Terma penggunaan Laman Web Sokongan Pelanggan IQOS
Kemas kini terakhir: Ogos 24, 2021
PENGENALAN
Anda telah dihalakan ke sini berhubung penggunaan Laman Web Sokongan Pelanggan IQOS (“Laman web”) oleh anda, yang dikendalikan oleh ahli kumpulan syarikat Philip Morris International.
*Siapakah kami?*Kami adalah ahli kumpulan syarikat Philip Morris International.
Bagaimanakah anda menerima terma ini?*Jika anda menggunakan laman Web ini, anda menerima terma penggunaan ini (“*Terma”). Jika anda tidak bersetuju untuk diikat oleh Terma ini, maka anda tidak boleh menggunakan Laman Web ini. Terma ini akan dipaparkan sebelum anda log masuk ke Laman Web ini buat pertamakali. Terdapat beberapa peruntukan penting berhubung penggunaan Laman Web ini oleh anda: anda perlu membaca peruntukan ini sebelum menggunakan Laman Web ini kerana anda akan terikat dengan peruntukan berkenaan.
JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN TITIK SENTUHAN YANG DISEDIAKAN.
Terma selanjutnya: Jika anda ingin menggunakan bahagian tertentu Laman Web ini, bahagian ini mungkin tertakluk pada terma dan notis lain. Jika hal ini berlaku, perkara ini akan dibawa kepada perhatian anda dan dalam sesetengah keadaan anda perlu membaca dan mengesahkan penerimaan mana-mana terma sebelum meneruskan.
Perubahan kepada Terma ini: Kami boleh meminda Terma ini dari semasa ke semasa. Apabila kami berbuat demikian, kami akan memaklumkan anda tentang perubahan seperti ini pertama kali anda log masuk ke Laman Web ini setelah perubahan tersebut dibuat. Jika selepas itu anda meneruskan penggunaan Laman Web ini, penggunaan anda akan bermaksud anda menerima Terma yang dikemas kini ini. Tarikh di bahagian atas halaman ini menunjukkan kali terakhir Terma ini dikemas kini.
PENGGUNAAN LAMAN WEB INI
Laman web ini bertujuan untuk digunakan oleh orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas yang bermastautin di Malaysia (“Pengguna yang Dihasratkan”). Jika anda tidak memenuhi keperluan ini, anda tidak boleh menggunakan Laman Web ini.
Untuk menyediakan akaun untuk Laman Web ini, anda mesti memberi kami beberapa maklumat peribadi bagi membolehkan kami mengesahkan kelayakan anda untuk menggunakannya. Lazimnya, ini termasuk nama, usia, NRIC, (atau dokumen seumpamanya), negara tempat mastautin, alamat e-mel dan nombor telefon. Kami akan menyimpan maklumat ini berlandaskan Dasar Privasi kami (lihat bahagian “Privasi dan Kuki” di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.)
PENDAFTARAN DAN MAKLUMAT ANDA
Jika anda ingin menggunakan Laman Web ini, anda perlu mendaftar akaun. Anda perlu melakukan ini sewaktu anda membeli peranti IQOS. Memberi kepada kami maklumat yang tepat, lengkap dan terkini untuk akaun anda adalah penting. Anda bersetuju untuk memastikan maklumat ini tepat, lengkap dan terkini. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mendedahkan kata laluan akaun anda kepada mana-mana pihak. Anda bertanggungjawab untuk semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda, sama ada anda tahu mengetahui tentang aktiviti itu atau tidak tahu.
Anda tidak boleh menggunakan kata laluan atau akaun orang lain. Anda tidak boleh cuba mendapatkan akses tanpa izin kepada Laman Web ini. Sekiranya anda cuba berbuat demikian, membantu orang lain untuk berbuat demikian atau mengedarkan arahan, perisian atau alat untuk tujuan ini, kami akan menutup akaun anda. Jika sesiapa selain daripada anda menggunakan akaun anda, kami boleh menggantung atau menamatkan akaun anda (lihat bahagian bertajuk “Pengubahsuaian dan penggantungan Laman Web ini” di bawah). Anda mesti memaklumkan kami dengan segera tentang apa-apa penggunaan nama pengguna, kata laluan atau maklumat akaun anda yang lain, atau apa-apa pelanggaran keselamatan lain yang anda dapat tahu yang melibatkan akaun anda atau Laman Web ini.
