Menggunakan lil SOLID 2.0 mudah sahaja.
Mula-mula, tolak penutup ke tepi dan masukkan dengan bahagian sisi tembakau ke dalam peranti. Tekan selama 2 saat dan rasakan ia dihidupkan dengan getaran. Biarkan peranti memanas untuk 25 saat. Apabila peranti sudah dipanaskan untuk 25 saat,
lampu akan menyala, peranti akan bergetar dan ianya sedia untuk digunakan.
Setiap pengalaman tahan sehingga 5 minit atau 14 sedutan, atau mana-mana yang terdahulu. Peranti akan bergetar dan lampu berkelip menandakan 3 lagi sedutan atau 30 saat, yang mana terdahulu. Pusing tembakau lebih daripada 3 kali ke arah yang sama. Alih batang dan tutup penutup.
Itu sahaja. Peranti anda sedia digunakan semula jika anda mahu. Ulangi langkah sebelumnya. Selepas 3 kali penggunaan berturut-turut, peranti akan menyejuk secara automatik. Ia akan mengambil selama 3 minit 30 saat sebelum anda boleh memula sesi yang baru. Untuk memulakan sesi baru, ulangi langkah dari permulaan.
Mudah sahaja.
Mengecas lil SOLID 2.0 mudah sahaja.
Memeriksa paras bateri adalah mudah. Bila mengecas, lampu LED akan berkelip. Bila selesai dicas, lampu akan padam. Jika lampu berwarna biru, paras bateri adalah antara 100-60%. Jika lampu bertukar biru muda, paras bateri adalah antara 60-30% dan anda masih ada sedikit lagi bateri. Jika warna lampu bertukar jingga, paras bateri anda adalah pada 30-1% dan anda hendaklah mengecas peranti. Jika lampu peranti bertukar merah, ini bermakna anda kehabisan bateri dan perlu mengecasnya.
Mudah sahaja.
Membersih lil SOLID 2.0 mudah sahaja.
Sentiasa padamkan peranti anda sebelum membersih.
- Buka Cleaning Wiper daripada Dual Cleaner.
- Buka cap daripada peranti.
- Gunakan Cleaning Wiper untuk membersih pin pemanas.
- Buka Cleaning Brush daripada Dual Cleaner.
- Gunakan Cleaning Brush untuk membersih bahagian dalam peranti.
Untuk pengalaman optimum, bersih selepas 20 penggunaan. Anda juga boleh mengguna fungsi membersih dengan haba. Tekan butang dengan cepat selama 5 kali. Lampu LED akan berkelip-kelip dalam warna jingga selama 90 saat. Bila pembersihan selesai, lampu akan padam dan ia akan bergetar dua kali.
Mudah sahaja.
Klik di sini untuk menonton tutorial.
Ada persoalan tak terjawab?
Kami sedia membantu anda menerusi pelbagai saluran.
Sembang secara langsung
Berbual dengan pakar IQOS kami secara langsung. Mereka sedia membantu setiap hari dari 9 pagi hingga 6 malam. Hantarkan mesej dan mereka akan memberi respons dalam beberapa saat.
Panggilan Telefon
Mungkin anda lebih selesa mendengar suara yang membantu. Talian sokongan IQOS sedia untuk hubungkan anda terus kepada pakar IQOS kami.