Tempoh jaminan sukarela anda bergantung pada negara di mana IQOS anda dibeli. Contohnya di Malaysia, anda akan mendapat waranti 1-tahun bermula dari hari anda membeli peranti anda. Anda hanya perlu menyimpan resit anda atau mengambil gambarnya sebagai bukti pembelian.
- Dapatkan sehingga RM328 bila anda berjaya rujuk member ke IQOS atau lil SOLID.*
- Baucar hari jadi.
- Penggantian peranti 1-kali secara percuma jika anda merosakkannya dengan tidak sengaja.**
- Rebat istimewa untuk peranti baru sama ada untuk menaik taraf atau sebagai peranti tambahan.
- Penggantian peranti pantas dalam 24 jam.
*Apabila rakan perokok dewasa anda membeli peranti pertama mereka dan mendaftar dengan kami selepas pengesahan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengesahan umur.
**12 bulan daripada tarikh pembelian. Tertakluk T&S.
Meliputi lebih banyak 40 negara dan tersedia 24 jam sehari, tidak kira jika anda memerlukan sokongan, penyelesaian masalah atau penggantian peranti, anda hanya perlu menghubungi kami. Kami sedia untuk menyelesaikan sebarang isu dengan peranti IQOS anda. Dan jika isu itu dilindungi di bawah jaminan anda, kami akan menggantinya secepat mungkin.
Adakah anda di luar negara dan memerlukan bantuan dengan peranti IQOS anda?
Jangan risau, pasukan bantuan antarabangsa kami sedia membantu. Hubungi 1800-88-3858*.
*Bayaran mungkin akan dikenakan, sila hubungi operator rangkaian anda.
Bagaimanakah anda mendapat akses kepada perkhidmatan bantuan antarabangsa IQOS?
Anda hanya perlu mendaftar untuk IQOS dan memautkan peranti ke akaun anda sebelum anda pergi.
Di manakah anda boleh dapatkan lindungan dan bantuan antarabangsa IQOS?
Bantuan antarabangsa IQOS tersedia di lebih daripada 39 pasaran:
Andorra, Armenia, Bulgaria, Canary Islands, Canada, Colombia, Croatia, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Dominican Republic, France, Germany, Greece, Guatemala, Italy, Israel, Japan, Kazakhstan, Korea, La Réunion, Latvia, Lithuania, Monaco, the Netherlands, New Zealand, Palestine, Poland, Portugal, Romania, Russia, Serbia, Slovak Republic, Slovenia, South Africa, Spain, Switzerland, Turkish Cyprus, Ukraine, the United Kingdom, dan di beberapa kedai Bebas Cukai.
Terma dan syarat
Perkhidmatan, ketersediaan peralatan dan komponen IQOS, respons dan masa penghantaran mungkin berbeza bagi setiap negara. Perkhidmatan ini tidak akan menjejaskan hak undang-undang anda atau jaminan IQOS anda di negara anda membelinya. Jika sebahagian daripada peranti anda ditukar, mana-mana bahagian baharu menjadi hak milik anda dan bahagian yang diganti menjadi hak milik entiti yang membuat pertukaran. Masalah dengan peranti IQOS ditakrifkan dari segi bahan atau mutu kerja apabila digunakan seperti yang dinyatakan dalam panduan pengguna IQOS.
Entiti Philip Morris International yang disenaraikan di bawah tajuk ‘Sokongan Pelanggan', akan mengikut pilihannya (tanpa menjejaskan hak berkanun anda) membaiki atau menggantikan mana-mana komponen rosak dari segi bahan atau mutu kerja apabila digunakan mengikut Panduan Pengguna IQOS™ dan tertakluk kepada tuntutan waranti sukarela yang sah. Peruntukan waranti ini hanya sah di negara pembelian.
Perkara berikut tidak dilindungi oleh waranti IQOS:
- Kerosakan disebabkan oleh haus dan lusuh biasa
- Kerosakan kosmetik (seperti calar, kekemekkan, plastik pecah dll)
- Kerosakan yang disebabkan oleh penyalahgunaan, lonjakan kuasa, pengendalian yang tidak betul, cecair atau kebakaran
- Kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan peranti dengan produk yang tidak serasi
- Kerosakan yang disebabkan oleh percubaan untuk membuka, mengubah suai dan membaiki, sama ada oleh pengguna atau oleh pembekal perkhidmatan yang tidak diiktiraf oleh IQOS
- Kerosakan yang disebabkan pengendalian selain daripada seperti yang digariskan dalam Panduan Pengguna IQOS yang berkaitan
*Apabila peranti anda rosak secara tidak sengaja dan masih dalam jaminan.
**Penggantian satu kali setiap tahun kalendar bagi setiap orang yang didaftarkan di iqos.com untuk sebarang kerosakan yang tidak dilindungi oleh jaminan IQOS. Jika peranti anda telah diganti, hanya waranti asal semasa anda membeli peranti sahaja yang sah.
Cara membuat tuntutan untuk penggantian IQOS
Produk dengan kualiti tertinggi juga boleh berhenti berfungsi dan kami tahu betapa anda pasti akan terkesan jika IQOS anda tidak boleh digunakan.
Adakah anda ingin membuat tuntutan? Anda boleh buat dengan mudah dan cepat dengan menghubungi perkhidmatan Khidmat Pelanggan kami yang tersedia setiap hari dari jam 7 pagi hingga 10 malam dan kami akan membantu menyelesaikan sebarang masalah dengan peranti anda.
Jika anda tidak membeli peranti anda di laman web kami, sila sediakan bukti pembelian anda. Sekiranya tiada bukti pembelian, syarikat berhak untuk menggunakan tempoh waranti secara sukarela bermula dari tarikh pembuatan komponen peranti IQOS berkenaan berdasarkan rekodnya sendiri.
Dalam Kedai
Lawati mana-mana Kedai IQOS kami.
Telefon
Ingin bercakap dengan salah seorang pakar sokongan IQOS kami? Tiada masalah. Sila hubungi kami di 1800-88-3858.
Isnin - Ahad, 07:00 - 22:00