Peranti ikonik dua keping kami.
Peranti all-in-one yang mudah digunakan.
Lihat produk dan beli
Peranti ikonik dua keping kami.

Terokai IQOS ORIGINALS Duo
Klik di sini untuk ketahui lebih tentang Teknologi HeatControl dan warna-warna baru yang menarik. ➜
Peranti all-in-one yang mudah digunakan.

Terokai lil SOLID EZ
Klik di sini untuk ketahui lebih tentang teknologi pemanasan pin yang unik dan lebih banyak ciri-ciri. Jelas mudah. ➜
Baharu IQOS ORIGINALS DUO Iridescent Purple Edisi Terhad.
Unik di luar dan dalam. Beli sekarang. ➜
Apakah IQOS?
Apakah IQOS?
Maju ke hadapan, bersama IQOS
Ketahui sains kami
Langkah pertama dengan IQOS 3
Mulakan perjalanan anda dengan IQOS 3: Cara menggunakan, mengecas dan membersihkan IQOS anda dengan betul, serta petua untuk pengalaman tembakau yang terbaik tanpa asap.
- Ketik pada butang Pengecas Poket IQOS 3 untuk memeriksa tahap bateri. Jika ia menyala anda boleh menggunakan peranti anda. Jika tidak menyala, hidupkan dengan menahan ke bawah butang pengecas selama 4 saat atau pasangkan palam peranti ke alur keluar kuasa menggunakan penyesuai AC dan kabel IQOS.
- Buka pintu Pengecas Poket IQOS 3, masukkan pemegang ke dalam pengecas, kemudian tutupkan pintu. Lampu kecil di bahagian atas yang berkelip bermaksud bahawa Pemegang IQOS 3 anda sedang mengecas.
- Masukkan HeatStick perlahan-lahan, tanpa memutar, ke dalam Pemegang anda. Kemudian tekan dan tahan butang Pemegang. Satu getaran dan lampu berdenyut perlahan bermakna ia sedang disediakan. Dua getaran dan kedua-dua lampu status menyala bermakna ia sedia untuk digunakan.
- Apabila cahaya lampu pemegang menjadi pudar, IQOS anda perlu dicas. Keluarkan HearStick dan cas semula dengan penyesuai AC dan kabel IQOS.
- Keluarkan HeatStick terpakai anda.
- Letakkan Pemegang IQOS 3 anda di dalam Pengecas Poket dan tutup pintu. Lampu bar di bahagian atas akan menunjukkan tahap cas Pemegang IQOS 3. Apabila lampu kecil itu terpancar, itu bermaksud bahawa pemegang sedang dicaskan.
- Tunggu selama beberapa minit dan lampu kecil itu akan berhenti memancar. Pemegang anda sedia untuk digunakan.
- Apabila lampu bateri pada Pengecas Poket anda pudar, palamkannya ke alur keluar kuasa menggunakan kabel IQOS dan penyesuai kuasa AC anda untuk mengecas semula.
- Tunggu Pemegang IQOS 3 anda menjadi sejuk dan tanggalkan penutupnya.
- Ketuk keluar mana-mana tembakau longgar dari dalam Pemegang anda kemudian masukkan alat pembersih. Setelah pembersih berada di dalam pemegang, pusingkan pembersih secara perlahan-lahan sebanyak dua atau tiga kali.
- Bersihkan peranti anda sekerap yang anda boleh. Ingat untuk elak dari terkena bilah, dan jangan lupa untuk bersihkan bahagian atas dan bawah penutup juga. Peranti yang lebih bersih menjamin rasa yang lebih baik. Mudah sahaja!
Tips dari kami untuk anda

Pastikan bahawa anda tidak memusingkan HeatStick semasa memasukkan ia ke dalam Pemegang IQOS 3, kerana tindakan itu boleh merosakkan peranti anda.

Pastikan peranti anda sentiasa dicas
Mengecas setiap hari ialah cara terbaik untuk pastikan IQOS anda sentiasa tersedia. Gunakan alur dinding dan cuba cas peranti bersama dengan telefon bimbit anda.

Mulakan peranti IQOS 3 anda
Tekan dan tahan butang Pengecas Poket IQOS 3 selama 4 saat, kemudian lepaskan. Lampu status pemegang dan pengecas poket akan menyala secara perlahan-lahan.

Panduan Pengguna IQOS 3 kami akan membolehkan anda memahami cara peranti anda berfungsi dan perkara yang boleh dilakukannya dengan lebih mendalam.
Dapatkan jawapan anda di halaman Soalan Lazim.
Ada persoalan tak terjawab?
Kami sedia membantu anda menerusi pelbagai saluran.
Sembang secara langsung
Berbual dengan pakar IQOS kami secara langsung. Mereka sedia membantu setiap hari dari 7am hingga 10pm. Hantarkan mesej dan mereka akan memberi respons dalam beberapa saat.
Panggilan Telefon
Mungkin anda lebih selesa mendengar suara yang membantu. Talian sokongan IQOS sedia untuk hubungkan anda terus kepada pakar IQOS kami.