pocket Charger. 
  3. Masukkan batang SMARTCORE dengan lembut seperti yang ditunjukkan dalam video. Jika Permulaan Automatik tidak berlaku, anda boleh menekan butang pada Holder untuk memulakan pengalaman. Satu gegaran dan lampu berkedip perlahan bermakna pemanasan batang SMARTCORE sedang berlaku. Dua gegaran dan lampu MENYALA bermakna ianya sedia untuk digunakan.  
  4. Bila anda merasa dua lagi getaran, ini bermaksud pengalaman IQOS anda sudah hampir tamat (berbaki 30 saat atau 2 pengalaman). Alihkan batang SMARTCORE dan ingatlah agar sentiasa menggunakan batang SMARTCORE baru untuk pengalaman baru anda. Ingatlah bahawa satu lampu bermakna anda hanya mempunyai baki satu pengalaman lagi, jadi anda perlu mengecas Holder di dalam Pocket Charger selepas pengalaman anda yang seterusnya.
  5. Bila Holder anda berada di dalam Pocket Charger, terdapat dua lampu bulat yang menyatakan status Holder. Bila lampu bulat menyala dalam cahaya putih, ini bermakna Holder sedang dicas. Satu atau dua cahaya lampu bulat yang terang  pada Pocket Charger menyatakan berapa lagi pengalaman yang boleh anda nikmati. 

*Penafian: Penyesuai Kuasa AC tidak disertakan. Gunakan Penyesuai Kuasa IQOS daripada peranti IQOS anda yang terdahulu atau beli secara berasingan di iqos.com atau di kedai IQOS. Lihat Soalan Lazim untuk maklumat lanjut.

Mengecas IQOS ILUMA PRIME anda
  1. Sebelum penggunaan pertama, cas peranti anda sepenuhnya dengan Penyesuai Kuasa AC* (dijual berasingan) dan Kabel Pengecas untuk lebih kurang 135 minit. Ketuk butang pada Pocket Charger IQOS ILUMA PRIME untuk memeriksa paras baterinya. Jika jalur lampu di bahagian bawah berkelip tiga kali, ini bermakna paras baterinya adalah rendah. Cas pengecas poket dengan penyesuai kuasa AC* yang serasi (dijual berasingan) dan kabel. Sila maklum bahawa ia akan mengambil masa sehingga 20 minit untuk lampu menyala jika ia telah dicas sepenuhnya. Bila status bar menyala sepenuhnya, ini bererti peranti anda telahpun dicas sepenuhnya dan boleh digunakan sehingga 20 pengalaman.
  2. Periksa status lampu pada Holder IQOS ILUMA PRIME anda. Jika terdapat dua lampu bulat, ini bermakna Holder anda adalah bercas penuh dan sedia untuk dua pengalaman. Jika ianya hanya satu lampu, ini bermakna anda hanya ada baki satu pengalaman. Jika bahagian bawah lampu menyala 3 kali, ini bermakna anda perlu mengecas Holder anda.
  3. Alihkan batang SMARTCORE dan masukkan Holder di dalam Pocket Charger. Dua lampu bulat menyala di Pocket Charger menandakan Holder sedang dicas dan ianya akan kekal menyala bila anda masih ada satu atau dua pengalaman lagi.

*Penafian: Penyesuai Kuasa AC tidak disertakan. Gunakan Penyesuai Kuasa IQOS daripada peranti IQOS anda yang terdahulu atau beli secara berasingan di iqos.com atau di kedai IQOS. Lihat Soalan Lazim untuk maklumat lanjut.

A jade green IQOS ILUMA PRIME Pocket Charger and Holder.
Ciri canggih dan gerakan pintar

Permulaan Automatik
Holder IQOS ILUMA PRIME memulakan prapemanasan secara automatik bila anda memasukkan batang SMARTCORE. Ciri ini tersedia secara lalai dan boleh dibatalkan menerusi aplikasi IQOS. 

Angkat Ke Atas
Anda boleh melihat baki penggunaan dengan mengangkat Holder ke atas ketika anda tidak menggunakannya. Baki ini memaparkan satu atau dua warna. 

Tap Dua Kali
Tap Holder anda dua kali ketika penggunaan dan holder akan bergetar untuk menyatakan berapa jumlah baki pengalaman yang masih ada: 
3 getaran: 75-50%
2 getaran: 50-25%
1 getaran: < 25%

A jade green IQOS ILUMA PRIME Pocket Charger and Holder.

Tip penggunaan IQOS ILUMA PRIME

Memasukkan batang SMARTCORE

Pastikan anda hanya menggunakan batang SMARTCORE untuk IQOS ILUMA PRIME anda. Ia hanyalah untuk sekali penggunaan, jadi pastikan anda tidak memasukkan batang tembakau yang telah digunakan.

Mengekalkan kuasa bateri

Mengecas Pocket Charger IQOS ILUMA PRIME setiap hari adalah cara terbaik untuk memastikan anda dapat menikmati IQOS anda sepanjang masa. Pastikan anda cas pengecas poket dengan penyesuai kuasa AC* yang serasi (dijual berasingan) dan kabel.
 

*Penafian: Penyesuai Kuasa AC tidak disertakan. Gunakan Penyesuai Kuasa IQOS daripada peranti IQOS anda yang terdahulu atau beli secara berasingan di iqos.com atau di kedai IQOS. Lihat Soalan Lazim untuk maklumat lanjut.

IQOS ILUMA™ direka khas untuk digunakan bersama SMARTCORE STICKS™ sahaja. Sila pastikan bahawa IQOS ILUMA™ dan SMARTCORE STICKS™ tidak digunakan dengan IQOS™ generasi terdahulu atau mana-mana peranti lil kerana ianya boleh menyebabkan kerosakan pada peranti anda. Lihat Maklumat lanjut.

Panduan Pengguna IQOS ILUMA PRIME

Panduan Pengguna IQOS ILUMA PRIME kami akan membantu anda mengenali fungsi dan cara menggunakan peranti anda dengan lebih lanjut.

Muat turun
Mahu chat?

Kami sedia berkhidmat untuk anda, di kedai IQOS atau di hujung jari anda. Pilih saja yang anda mahu.

Ikon pencari kedai.

Pencari kedai

Cari kedai IQOS terdekat dengan penunjuk kedai kami.

Ikon telefon.

Telefon

Hubungi kami di 1800-88-3858.

Ikon e-mel.

Emel

Hantarkan pertanyaan anda. Peti masuk kami sentiasa terbuka.

Ikon Facebook.

Facebook

Kunjungi halaman kami dan chat dengan pakar IQOS kami.