PENGUBAHSUAIAN DAN PENGGANTUNGAN LAMAN WEB INI
Kami berhak untuk mengubah suai, menggantung, atau menamatkan operasi atau akses kepada Laman Web ini, atau mana-mana bahagiannya, menurut budi bicara kami. Sebagai contoh, kami boleh menamatkan operasi Laman Web ini untuk pengguna jika kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Laman Web ini digunakan oleh seseorang selain daripada Pengguna yang Dihasratkan.
Kami juga boleh mengemas kini Laman Web ini dan menukar kandungannya pada bila-bila masa. Meskipun kami melakukan usaha yang munasabah untuk mengemas kini maklumat pada Laman Web ini, harap maklum bahawa apa-apa kandungan padanya mungkin sudah lama pada bila-bila masa tertentu, dan kami tiada obligasi untuk mengemas kini maklumat tersebut.
Kami juga boleh mengganggu operasi biasa Laman Web ini, atau mana-mana bahagiannya, mengikut keperluan untuk melaksanakan penyelenggaraan rutin atau bukan rutin, membetulkan kesilapan, atau untuk membuat perubahan lain.
PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN BAHAN INI
Laman Web ini dan semua kandungannya (termasuk perisian, fail, grafik, data, imej dan bahan lain) (“Bahan”) adalah hak milik eksklusif kami, sekutu kami, atau pemberi lesen kami (atau mana-mana gabungan perkara yang dinyatakan di atas), dan adalah dilindungi oleh undang-undang di Malaysia dan di negara-negara lain.
Kesemua hak harta intelektual dalam Bahan ini adalah hak kami atau pemberi lesen kami. Anda tidak boleh menggunakan, mengubah suai, menyalin, menghasilkan semula, menerbitkan semula, memuat naik, menyiarkan, menghantar, mengedar, menjual, melesen, menyewa, memaparkan atau mempersembahkan kepada awam, menghebahkan, menyunting, mengadaptasi, atau mencipta kerja terbitan, atau melakukan kejuruteraan terbalik, dalam apa jua cara pun pada mana-mana bahagian Laman Web ini atau mana-mana Bahan ini.
Laman Web dan Bahan ini disediakan semata-mata untuk penggunaan anda sendiri sahaja. Anda tidak boleh menggunakannya untuk apa-apa tujuan lain (sebagai contoh, anda tidak boleh menggunakannya untuk tujuan perniagaan atau komersil). Beri perhatian pada perenggan “Had Liabiliti” di bawah.
MEMAUTKAN
Laman Web ini mungkin menyertakan pautan ke laman web pihak ketiga. Pautan ini disediakan untuk kemudahan anda sahaja. Oleh sebab kami tiada kawalan ke atas laman web pihak ketiga, dan kami tidak menyemak laman-laman web ini, harap maklum bahawa:
- kami tidak mengendors laman web ini, kami tidak bertanggungjawab untuk laman web ini, dan kami tidak membuat apa apa perjanjian berhubung laman web ini: khususnya, kami tidak bertanggungjawab untuk terma yang menjadi asas kepada ketersediaan laman web ini atau amalan privasi laman web ini, ketersediaan laman web ini, kandungan laman web ini, pengiklanan, produk, atau bahan, perkhidmatan atau maklumat lain pada atau yang tersedia pada laman web ini; dan
- Jika anda mengakses mana-mana laman web seperti ini, anda melakukannya atas risiko anda sendiri.
Anda tidak boleh membingkai, melakukan pautan atau melakukan pautan mendalam ke Laman Web ini, ke mana-mana laman web.
PRIVASI DAN KUKI
Setakat yang kami mengumpul apa-apa data peribadi mengenai anda dalam Laman Web ini, kami akan mengumpul dan memproses data ini berlandaskan Dasar Privasi kami. Sila baca untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat peribadi apa yang kami kumpul tentang anda, bagaimana kami menggunakannya, dengan siapa kami berkongsi, bagaimana kami melindunginya, hak anda dan bagaimana anda boleh melaksanakan hak ini.
