Bahasa Melayu

Penggantian Pantas

Peranti IQOS yang dipegang dengan dua tangan di hadapan stereng kereta.
Kami akan melindungi IQOS anda dengan waranti selama 1 tahun.

Tempoh waranti sukarela anda bergantung pada pembelian IQOS mengikut negara. Untuk Malaysia, anda akan mendapat waranti 1 tahun dari hari pembelian. Apa yang anda perlu lakukan ialah menghubungi Customer Care kami (tersedia setiap hari dari 9 pagi hingga 6 malam) untuk mengaktifkan peranti anda.

Peranti IQOS yang dipegang dengan dua tangan di hadapan stereng kereta.
Seseorang yang memegang Pocket Charger dan Holder IQOS ILUMA.
Apa yang akan kami tanggung dengan waranti IQOS?

Entiti Philip Morris International yang tersenarai di bawah tajuk 'Customer Care', akan mengikut pilihannya (tetapi tanpa menjejaskan hak berkanun anda) membaiki atau menggantikan mana-mana komponen yang rosak dari segi bahan atau mutu kerja apabila digunakan mengikut Panduan Pengguna IQOS yang tertakluk kepada tuntutan waranti sukarela yang sah. Peruntukan waranti ini hanya sah di negara pembelian.

Apa yang tidak kami tanggung dengan waranti IQOS?
Berikut adalah perkara yang dikecualikan daripada syarat waranti ini:

a) Kefungsian produk yang tidak terganggu dan bebas kerosakan.

b) Kerosakan dan/atau tidak berfungsi yang disebabkan oleh haus dan lusuh biasa atau disebabkan oleh penuaan produk.

c) Kerosakan kosmetik (seperti calar, kemik, plastik pecah dsb.) yang tidak menjejaskan fungsi produk.

d) Kerosakan yang disebabkan oleh penyalahgunaan, lonjakan kuasa, pengendalian yang tidak betul, sentuhan cecair atau kebakaran.

e) Tidak berfungsi akibat penggunaan produk yang tidak serasi, dikeluarkan sama ada oleh Philip Morris International atau pengeluar pihak ketiga.

f) Kerosakan atau tidak berfungsi yang disebabkan oleh percubaan untuk membuka, mengubah suai (termasuk pengubahsuaian pada perisian tegar) dan pembaikan, sama ada oleh pengguna atau oleh pembekal perkhidmatan yang tidak diiktiraf oleh pengilang.

g) Kerosakan atau tidak berfungsi yang disebabkan oleh kegagalan penggunaan seperti yang diterangkan dalam Panduan Pengguna IQOS™ yang berkaitan atau melanggar perjanjian lesen perisian tegar.

h) Kemerosotan prestasi bateri produk. Bateri ialah bahagian yang boleh digunakan dan kemerosotan prestasi serta penggunaannya dari semasa ke semasa bukanlah kecacatan pembuatan atau mutu kerja dan dikecualikan daripada waranti ini*;

i) Produk yang mengandungi bahagian bukan tulen sepenuhnya atau sebahagiannya.

j) Produk yang nombor sirinya telah dikeluarkan atau diubah.

k) Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh perisian tegar produk, termasuk produk yang tidak menggunakan versi terkini, melainkan kerosakan telah berlaku disebabkan oleh kecacatan pada bahan atau mutu kerja. Ambil perhatian bahawa menurut syarat perjanjian lesen perisian tegar, perisian tegar disediakan "seadanya", tanpa sebarang jaminan.

l) Kerosakan disebabkan oleh pengendalian ciri “autostart” dan/atau “double tap”* yang tidak memberi kesan kepada kefungsian produk.

*Untuk maklumat lanjut tentang prestasi bateri atau ciri yang tersedia untuk produk anda, layari www.iqos.com.

Seseorang yang memegang Pocket Charger dan Holder IQOS ILUMA.
Tangan membuka kotak IQOS ILUMA
Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan penggantian IQOS?

Produk berkualiti tinggi kadangkala boleh berhenti berfungsi, dan kami tahu ianya menjengkelkannya apabila anda tidak boleh menggunakan IQOS anda.

Anda ingin membuat tuntutan?
Caranya mudah dan pantas, cuma perlu hubungi perkhidmatan Khidmat Pelanggan kami yang bersedia dari Isnin hingga Ahad, dari jam 9 pagi hingga 6 malam. Kami akan membantu menyelesaikan sebarang masalah berkaitan peranti anda.

Jika anda tidak membeli peranti anda di website kami, sila sediakan bukti pembelian. Sekiranya tiada bukti pembelian, syarikat berhak untuk menggunakan tempoh waranti secara sukarela bermula dari tarikh pembuatan komponen peranti IQOS yang berkenaan berdasarkan rekodnya sendiri.

Hubungi kami
Tangan membuka kotak IQOS ILUMA
Tangan memegang IQOS ILUMA PRIME Pocket Charger.
Aktifkan peranti anda dan dapat manfaat:

DAFTAR & NIKMATI MANFAAT ANDA:

1) JADILAH YANG PERTAMA untuk mengakses edisi terhad, produk terbaru, dan rebat eksklusif.
2) DAPATKAN SEHINGGA RM275b apabila anda berjaya merujuk rakan andac
3) RM20 BAUCAR IQOS pada bulan HARI JADI anda.
4) PENGGANTIAN TANPA HAD SELAMA 1-TAHUN dalam masa 24 jamd untuk peranti yang tidak berfungsi.
5) BANTUAN ANTARABANGSA di mana sahaja anda berada.

bBagi 10 rujukan yang berjaya.
cApabila rakan perokok dewasa anda membeli peranti pertama mereka dan mendaftar dengan kami. Tertakluk T&S.
dHanya untuk Lembah Klang dan bandar-bandar utama di Pulau Pinang, Seremban, Melaka, dan Johor.

Aktifkan sekarang
Tangan memegang IQOS ILUMA PRIME Pocket Charger.

Ada persoalan tak terjawab?
Kami sedia membantu anda menerusi pelbagai saluran.

Ikon live chat.

Sembang secara langsung

Berbual dengan jurulatih peribadi kami secara langsung. Mereka sedia membantu setiap hari dari 9 pagi hingga 6 malam. Hantarkan mesej dan mereka akan memberi respons dalam beberapa saat.
Mari berbual.

Ikon Facebook.

Facebook kami

Kami sangat sosial di media sosial kami, jadi jangan ragu untuk menghantar mesej kepada kami dengan sebarang soalan dan kami akan menghubungi anda semula dalam beberapa minit.
Lawati halaman Facebook kami.

Ikon e-mel.

Hantarkan emel

Hantarkan pertanyaan anda. Peti masuk kami sentiasa terbuka.
Hantar emel.

Ikon FAQ.

Tiada soalan yang terlalu kecil

Soalan anda mungkin telah ditanya sebelum ini. Semak imbas Soalan Lazim kami untuk melihat sama ada terdapat jawapan yang menunggu untuk anda.
Semak Soalan Lazim kami.

Ikon telefon.

Hubungi kami

Mungkin anda lebih selesa mendengar suara yang membantu. Talian sokongan IQOS sedia untuk hubungkan anda terus kepada pakar IQOS kami. 
Hubungi kami.