- Ketik pada butang Pengecas Poket IQOS 3 untuk memeriksa tahap bateri. Jika ia menyala anda boleh menggunakan peranti anda. Jika tidak menyala, hidupkan dengan menahan ke bawah butang pengecas selama 4 saat atau pasangkan palam peranti ke alur keluar kuasa menggunakan penyesuai AC dan kabel IQOS.
- Buka pintu Pengecas Poket IQOS 3, masukkan pemegang ke dalam pengecas, kemudian tutupkan pintu. Lampu kecil di bahagian atas yang berkelip bermaksud bahawa Pemegang IQOS 3 anda sedang mengecas.
- Masukkan HeatStick perlahan-lahan, tanpa memutar, ke dalam Pemegang anda. Kemudian tekan dan tahan butang Pemegang. Satu getaran dan lampu berdenyut perlahan bermakna ia sedang disediakan. Dua getaran dan kedua-dua lampu status menyala bermakna ia sedia untuk digunakan.
- Apabila cahaya lampu pemegang menjadi pudar, IQOS anda perlu dicas. Keluarkan HearStick dan cas semula dengan penyesuai AC dan kabel IQOS.
- Keluarkan HeatStick terpakai anda.
- Letakkan Pemegang IQOS 3 anda di dalam Pengecas Poket dan tutup pintu. Lampu bar di bahagian atas akan menunjukkan tahap cas Pemegang IQOS 3. Apabila lampu kecil itu terpancar, itu bermaksud bahawa pemegang sedang dicaskan.
- Tunggu selama beberapa minit dan lampu kecil itu akan berhenti memancar. Pemegang anda sedia untuk digunakan.
- Apabila lampu bateri pada Pengecas Poket anda pudar, palamkannya ke alur keluar kuasa menggunakan kabel IQOS dan penyesuai kuasa AC anda untuk mengecas semula.
- Tunggu Pemegang IQOS 3 anda menjadi sejuk dan tanggalkan penutupnya.
- Ketuk keluar mana-mana tembakau longgar dari dalam Pemegang anda kemudian masukkan alat pembersih. Setelah pembersih berada di dalam pemegang, pusingkan pembersih secara perlahan-lahan sebanyak dua atau tiga kali.
- Bersihkan peranti anda sekerap yang anda boleh. Ingat untuk elak dari terkena bilah, dan jangan lupa untuk bersihkan bahagian atas dan bawah penutup juga. Peranti yang lebih bersih menjamin rasa yang lebih baik. Mudah sahaja!
Ada persoalan tak terjawab?
Kami sedia membantu anda menerusi pelbagai saluran.
Sembang secara langsung
Berbual dengan pakar IQOS kami secara langsung. Mereka sedia membantu setiap hari dari 9 pagi hingga 6 malam. Hantarkan mesej dan mereka akan memberi respons dalam beberapa saat.
Panggilan Telefon
Mungkin anda lebih selesa mendengar suara yang membantu. Talian sokongan IQOS sedia untuk hubungkan anda terus kepada pakar IQOS kami.