Laman Web ini juga menggunakan kuki dan teknologi yang serupa untuk mengumpul maklumat pelawat tertentu secara automatik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknologi seperti ini (termasuk kuki analitik Google), bagaimana kami menggunakannya, dan bagaimana anda boleh menerima atau menolaknya, sila lihat Notis Kuki kami.
Anda hendaklah menyemak our Dasar Privasi dan Notis Kuki kami sebelum menggunakan Laman Web ini, seperti Terma ini, kami boleh menukarnya pada bila-bila masa.
PENAFIAN
Walaupun kami melakukan yang terbaik untuk menyediakan Laman Web bermaklumat yang memberi anda maklumat tentang penggunaan, penyelenggaraan, dan penjagaan peranti IQOS anda yang betul, melainkan kami menyatakan secara jelas perkara yang bertentangan dengan Terma ini, Laman Web ini disediakan kepada anda atas dasar "sebagaimana yang tersedia”. Selain itu:
- Anda bertanggungjawab – bukan kami – untuk memastikan Laman Web ini sesuai untuk tujuan yang anda hasratkan apabila anda menggunakannya;
- kami tidak menanggung apa-apa liabiliti kepada anda berhubung Laman Web ini (tertakluk pada perenggan mengenai “Had Liabiliti” di bawah); dan
- kami tidak menanggung apa-apa liabiliti tentang kesesuaian Laman Web ini dalam memenuhi keperluan anda dan, setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang, kami mengecualikan semua janji dan waranti yang tersurat dan tersirat, termasuk:
- bahawa Laman Web ini, atau apa-apa kandungan yang terdapat di dalamnya atau yang dihantar melalui Laman Web ini, atau sebaliknya disediakan berhubung Laman Web ini, adalah tepat, lengkap, menepati masa, terkini, sesuai, atau akan beroperasi tanpa apa-apa ralat;
- bahawa akses kepada Laman Web ini tidak akan terganggu, atau tanpa ralat; dan
- bahawa Laman Web ini, atau sistem komputer yang menyediakan Laman Web ini, adalah bebas daripada virus atau komponen memudaratkan yang lain.
HAD LIABILITI
Kami tidak mengecualikan atau mengehadkan liabiliti yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan oleh undang-undang, liabiliti untuk kematian, kecederaan diri yang diakibatkan oleh kecuaian, atau liabiliti yang berpunca daripada salah representasi kami yang bersifat menipu atau kecuaian yang melampau.
Kami tidak bertanggungjawab kepada anda untuk apa-apa kehilangan atau ganti rugi yang berpunca daripada penggunaan Laman Web ini oleh anda yang melanggar Terma ini, atau yang diakibatkan oleh bahan atau tindakan yang memudaratkan dari segi teknologi (seperti virus atau serangan penafian perkhidmatan yang tersebar) yang mungkin menjejaskan peralatan komputer anda, program komputer, data atau bahan lain berhubung penggunaan Laman Web ini oleh anda atau mana-mana laman web yang dipautkan kepadanya.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa pengendalian Laman Web ini bergantung pada fungsi internet yang betul dan berkesan dan peralatan serta perkhidmatan pihak ketiga lain (termasuk peranti anda sendiri atau pelayar web), yang kami tidak jamin, dan tidak akan bertanggungjawab untuk perkara ini dalam apa jua cara sekalipun.
Kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau ganti rugi khusus, tidak langsung, punitif atau yang terhasil, atau apa-apa kehilangan data, keuntungan, hasil, perniagaan, atau muhibah.
Jika anda mengakibatkan gangguan teknikal kepada Laman Web ini atau sistem yang memancarkan Laman Web ini kepada anda atau pihak lain, anda bersetuju untuk bertanggungjawab untuk semua kerugian, liabiliti, perbelanjaan, ganti rugi, dan kos, termasuk yuran guaman dan kos mahkamah yang munasabah, yang berpunca daripada atau terhasil daripada gangguan ini.
BIDANG KUASA DAN UNDANG-UNDANG YANG MENTADBIR
Undang-undang Malaysia (“Bidang Kuasa”) yang mentadbir Terma dan penggunaan Laman Web ini oleh anda. Anda bersetuju tanpa boleh dibatalkan dengan bidang kuasa eksklusif mahkamah yang terletak di Malaysia untuk melaksanakan apa-apa tindakan bagi menguatkuasakan Terma ini.
