Bahasa Melayu

Langkah pertama dengan IQOS 3 DUO

Anda mencari sokongan untuk IQOS yang mana?

Bermula dengan IQOS 3 DUO anda
  1. Ketik pada butang Pengecas Poket IQOS 3 DUO untuk memeriksa tahap bateri. Jika rendah, pasangkan palam peranti ke alur keluar kuasa menggunakan penyesuai AC dan kabel IQOS yang asli. .
  2. Tekan butang di bahagian atas Pengecas Poket anda selama empat saat untuk menghidupkannya. Kemudian semak lampu status pada Pemegang IQOS 3 DUO anda untuk melihat tahap baterinya. 2 lampu bercahaya bermaksud bateri telah dicas penuh dan boleh digunakan sebanyak dua kali. 1 lampu bermaksud 1 kali penggunaan. Tiada lampu bermaksud, sudah tiba masa untuk mengecas semula Pemegang.
  3. Masukkan HeatStick perlahan-lahan, tanpa memutar, ke dalam Pemegang anda. Kemudian tekan dan tahan butang pemegang. Satu getaran dan lampu berdenyut perlahan bermakna ia sedang disediakan. Dua getaran dan kedua-dua lampu status menyala bermakna ia sedia untuk digunakan.
  4. Jika anda merasakan getaran lagi, itu bermaksud masa IQOS anda sudah hampir tamat. Buka Pemegang IQOS 3 DUO, keluarkan HeatStick, dan tutup semula pemegang. Ketik pada butang pemegang untuk melihat status peranti. Peringatan: satu lampu memberi maksud berbaki satu lagi penggunaan. Anda berpeluang menikmati sekali lagi pengalaman IQOS atau meletakkan kembali pemegang ke dalam pengecas.  
  5. Apabila Pemegang anda berada dalam Pengecas Poket, lampu berkelip bermakna ia sedang dicas. Apabila kedua-dua lampu menyala dan kekal menyala, Pemegang anda sedia untuk dikeluarkan.
Mengecas IQOS 3 DUO anda
  1. Ketik pada butang Pengecas Poket IQOS 3 DUO untuk memeriksa tahap bateri. Lampu yang berkelip di bahagian atas pengecas, memberi isyarat bahawa bateri adalah lemah. Pasangkan palam Pengecas Poket ke alur keluar kuasa menggunakan penyesuai AC dan kabel IQOS yang asli. Lampu yang berkelip menandakan bahawa bateri sedang dicas. Apabila bar status telah penuh, itu bermaksud bateri telah dicas sepenuhnya, dan boleh digunakan sehingga 20 kali penggunaan. 
  2. Periksa status lampu pada Pemegang IQOS 3 DUO anda. Dua lampu yang menyala bermaksud bateri telah dicas sepenuhnya dan boleh digunakan sebanyak dua kali. 1 lampu menyala bermaksud anda mempunyai hanya 1 kali penggunaan lagi. Tiada lampu bermaksud, sudah tiba masa untuk mengecas semula pemegang anda.
  3. Buka Pemegang anda, alihkan HeatStick dan tutup semula pemegang. Kemudian, masukkan Pemegang IQOS 3 DUO ke dalam pengecas. Periksa dua lampu kecil di bahagian atas pengecas. Apabila lampu itu berkelip, itu bermaksud bahawa Pemegang sedang dicas. Apabila lampu tersebut kekal menyala, Pemegang anda sedia untuk digunakan.
Membersihkan IQOS 3 DUO anda
  1. Tunggu Pemegang IQOS 3 DUO anda menjadi sejuk dan tanggalkan penutupnya. 
  2. Ketuk keluar mana-mana tembakau longgar dari dalam Pemegang anda kemudian masukkan alat pembersih. Setelah pembersih berada di dalam pemegang, pusingkan pembersih secara perlahan-lahan sebanyak 2 atau 3 kali.
  3. Bersihkan peranti anda sekerap yang anda boleh. Ingat untuk elak dari terkena bilah, dan jangan lupa untuk bersihkan bahagian atas dan bawah penutup juga. Peranti yang lebih bersih menjamin rasa yang lebih baik. Mudah sahaja!

Tips dari kami untuk anda

Masukkan HeatStick dengan betul setiap kali

Pastikan bahawa anda tidak memusingkan HeatStick semasa memasukkan ia ke dalam Pemegang IQOS 3 DUO, kerana tindakan itu boleh merosakkan peranti anda.

Tonton Tutorial
Pastikan peranti anda sentiasa dicas

Mengecas setiap hari ialah cara terbaik untuk pastikan IQOS anda sentiasa tersedia. Gunakan alur dinding dan cuba cas peranti bersama dengan telefon bimbit anda.

Tonton Tutorial
Mulakan peranti IQOS 3 DUO anda

Tekan dan tahan butang Pengecas Poket IQOS 3 DUO selama 4 saat, kemudian lepaskan. Lampu status pemegang dan pengecas poket akan menyala secara perlahan-lahan.

Tonton Tutorial
Lihat maklumat berguna lain dalam Panduan Pengguna IQOS 3 DUO kami.

Panduan Pengguna IQOS 3 DUO kami akan membolehkan anda memahami cara peranti anda berfungsi dan perkara yang boleh dilakukannya dengan lebih mendalam.

Muat turun Panduan Pengguna

Ada persoalan tak terjawab?
Kami sedia membantu anda menerusi pelbagai saluran.

icons-64-iqos-coach-light-theme

Sembang secara langsung

Berbual dengan jurulatih peribadi kami secara langsung. Mereka sedia membantu setiap hari dari 7 pagi hingga 10 malam. Hantarkan mesej dan mereka akan memberi respons dalam beberapa saat.

Mari berbual
Email icon.

Hantarkan emel

Hantarkan pertanyaan anda. Peti masuk kami sentiasa terbuka.

Hantar emel
Phone icon.

Hubungi kami

Mungkin anda lebih selesa mendengar suara yang membantu. Talian sokongan IQOS sedia untuk hubungkan anda terus kepada pakar IQOS kami.

 Hubungi kami