HAK PENTING LAIN YANG KAMI ADA DI BAWAH TERMA INI
Kami boleh memindahkan hak dan obligasi di bawah Terma ini kepada organisasi lain, tetapi ini tidak akan menjejaskan hak anda di bawah Terma ini.
Jika kami gagal menegaskan supaya anda melaksanakan mana-mana obligasi anda di bawah Terma ini, atau jika kami tidak menguatkuasakan hak kami terhadap anda, atau jika kami menangguhkan usaha berbuat demikian, itu tidak bermaksud bahawa kami telah mengetepikan hak kami untuk menguatkuasakan apa-apa kegagalan seperti ini terhadap anda, atau anda tidak perlu mematuhi obligasi ini. Jika kami memutuskan untuk mengetepikan hak kami untuk menguatkuasakan sesuatu keingkaran atau pelanggaran Terma ini oleh anda, kami akan berbuat demikian secara bertulis.
Setiap perenggan Terma ini beroperasi secara berasingan. Ini bermaksud, jika mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa yang berkaitan memutuskan bahawa mana-mana terma ini melanggar undang-undang, tidak sah di sisi undang-undang, atau tidak boleh dikuatkuasakan, perenggan yang selebihnya akan kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
Terma ini tidak dihasratkan untuk memberi hak kepada sesiapa melainkan kepada anda dan kami.
CARA MENGHUBUNGI KAMI
Sila hubungi Sokongan Pelanggan IQOS kami di talian 1800-88-3858 jika:
- anda percaya bahawa Laman Web ini melanggar hak harta intelektual anda, mengandungi kandungan yang melanggar undang-undang, menyinggung perasaan, atau melanggar hak anda atau mana-mana pihak ketiga; atau
- untuk mengajukan apa-apa pertanyaan yang anda mungkin ada tentang Terma atau Laman Web ini.
PESANAN E-COMMERCE DAN POLISI PEMULANGAN
Terma dan syarat di bawah seksyen “E-Commerce” tertakluk kepada semua jualan dan pembelian melalui Laman Web. Semua transaksi dan pelengkapan pesanan yang terhasil daripada Laman Web ini diuruskan oleh rakan E-Commerce kami yang dilantik (mungkin akan berubah dari masa ke semasa tanpa sebarang notis). Untuk maklumat lanjut berkaitan rakan E-Commerce kami, sila lihat bahagian Hubungi Kami (“Rakan E-Commerce”).
Dengan membuat pesanan melalui Laman Web, anda bersetuju bahawa terma dan syarat di bawah seksyen “E-Commerce” akan dimasukkan antara anda dan juga Rakan E-Commerce. Syarikat yang berkenaan dengan Philip Morris International tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pertikaian yang timbul daripada pembelian sebarang produk melalui Laman Web.
Terma ‘kami” di bawah seksyen “E-Commerce” merujuk kepada Rakan E-Commerce sahaja.
Kami mempunyai hak untuk tidak menerima sebarang pesanan yang diterima oleh kami. Apabila kami tidak menerima pesanan, ini akan menyebabkan seperti yang berikut:
- Produk yang anda pesan tidak terdapat dalam stok.
- Kami tidak berupaya untuk mendapatkan pengesahan untuk pembayaran anda atau mengesyaki berlaku sebarang penipuan.
- Identifikasi harga atau deskripsi produk salah.
- Kami tidak berupaya untuk membuat penghantaran ke alamat tertentu.
- Anda tidak memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam Terma ini, termasuk kami mengesyaki anda tidak berusia 18 tahun dan ke atas.
Anda boleh membuat pembayaran untuk pesanan anda melalui pelbagai cara yang terdapat pada laman web kami. Terma ini terpakai untuk jenis pembayaran seperti di bawah:
Kad Kredit
- Pilihan pembayaran kredit kad tersedia melalui Penyedia Servis Pembayaran (“PSP”) kami. PSP kami menerima semua kad kredit utama di Malaysia.
Perbankan atas talian
- Dengan memilih cara ini, pembayaran untuk produk akan dihantar kepada akaun PSP kami untuk pengiraan jumlah keseluruhan yang akan dicaj terhadap pesanan anda (termasuk sebarang cukai yang berkaitan, caj, dan kos pengurusan). Transaksi hanya dalam Ringgit Malaysia.
- Buat masa kini, PSP kami menerima pemindahan perbankan atas talian daripada semua bank utama di Malaysia.
E-Wallet
- Pilihan E-Wallet tersedia melalui Penyedia Servis Pembayaran (“PSP”) kami. PSP kami menerima GrabPay, Maybank QRPay, TnG Digital & Boost.
Pengendali PSP kami menguruskan maklumat kad kredit dan perbankan anda mengikut Standard Sekuriti Data Pembayaran Industri (PCI DSS).
Penghantaran produk akan dilakukan mengikut alamat tertentu yang dinyatakan dalam pesanan anda. Jika penghantaran lewat lebih daripada 10 hari waktu bekerja, anda boleh menghubungi kami untuk membatalkan pesanan dan kami akan mengembalikan wang yang anda bayar. Kami memerlukan orang berusia 18 tahun dan ke atas untuk menandatangan sebarang penghantaran. Tanpa ini, kami tidak boleh melengkapkan penghantaran dan IQOS Care Team akan menghubungi anda untuk membuat penetapan alternatif sekiranya penghantaran tidak boleh dibuat.
Anda perlu menyimpan resit produk yang telah dihantar untuk sebarang rujukan pada masa depan.
Sila ambil perhatian bahawa kami tidak mungkin tidak boleh membuat penghantaran ke sesetengah lokasi. Jika berlaku kes seperti ini, kami akan memberitahu anda melalui maklumat lanjut yang telah diberikan kepada kami dan menguruskan pembatalan pesanan, atau penghantaran ke alamat alternatif.
Penghantaran pantas & percuma bermaksud masa penghantaran penerimaan pesanan mungkin mengambil masa minimum 48 jam selepas pesanan disahkan.
Penghantaran 48 jam ini berdasarkan jangkaan kelajuan penghantaran oleh penyedia servis penghantaran kami. Tertakluk kepada sebarang penangguhan yang tidak dapat dielakkan.
Kami akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan semua maklumat lanjut, deskripsi dan harga produk dipaparkan pada laman web adalah tepat. Walaupun kami cuba memastik laman web ini dikemas kini dari masa ke samasa, maklumat seperti deskripsi produk yang dipaparkan pada laman web pada sesetengah masa mungkin tidak selalu dikemaskini.
PENGEMBALIAN & PEMBAYARAN SEMULA
- Pengembalian semula sah untuk pesanan yang dibuat melalui seksyen IQOS.com dan pesanan yang didaftarkan ketika pembelian.
- Pesanan yang dibuat pada e-marketplace atau kedai IQOS adalah tidak sah.
- Pengembalian dibenarkan dalam masa 14 hari selepas penghantaran berjaya.
- Pakej yang yang telah dibuka, diguna dan tidak dibuka adalah dibenarkan.
- Anda mestilah memberikan kami Nama Penuh, Nombor Untuk Dihubungi, Nombor Pesanan, Tarikh Pesanan,Sebab Pemulangan dan imej yang jelas item yang ingin dikembalikan untuk pemulangan pada borang Pemulangan.
- Jika sebarang maklumat yang diperlukan tidak lengkap, kami mempunyai hak untuk menolak permohonan pemulangan.
- Peranti/aksesori yang dikembalikan mestilah sepadan dengan aksesori yang dipesan daripada IQOS.com, sepertimana yang dinyatakan dalam Pesanan.
- Ketika pengesahan permohonan pemulangan, pembayaran semula untuk pembayaran yang dibuat melalui kad kredit, prinsipal e-wallet akan mengambil masa 7-14 hari berkerja dan akan dikembalikan ke akaun kad/akaun e-wallet anda.
- Pembayaran pengembalian wang akan dibuat melalui perbankan atas talian akan mengambil masa 7-14 hari bekerja daripada tarikh anda memberi kami maklumat akan bank anda. Kami akan menghubungi anda untuk untuk tujuan tersebut.
- Kami mempunyai hak untuk menukar Polisi Pengembalian & Pembayaran Semula IQOS.com E-Commerce tanpa sebarang notis pemberitahuan.